Followers

Thursday, August 29, 2013

My Cayang Buchuk

Assalamualaikum.....

Selamat pagi kawan2.. Alhamdulillah sekarang sudah melepasi minggu ke 3 raya. Terima kasih yang tak putus2 menjemput Yanti sekeluarga ke Open House Raya. Maaflah rasanya x de open house untuk kawan2 dari Yanti. Open Door je yang mampu. heheheh

Lately memang banyak sangat benda nak cite. Tapi x punya waktu yang sesuai nak menaip. Baru nk taip sikit dah ada gangguan. Bila dah ada gangguan tu biasa la, idea pun terus hilang. So pagi2 ni, sampai je opis, dengan belum ada keje n idea masih fresh terus ngadap blog dulu.

Just nak share kehidupan yanti sekarang je sebenarnya. Alhamdulillah, sejak Hubby masuk gov ni kehidupan kami agak senang sikit dari dulu. Syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan..

Gambar Raya 2010-2013
Inilah hasilan edit Yanti... Hehehe. Nak bangga kejap. Gambar ni Yanti ada post kat facebook Yanti. Ramai kawan2 yang like. Heheheh... Kawan opis plak saje menyakat. Komen dari kawan2

1- 2010 berdua, 2011 - bertiga, 2012 - berempat, Nape 2013 bukan berlima?
2- Yanti 2013 n 2010 dah sama saiz balik..
3- Dari 2010-2013, Gambar Hubby yang 2013 paling encem...

SERIUS???????? Handsome ke? hehehhe.. Rase nk lompat bintang plak.. Hehehehe.. Thanks a lot to kawan2 ye.

Yanti bersyukur sangat apa yang Yanti dah dapat sebelum ni. Ya Allah Ku bersyukur atas jodoh yang telah Kau tentukan buat hambamu ini. Hambamu ini sanggup bersusah payah bersama. Kau berikanlah keberkatan kepada keluarga kami.

Sekian,

Tuesday, August 27, 2013

Hatiku Yang Tersentap

Assalamualaikum....

Korang2 mesti meluat tengok yanti ni kan? Asyik tersentap je kejenya.. X der benda lain. Sikit punya hal pun nk sentap kan? Heheheheeh

Entah la kan? Yanti ni kan memang mudah sentap, terasa, mudah merajuk.. So, sesapa yang nk kawan ngn yanti ni kena la pandai susun kata2 tu yer... Tak tahu la nak cakap macam mana kan? Yanti sentap ngn seseorang ni. Bukan besar sangat pun apa yang dia buat ngn Yanti, tapi entah la... Yanti memang sangat2 terasa n sentap apa yang dah dia buat ngn Yanti sekeluarga. 

Sebenarnya malas nak pk sangat, tp entah la. Asyik teringat je apa yang dia buat kat Yanti. Yanti lum leh terima maaf dari dia. Buat mase ni bialah Yanti jauhkan diri dari orang2 yang dah buat Yanti sentap.. Asyik nak beralah pun sampai bile nk beralah? Bia kali ni dia dia plak yang rasa sangat2 bersalah. 

Sekian.. 

Friday, August 23, 2013

Salam Syawal

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari ni dah masuk syawal yang ke 16. Disini mungkin yanti masih sempat nk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Maaf Zahir Dan Batin... Yanti sekeluarga menyusun 10 jari dari hujung rambut hingga hujung kaki tanda kemaafan. Halalkan makan minum yanti selama ni.... Sob Sob Sob.. (tibe2 sedih plak) 

Banyak kisah sebenarnya sepanjang perjalanan bulan Syawal ni. Tapi x pe la. Yanti cerita di lain entry la ye.. Entry kali ni nak cerita yang best2 jer.... 

Alkisah minggu lepas, Abah n makcik2 yanti nk datang Putrajaya. Nak beraya rumah anak2 buah. Tapi sebelum sampai tu, diporg nak la jugak singgah2 umah anak buah yang lain. Makanya singgahlah kat Meru dulu... Daripada Kapar ke Meru, pastu menuju ke Shah Alam plak. Lepas Shah Alam tuju Puchong, lepas Puchong sampai la ke Destinasi terakhir adalah Putrajaya. Seharian kami beraya. Dari pukul 10 sampai ke pukul 6 baru habis. Padahal bape rumah je. Al maklumlah, destinasi jauh2. 

Makcik yanti yang sorang ni memang x pernah sampai Putrajaya. Sebab utama adalah pakcik yanti ni memang x tau jalan nk ke Putrajaya. Perjalanan jauh mereka adalah Pahang. Sebab makcik Yanti ni dapat orang Pahang. Destinasi jauh lain yang dia tau pun hanyalah Shah Alam. Selain tu memang dia cakap akan sesat kalau pergi.  Makanya bukan main happy lagi dia bile dapat sampai umah yanti. Yanti pun berterima kasih pada mereka sekeluarga kerana sudi datang ke teratak yanti yang x seberapa tu. Anak2 mereka pun bukan main suka bile yanti bawak mereka tengok Masjid putra. Selama ni tengok dalam tv je kan? Ha, hari ni dapat tengok dengan real terus.. 

Inilah gambar yanti sekeluarga yang sempat yanti snap. Jom layan 

My Hubby wif Abah Mertua - Meru

Inilah keluarga besar kami.. Abg ipar je yg x de

Inilah keluarga kecil yanti.. 

My Lover

Di Masjid Putra

Bersama Anak2 n Mertua

Inilah kami.. Sweet Couple

Inilah cerita raya yanti yang x seberapa ni kan.. Harap semua dapat menerima entry yanti kali ni.

Sekian, sambung lain entry ye

Friday, August 2, 2013

Tanpa Tajuk

Assalamualaikum.....

Ramadhan ke 23 buat yanti sangat2 terguris hati ngn seseorang... Yanti sangat2 kecewa ngn apa yang org tu dah buat pada yanti. kadang2 terpikir jugak, apa salah yanti pada dia?? Yanti ada kacau keluarga dia ke? Yanti sedar, n yanti tau bile org da mula block kite, tu bermakne org tu x suka kat kite.. Ko dah x suke ngn yanti, x payah la nk amik tau lg pasal yanti. Yang ko sibuk nk tau segala aktiviti yanti sekeluarga kat sini napa?? Apa masalah ko? 

Ya Allah, kuatkanlah segala ujian yang Kau berikan ni Ya Allah.. Hanya kepadamu hambaMu ini bermohon. Kau berikanlah petunjuk pada orang yang selalu menganiaya hambaMu ini. Berilah kesedaran kepadanya. Semoga dirinya insaf ngn apa yang dia dah buat pada keluargaku.