Followers

Monday, September 30, 2013

Hadiah Istimewa ( Part 1 )

Assalamualaikum....

Salam Pagi Isnin yang penuh keceriaan. Semoga hari ni lebih baik dari hari2 semalam... ewah2 bermadah2 plak Puan blog ni kan??? Heheeheh... mood Puan blog hari ni sedikit ok dari minggu lepas... Mana taknya, minggu lepas minggu kami anak beranak x sihat. Mula Yant x sihat, lepas tu anak2 plak. Tapi nk bagi baik sepenuhnya, dekat seminggu gak baru ok batuk ni.. Makan uabat batuk habis berbotol2 pun x ok jugak. Sudahnya menghisap gula2 strepsils je la...

Berbalik pada tajuk entry sebenar yer...Asyik nak melalut je kan. Sebelum tu just nk bagitu, minggu ni minggu buzy dengan meeting.. So nak x nak kene la buat jugak. Dah itupun tugas hakiki sebenar kan?. Tak kan la g keje tapi x nak baut keje. Betul x? So buat la keje sementera ada keje ni. Tapi yang peliknya, idea Yanti lagi mencurah2 bila time buzy dengan keje2 opis. Kalau x, memang haram la nak kua idea ni. 

Sebenarnya lagi 2 hari adalah tarikh keramat yang Yanti tunggu2. ( 02 Oktober 2013). Kalau orang lain Yanti x tau la, tarikh ni korang anggap tarikh apa. Tapi pada Yanti ni adalah tarikh yang paling istimewa bagi Yanti. Plan nak cuti tarikh ni, tapi nak buat macam mana, time2 tu jugak la kat opis buzy ngn meeting kan? So rasenya terpaksalah cancel cuti walaupun cuti dah x berapa nk ada.

Harapan Yanti tahun ni sama seperti tahun2 lepas kot. Malas nak harapkan yang lebih2, takut sangat2 hampa. So anggap jela tarikh tu macam tarikh2 biasa. Walaupun kita rasa tarikh tu tarikh paling istimewa, tapi kalau orang yang kite sayang x menghargai semua tu, nak cakap macam mana kan?? So terimalah seadanya....

Bestkan kalau kite dapat Sejambak bunga, Kad ucapan, Kek, Chocolate di hari istimewa kita ni kan. Tapi rasenya xkn dapat kot.... hehehehe. Tak apa lah.... 
Dapat hadiah mcm ni pun best kan?

Gambar Hiasan

Sekian, entry ini akan bersambung seandainya Puan blog betul2 dapat hadiah istimewa.... Jika x de hadiah istimewa makanya setakat ini sajalah entry yang bertajuk Hadiah Istimewa...


Friday, September 20, 2013

MArah Berapi!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum.....

Selamat petang.... Dalam mood marah2 pun masih boleh beri salam n ucap selamat petang lagi kan. Entah la... Masih boleh tersenyum walaupun hati ini terasa digilis2 ngn steamroll. Hanya Tuhan saja yang tau betapa kecewanya Yanti ketika ini... Sangat2 x sangka apa yang dah orang tu buat pada Yanti. Sangat2 memedihkan hati ini. Tak perlulah Yanti nak mentionkan nama orang tu kat cni kan? Ckuplah sekadar Yanti meluahkan isi hati ni, 

Hari ni keredaan hati hampir2 pulih wlupun hakikatnya masih bengkak hati ni. Tu sebab boleh nk mengarang n update apa yang terbuku. Kalau x nanti, sambil menaip sambil mengalir airmata ni. Tak pasal2 banjir plak opis ni karang.. 

Thanks to my BFF kerana sudi dengar luahan hati BFFmu ini. Hanya engkaulah tempat kumeluahkan segala isi hati ini... 

Tak perlu Yanti jelaskan 1 persatu apa yang dia dah buat pada Yanti. Cukuplah sekadar kawan2 tau yang minggu ni Yanti dalam keadaan SEDIH...


Tuesday, September 17, 2013

Jawa Vs Melayu

Assalamualaikum......

Hai kawan2.... Selamat Pagi Isnin. Pagi Selasa yang lemau. Al maklum la dah lama sangat bercuti kan? So kepada yang balik kampung tu mesti lagi lemau kan pagi ni... Macam Yanti, mggu duduk rumah.. Hahahaha... Terpakse la terperap di rumah bersama anak2 sebab Hubby keje sepanjang hari. Ada kat umah pun time malam. So memang x de nk ke mana la kan. 

Ha, mesti korang2 pelik ngn tajuk entry Yanti kali ni kan? Mesti korang tak tau yang Yanti ni ada keturunan Jawa. Tapi maaf lah yer... Bahasa Jawa Yanti memang dah ke laut. Takat nk ckp cikit2 bleh la,. Tapi nk ckp direct memang x reti la.. Kena susun ayat dulu baru leh cakap. Macam nak speaking gak la. Hehehe

Tapi kadang2 tu nak cakap jugak sebab kadang2 time geram ni, Mula la nk cakap bukan2. Kalau cakap Bahasa melayu ni, kompom2 org akan tau yang kite ni marah or geram seseorang... Tapi bile kite speaking Jawa ni, orang jawa je yang akan faham. 

Yanti bukan apa, bile sakit hati sangat mula la rase nk marah n mula la nk hamburkan segala serapah2 yang ada. So bile wat versi Jawa ni, org x tau sangat. Pandai x Yanti. 

Actually, lately Yanti banyak terasa hati n makan hati,. Orang cakap makan hati sedap. Tapi bagi Yanti, terasa hati n Makan HAti adalah satu2 yang membuat hati kite terasa sangat2 sakit... Tahap dah x tau nak menggambarkan sakitnya macam mana. Kadang2 orang yang kite dah anggap mcm adik beradik pun leh tikam belakang kite kan? 

Manusia la manusia.. Insaflah wahai manusia. tak payah la nak buruk2 kan, mengata, mengumpat, mengeji,  orang sana sini. Cermin dulu diri awk tu.. Bagus sangat ke. Nilai diri sendiri dulu sebelum menilai orang lain. Kite sama2 manusia x de yang sempurna pun. Semua ada kekurangan n kelebihan. Semoga Allah beri dia banyak2 keinsafan n pedoman.. Amin.... 

Sekian


Tuesday, September 10, 2013

Terima Kasih Sayang

Assalamualaikum....

Minggu Yang sangat2 tenang tanpa gangguan. Boleh buat apa saja2 di opis. Nak tergolek ke nak terbaring ke x sapa nak kesah.. Hahahahahaha... So, layan punya layan lagu rasa lagu ni best plak. Jom layan....

Lagu ni ditujukan khas Buat Suami Tercinta.... Semoga apa yang berlaku selama kite kenal sentiasa berada diingatan Hubby... 10 April 2006 - until now



Lirik Lagu Terima Kasih: iamNEETA



Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman



Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu



Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati



Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga


 Tibe2 teringat zaman2 bercinta dulu.... Terlalu banyak dugaan n halangan yang kami harungi... Akhirnya, dia milikku jua...
I Love U SAyang So Much... Hanya Engkau ( Mohamad Asmurib. Abdul Ghafoor) yang bertakhta dihatiku....
Semoga ikatan perkahwinan kita akan sampai ke hujung nyawa... Insyaallah...... 

Sunday, September 8, 2013

Kecut Perut, Sejuk Beku,

Assalamualaikum.....

Hai kawan2. happy weekend. Huh, mcm x caya plak, first time rasenye kot update blog hr cuti n update plak kat umah.. macam x caya jer kan? hehehehe. Bukan apa, gunakan masa yang ada ni sebaik mungkin. Anak2 plak sibuk main kan? So umi pun laju2 la menaip apa yang patut.

Aktiviti hari ni memang dah plan dari semalam lepas cikgu driving (yanti gelar dia abg ijad) col tanya nak sambung belaja kete x? Yanti pun terus buat keputusan cakap nk belajar. Memandangkan Abi cuti hari ni, so dialah yang akan jaga anak. Huh, x sangka, dah 3 hari Abi jadi babysitter. heheheihe

Seperti yang dirancang, 8.45 mcm tu abg ijad amik mcm yang dijanjikan. Abg ijad ni servise dia memang terbaik la. Janji kul 8, kul 8 la dia sampai.. Janji kul 8.30, 8.30 la dia sampai..

So kami terus tuju ke Pusat Latihan Memandu di Bangi. Sampai sana Abg Ijad terus ajar apa yang perlu n dia mintak Yanti bawak kete. Ajar punya ajar sampailah Abg Ijad mintak Yanti drive terus lalu Jalan Besar. Huh, time tu hanya Tuhan je la yang tau perasaan Yanti ni. Segala perasaan ada time tu... Tangan sejuk beku time tu. Kaki plak terasa menggigil, tapi teruskan jugak. Sambil drive sambil bersembang. So hilanglah sikit2 perasaan takut tu.

Akhirnya selepas 2 jam berlalu, tamatlah sessi pembelajaran Yanti untuk hari ini. Mungkin next week akan sambung lagi....