Followers

Friday, December 14, 2012

Sinetron Lagi

Assalamualaikum....

Entry kali ni nk bgtau yang aku telah menggila cerita Sinetron yang sedang keudara di TV3 setiap hari Isnin - Khamis jam 2 - Aliya.. Memang dh x leh tertinggal 1 episod pun... Kalau terlepas tgk kompom akan aku ulang tgk kat web Tonton. Huh.. memang best la... Ni la punca dah tertengok dari episod 1. Bile terlepas 1 episod rase mcm dah x tau apa cerita sblm ni... So gunakan yang ada ni.. Memang x pernah mis 1 episod pun... Kalau nk cerita balik dari episod 1-13 pun aku boleh cerita... heheeh. (makan berhari la nk mengarangnya, bukti aku tgk cerita ni). Memang best cerita ni... Sinopsisnya entry yg lepas ada aku cerita...

Lagu OST dia pun best. Tiap2 hari aku melalak depan pc sorg2 berkaraoke... Jom la kite karaoke sama2... 

Lirik Lagu Menyambut Janji - Letto


ku menanti sang kekasih
dalam sunyi ku bersuara lirih
yang berganti hanya buih
yang sejati tak akan berdalih
lembaran putih telah terpilih
dan demi cinta
ku tepiskan semua keraguan jiwa
dan ku ganti dengan kepastian
hatiku ini yang mulai mengerti
dan berani tuk menyambut janji
kisah cinta yang abadi
takkan ada jika tak kau cari
sering juga hanya mimpi
yang membuatku bertahan di sini
lingkaran putih telah terpilih
dan demi cinta
ku tepiskan semua keraguan jiwa
dan ku ganti dengan kepastian
hatiku ini yang mulai mengerti
dan berani tuk menyambut janji
ku tepiskan semua keraguan jiwa
dan ku ganti dengan kepastian
hatiku ini yang mulai mengerti
dan berani tuk menyambut janji
ku tepiskan semua keraguan jiwa
dan ku ganti dengan kepastian
hatiku ini yang mulai mengerti
dan berani tuk menyambut janji
Jom kenali  pelakon yang menjayakan cerita Aliya ini.....
Dea Annissa sebagai Aliya 
Aliya adalah seorang gadis yang baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar (Gunawan) dan Shinta(Jihan Fahira). Sayang, kisah hidup Aliya tidak semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis. 
Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, kerana dituduh membunuh Gilang (Irwansyah), kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itulah adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, kerana Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi lelaki lain yang dia cintai..
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya mengetahui  bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Kepada siapakah Aliya melabuhkan cintanya? Adakah Fariz? Galang yang mirip bekas kekasihnya Gilang....




Irwansyah sebagai Gilang / Galang

Gilang seorang yang romantik. Seorang pelajar yang baru balik menghabiskan pelajarannya di Amerika. Sekembalinya di Indonesia, orang pertama yang ingin ditemui adalah kekasihnya Aliya. Tapi nasib tidak menyelebelahi dirinya, dia kemalangan semasa ingin membawa Aliya pulang untuk berjumpa dengan keluarganya. Aliya dianggap sebagai penyebab kematian Gilang kerana Aliya adalah orang yang ditemui sebelum kemalangan itu berlaku. Adakah keluarga Gilang dapat menerima Aliya kelak? Apakah Penyebab keluarga Gilang boleh berlembut dengan Aliya. 
Jihan Fahira sebagai Shinta
Shinta adalah seorang isteri kepada Anjar dan ibu kandung kepada Aliya. Seorang yang penyanyang dan hidup susah semasa hidupnya bersama Anjar. Sehinggalah suatu hari dia mendapat tahu yang Suaminya , Anjar mempunyai Isteri lain.  Dari situlah permulaan perbezaan perjalanan hidupnya bersama Suami baru Wishnu (Restu Sinaga). 


Bagaimana kisah selanjutnya. Adakah Wishnu akan mengetahui yang Anjar adalah bekas suami isterinya? Apakah kemusykilan yang akan berlaku.

Gunawan sebagai Anjar
Anjar seorang suami kepada Mutia dan Shinta. Apabila terbongkar rahsia poligami Anjar, Shinta telah meninggalkan Anjar. Ketika itu Shinta sedang mengandungkan anak mereka yang pertama. Kehidupan Anjar bersama Mutia sewaktu itu amat kesederhanaan. Atas sebab kesusahan mereka Anjar mencari kerja sebagai Pemandu Peribadi Wishnu. Anjar memang tidak tahu yang Wishnu itu adalah suami kepada bekas isterinya. Shinta.

Apakah kebarangkalian terhadap hubungan Anjar bersama Mutia dan Shinta. Adakah Anjar akan bertemu dengan anak kandung yang sebenar?



Restu Sinaga - Wishnu 


Wishnu adalah seorang suami tunggal yang ditinggalkan isteri kerana hidup dalam keadaan sudah. Mempunyai 2 orang anak kembar Gilang & Galang. Selepas ditinggalkan isteri Wishnu mempunyai Syarikat sendiri atas titik peluhnya membesarkan anak. 

Antara pelakon lain yang menjayakan Sinetron ini adalah Afifa Syahira, Billy Davidson,Natasha Dewanti, Marini Burhan, Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanda Suwandi, Sean Hashim dan ramai lagi.. Ikuti lah Sinetron ini untuk mengetahui apa kesudahan cerita ini.

Sekian, terima kasih

Thursday, December 6, 2012

Happy Belated Birthday

Assalamualaikum...

Huh,, Tarik nafas panjang2, harap entry kali ni akan terus dapat dikarang tanpa sbrg gangguan.. Mood masih dalam keadaan x terkawal, tapi akan tetap nk menulis entry kali ni. Sebab dah lama sangat tertangguh...  So memang kene truskan jugak la niat di hati nk mewujudkan entyr ni..

Entry kali ni berkaitan ngn Besday my lil-princess... Mungkin ini ketentuan DariNya. Aku dianugerahkan 2 orang puteri lahir pada tarikh yang sama.. Inilah tarikh keramat 2 org puteri aku. "20 November". Time tarikh sebenar, Abi x de kat umh, tu yg postpone ke satu tarikh yang akan difikirkan kelak... Sampailah hari yang tanpa dirancang. Kebetulan mak n abah datang dari kampung. Aku n Abi belikan kek utk kakak n adik n celebrate kat umah kakak

Kakak sangat excited bile nmpk kek. Dari dalam kete lg dia dh sibuk nk main lilin. Oklah.. Dah malas nk taip panjang2.. Jom layan gambar yang sempat disnap

Choc. Velvet Cake

Kakak dengan bukunya

Happy Belated Birthday Kakak n Adik

Yeay!!!!!!!! 

Kakak Potong Keknya
Pesanan buat Anak Umi : Nurul Husna Al-Amani & Nurul Hasya Al-Amanina


Selamat Ulangtahun anak2ku yang ke 2 tahun n 1 tahun...

Tarikh keramat kamu 20.11 sentiasa diingatan umi n abi...

Kata2 Umi buat Kakak Husna & Adik Hasya - Umi masih ingat sewaktu kamu dilahirkan, umi bertarung nyawa. Hanya Tuhan je yang tahu waktu itu... Abi lah yang banyak memberi sokongan sewaktu Umi bertarung nyawa... Alhamdulillah rase kejap je mase berlalu... 

Kakak, Adik, Umi minta maaf jika selama Umi membesarkan kamu berdua terdapat banyak kekurangan. Kite hidup dalam kesederhanaan. Umi n Abi lum mampu nk beri kesenangan kepada kamu berdua. Tapi Umi n Abi janji akan cube berikan yang termampu ye.. Insyaallah. 

Ingatlah wahai anak2ku... Jadilah kamu insan yang solehah dan berguna di masa akan datang. Umi akan terus didik kamu menjadi anak yang solehah dan beriman... Amin.....

Sekian, 

Monday, December 3, 2012

Hantu Sinetron

Assalamualaikum...

Hai kawan2 sume, sangat2 la buzy bulan lepas sampai x sempat nk update blog.. Hari ni la baru nk berupdate.. Tapi nk ambik benda yang x de kene mengena kot...

Tengok pada tajuk entry, hehehe.. Bukan apa, dh terpengaruh sebenarnya... Tu sebab buat tajuk entry mcm tu.. Cerita sinetron ni sbnrnya x leh dimulakan, klu dimulakan memang x leh tggl sehari... 

Inilah ceritanya. Seseiapa yang x de keje boleh la layan cerita ni.. Start kul 2 kat TV3. Tajuk Sinetron "Aliya" Sinopsisnya mcm ni la lebih kurang : -

Aliya mengisahkan sepasang ibu dan anak perempuannya yang terpisah akibat pengkhianatan cinta sebelum akhirnya dipertemukan kembali oleh nasib.
Cerita diawali dengan seorang wanita hamil tua bernama Shinta (Jian Fahira) yang mencari suaminya, Anjar (Gunawan). Suatu ketika dia berhasil bertemu dengan suaminya itu. Namun, dia sudah bersama Mutia (Marchia Caroline) yang sedang hamil dan ternyata adalah istri pertama Anjar.
Shinta dan Mutia melahirkan di waktu dan tempat yang sama. Namun bayi Muthia meninggal. Kuatir cucunya tak bisa hidup dengan layak akibat kemiskinan, Laila (Marini Burhan), ibu dari Shinta, memberikan bayi yang baru saja dilahirkan Shinta kepada Mutia sebagai ganti dari bayi yang meninggal.
Aliya (Dea Anisa) tumbuh dewasa di bawah asuhan Mutia. Sementara Shinta telah menikah lagi dengan Wisnu yang memiliki anak bernama Gilang (Irwansyah). Secara kebetulan, Wisnu berpacaran dengan Aliya.
Singkat cerita, Gilang meninggal akibat kecelakaan. Oleh keluarga Wisnu, Aliya dianggap sebagai penyebab malapetaka itu karena Gilang akan menemui dirinya sebelum kecelakaan terjadi.
Sinta mengusir Aliya dari rumahnya, tanpa sadar bahwa gadis itu adalah anak kandungnya sendiri. Klimaks dari cerita ini adalah saat Shinta mengetahui bahwa Aliya adalah anak yang dulu pernah dia lahirkan
Antara Salah Sorang Pelakon - Shinta 'Ibu Kandung Aliya'

Tengok lama2 pelakon kat atas tu rase mcm ada mirip2 muka pelakon Malaysia. Cube korang teka sape.. Ada Iras2 x agak2... 

Yatt Hamzah sebelum Berhijab

Kalau tgk dlm gambar mungkin x prasan kot... Kalau x percaya cube korang tgk cite Aliya tu... 

Sekian,.



Wednesday, November 21, 2012

Sayang & Rindu Kamu...

Assalamualaikum...

Hari ni tuan blog sangat2 merindui en Suami.... Telah ditinggalkan 4 hari.. Walaupun baru 4 ari tp rase mcm dh lama je.. Maklum la jarang ditinggalkan... Sebenarnya En Suami kena g Kursus Induksi kat Kelantan. Maklum la dh masuk keje gov kan, ni adalah kursus wajib yang kena hadir... So terpaksa la dia meninggalkan anak2 n Isteri di sini... Semoga Aby sihat2 hendaknya di sana... Umy sentiasa merindui Aby. 

Lelaki yang Dirindui n Disayangi,,,,

Jom layan lagu ni... Khas Buatmu Sayang....


Monday, October 22, 2012

Selamat Bertunang Buat Adikku


Assalamualaikum...

Fuh2...fuh2.... fuhh2..... (buang habuk yg dh bersarang ni..) tuan blog tgh mlas nak update blog... Makanya korang layan je la gambar adik aku bertunang ni yer....

Bertunang pada 21.10.2012. 4.00pm.

Jom la layan pic2 yg menarik..

Bersama Emak Tersayang
Kami Sekeluarga

bersama Makcik2


Harus la ada tuan tanah kan?
Bersama kakak
Orang kuat
Mak Andam adikku yang merangkap my BFF

Monday, October 1, 2012

Share Kegembiraan

Assalamualaikum....

Ya Allah.. Walaupun benda ni dah seminggu berlalu, tapi yanti tetap masih merasainya sehingga ke hari ini. Of coz la happy. Mana x happynya... Apa yang diimpikan selama ni menjadi kenyataan. Inilah yang dinamakan rezeki dari Tuhan. 

Sebenarnya memang yanti nk share ngn korang kegembiraan ni. Penantian 6 tahun yanti n Hubby selama ni tercapai jua. Eh, korang plak yang x sabar nk tau ye.. Macam ni alkisahnya, petang selasa lepas, waktu tu yanti blk dari kerja. Dan menjadi rutin harian my hubby akan tgk surat kat post box. Sekali sampai rumah, yanti ada nmpk dia bawak satu surat. Dia adala tunjuk kat yanti. Bila tgk cop Kem. Kesihatan Malaysia (KKM) yanti cume berfikiran hanya surat menyatakan dia sebagai calon simpanan. Sebab yanti memang dah tau yang dia hanya calon simpanan. Sekali bukak, tgk pada tajuk tertera "TAWARAN PERMOHONAN TETAP SEBAGAI PEMANDU". Yanti memang x percaya pada mulanya. Berkali2 yanti membaca isi kandungannya. Dan inilah hakikat yang perlu yanti terima. Malam tu terus yanti n hubby celebrate kegembiraan ni. 

Alhamdulillah, rezeki Yanti n anak2. Inilah yang dinamakan rezeki. So, x sia2 my Hubby dengar cakap yanti. Apa yang yanti cakap semuanya berguna untuk kebaikan dan kesenangan bersama. Sampai bila nk kerja ngan swasta je kan? Tapi dalam kegembiraan masih ada kerunsingan.... Apa kerunsingan tu??? Lain entry k

Sekian, 








Wednesday, September 26, 2012

Saya Yang Kesakitan....

Assalamualaikum.....

Hai kawan2 semua. Sihat x korang hari ni.? Alhamdulillah, tuan blog hari ni sudah diberikan kesembuhan.... (skema tul ayat ko yantie) hahaha. Lantak aku la. Blog aku, Ada aku kesah... Hahahah

Sebenarnya nak cerita pasal kesakitan yang melanda diri Yanti pada Isnin lepas. Nak tau apa sakit Yanti. Yanti pun x tau apa punca Yanti leh jd mcm ni. 

Start kul 4 pg kot, Yanti  terjaga n muntah2.. Apa yang Yanti  mkn mlm tu, hbis keluar semua. So Yanti  ingtkan takat tu je la. Yanti  bangun kul 7 pg muntah lg sekali. Sambil2 bersiap nk g kje ni. Memang plan hari ni nak g lewat sikit sbb hr ni nak bwk Hasya appointment doktor. So dalam kul 730 mcm tu kot baru gerak dr umh. Sampai klinik nk menunggu giliran tu, lg sekali Yanti  nak muntah. Memang kua hbis la.. Rase perut dh kosong ni. Bile dh setel sume urusan check up Hasya aku pun anta la anak2 ke umh Pengasuh. 

Lepas anta anak2, hubby tanya "Nak g keje ke"? "Larat ke"? "Ke nak blk"? Aku jawab, "balik la, x larat". Sampai kat umah Yanti  terus baring. Kepala pusing2. My Hubby suh Yanti  makan ubat, tp biasa la. isteri dia ni mmg ssh akan makan ubat. hehehe. So aku terus tdo smpai la ke tgh hr. 

Bgn tgh hr tu ingt nk isi la perut ngn makanan. Makan roti n air soya je la. Pastu smbung baring balik. Tak smpi 2 jam, keluar balik. Adoi... Apa Yanti  makan ni... Yanti  minum air masak pun keluar balik. Yanti  rase ada la 6-8 kali aku muntah hari tu. Dah lembik2 mcm ni pun Yanti  laratkan jugak masak utk My Hubby. Bile dh terbaring mcm ni mula la nk update status kat Fb kan. (wajib). Status aku berbunyi "Perut ku x boleh diisi, Isi ke keluar balik" Ya Allah, bile status dh appear kat wall fb, kawan2 kenalan semua cakap Yanti  Peknen lg.... OMG...... NO!!!!!!!!! Yanti  lum sedia nk Peknen lg skrg ni..... Ckup la dulu apa yang ada ni. Aku dh x larat .  

Bile malam Yanti  cube makan sikit2. Tu pun makan bubur je yg Yanti  berani. Alhamdulillah, Yanti  diberi kesembuhan sedikit demi sedikit...... 

Sekian, 

Thursday, September 20, 2012

KeSeRaBuTan....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ni hati tuan blog sudah hampir sejuk walaupun masih dalam keadaan suam2 suku. Thanks kepada yang sudi mendengar luahan hati ini. Thanks jugak kepada Pegawai Kesayangan kami yang boleh memahami situasi kami sebagai org bawahan. 

Biarlah Yanti  cerita apa yang terjadi sebenarnya. Bru hari ni boleh nak cerita sebab klau bercerita dalam keaaan emosi memang Yanti  menangis. Semalam dah puas menangis sampai sakit kepala dibuatnya. 

Al-kisahnya.....

Betina 1(mmg aku kuang ajar sbb doa ko yg nk aku kuang ajar kan). 
Buat program semalam. So masuk keje hari selasa tu, Yanti  mcm biasa la. Buat kerja seperti yg diarahkan, (ko x arahkan pun aku tau keje aku). Sehari sebelum program tu, Yanti  setelkan la apa yg lum setel. Dia bg arahan kat Yanti  utk buat buku program. Pada Yanti  buku program tu x perlu sebab program setengah hari je.Membazir kertas. So x pe la,. Yanti  dh bgtau dia, tu kerja Pegawai. Tapi dia tetap nk Yanti  buat jugak. Ok, fine. Yanti  buat. aku edit sikit2 pastu Yanti  sent kat dia. So Yanti  ingt setel la kes buku program ni. Bile dh ptg ni plak jadinya.

Sorang Pegawai Yanti  yg berjawatan KPSU tnya kat Yanti  n BFF Yanti  (Fiza), "eh, buku program ada x"? Fiza dengan selamber menjawab. "Kami x buat". Tibe2 Betine 2 mencelah. "eh, Bukan "D" ada suh korang buat ke?" Kan ada dlm checklist bnda tu korang yg kene buat"?. Time tu memang Yanti  mengamuk la... Check list pun x de, sibuk hal check list tu. Buku program tu memang kami x pernah buat. Selalunya Pegawai yg buat. klu kami buat pun, just lipat je.. Pastu memang timbul la pasal hormat x hormat. Betine 1 ckp kami x hormat dia. Masalahnya skrg ko yg x nk hormat kami (PT) mcm mne kami nk hormat korang. Bagi arahan pun cam S**** mmg S***** jugak la yg kami bls. Yang ko hadapkan sgt Pangkat korang tu kenapa??? Dipendekkan cerita rupe2nya Betina 1 forword blk buku program tu utk Yanti  print. Memang sengal la.. Setakat nk print buku program pun smpi Yanti  yg kena buat. Kenapa nk berkira sgt. Bnda mudah mcm tu pun xkn korang x leh buat. memang kami boleh buat, tapi kami pun ada kje lain jugak yg nk disetelkan. Huh, memang menyakitkan hati sungguh. 

So smlm adalah hari menyejukkan hati sebenarnya. Yanti  n Fiza memang nekad nk buat surat pertukaran. Tapi nekad kami terbantut bile En H x membenarkan kami buat apa yg kami hajatkan. En H ada la bgtau kami pasal Betina 1 n 2. Sebelum En H jumpe kami, En H dh jumpe dulu kot ngn Betina 1 tu. Tanya apa yg jd antara kami. So ble dh tau cerita barulah En H ngadap kami.Bile en H dh tau cerita 2 belah pihak baru la dia faham.. 

Thanks a lot kepada yang memahami n bersimpati ngn keadaan kami kat opis ni...  Kami seperti di anaktirikan... Hina sangatkah kami sebagai penjawat awm yang berjawatan Pembantu TadBir ni... 

Tuesday, September 18, 2012

GERAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum.....


BODOH, BANGANG, BONGOK, BENGONG, (Semua awalan B memang sesuai utk ko kan)

Tahap Marah yg kritikal dah ni.. Sakit hati sangat2 time ni. nak ckp lebih2 pun dh x leh.. Nnti kalau dh reda sikit kmarahan ni, aku cerita k... Sekarang nk layan kemarahan pada org tu... 

Friday, September 14, 2012

Favourite Song

Assalamualaikum....

Hari ni mood rajin nk update blog. Bukan apa, nk cite pasal anak Yanti  yang sulung. Tak sangka, walaupun masih kecik minatnya yang Yanti  nmpk skrg ni ke arah nyanyian... Mungkin sebab time Yanti  mengandungkan dia dulu, umminya suke g Karaoke.. So inilahlah hasilnya, Anak yang keluar pun suka menyanyi walaupun x dengar bunyi patah2 yang dia kuakan, tapi dr suara n konon ikut intonasi lagu tu... Lagu kegemaran dia adalah lagu yang slow2 contoh macam lagu Ombak Rindu n Lagu dari Maher Zein...

Inilah Lagu Kegemaran Ankku



Lagu kedua kesukaannya..

Inilah Budaknya - Husna

Jamuan Raya Opis Saya

Assalamualaikum....

Sebenarnya malas nak bercerita pasal jamuan raya opis Yanti  ni. Sebabnya banyak sakit hati dari x sakit hati. Jamuan Raya tu di buat di Pulau Meranti memandangkan kami memang mempunyai opis kat sana dan kawasan kat sana pun agak luas. So Hari yang ditunggu2 tibe. Inilah yang terjadi.

Perkara yang mendatangkan kesakitan hati tu adalah : -

1 - Bab Menghias Gerai
 * Setiap bahagian perlu menghias gerai bahagian masing2. Makanya Yanti  n BFF seperti biasa la, mevolenteerkn diri untuk menghias gerai. Kami buat apa yang termampu je la. So pada awlnya memang Yanti kesah lah sangatkan. Seminggu sebelum majlis berlaku lagi Yanti  dah bertungkus lumus menyiapkan hiasan2 yang diperlukan. So Yanti  n 2 rakan yang lain menghias la apa yang ptut. Maknanya hanya kami bertiga je la yang buat sume ni. Dari sebelum majlis sehingga penghujung majlis, memang kami bertiga saja la yang bertungkus lumus. Nasib la ada sorang 2 kwn yang boleh jaga gerai sewaktu kami bertiga ada urusan hadiah.  Opis Yanti  ni sbnrnya ramai pegawai dari kakitangan. Tapi pegawai, biasa la, nama pun pegawai kan? Mana la ada class nk join n duk sama2 kat gerai tu menolong, memang jd tetamu terhormat je la kan... Geram je tgk kan. Ada la pegawai yang boleh ngam ngn kakitangan ni. Sedangkan Big Bos pun x asingkan kami, nama la pegawai "tu" nk beza2kan antara PTD n Kakitangan. Entahlah. Mesti korang2 x mcm ni kan???

Perkara Yang membuat hatiku terubat.

1- Yanti  sebenarnya adalah AJK hadiah dalam majlis ni. Kami dapat sponser dari MKN Negeri. So ada hadiah untuk Gerai Tercantik, Pakaian Tercantik Lelaki n Perempuan. Hadiah Cabutan Bertuah. Nak dijadikan cerita, first session Yanti  yang memegang balang cabutan bertuah tu. 5 nama pemenang cabutan bertuah dipanggil dan diselangi dengan nyanyian lagu raya. Second Session Yanti  khusyuk dengan menunggu aiskrim.. hehehe. teruja ngn aiskrim roti.. Yanti  pun x tau lepas nyanyian tu akan di adakan semula cabutan bertuah tu.. Hehehe. So dipendekkan cerita, Nama Yanti  yang terpanggil dalam salah satu cabutan bertuah tu.. Bestnya...... My Big Bos dah sorak2 kat belakang "JAWA, JAWA... YEAY JAWA DAPAT"!!!. Segan Ya Ampun time tu. (memang tu gelaran aku kat opis).. Alhamdulillah, dalam kepenatan aku terima juga habuannya. lupe nk snap gambar hamper tu.. sory la yer..

SEkian 

Monday, September 10, 2012

Hari Yang Dinanti2

Assalamualaikum...

Hai kawan2 blogger sume. Adakah hari ni anda ceria2 semua. Hari ni, tuan blog agak bizi dengan kerja2 kat opis. Tapi tetap luangkan mase untuk menaip apa yang terlintas di kepala otak skrg ni. Sebab kalau lambat curahkan dlm blog ni, takut terlupa idea2 yg ada. 

Hari ni dah 10 September. Tinggal beberapa hari saja lagi adalah My Birthday. OMG!!!. Sebenarnya tarikh2 yang ditunggu setiap orang kan?? Termasuk la Yanti   Terlebih excitet plak Yanti  ni kan. Padahal lama lg, Ah, Lantak la kan. Birthday Yanti  kan....

Apa yang korang idam2 kan time birthday korang. Korang nk tau x apa impian aku tahun ni. Ntah la, tetibe mcm teringin my hubby wat something,. Tapi, seriously, my hubby xkn wat kot. sebab dia x seromantik orang lain. Apapun Yanti  terima dia seadanya. 

Mesti sweetkan klu insiden ni berlaku : 

"My hubby belikan bunga n ada delivery flower anta bunga tu kat opis beserta dgn kata2 romantis" Pastu disusuli dengan ayat2 SMS yg romantik.... 

Tapi ini hanya angan2 si isteri. Tak apa lah. Yanti  tak kesah sangat sbnrnya walaupun Yanti  kesah sbnrnya.. My hubby memang jenis yg x pandai nk belikan hadiah melainkan isterinya mintak. Tapi Yanti  ni jenis yg mudah lembut hati ngn hubby. Bila dia beli terima n x belikan pun x pe. Tak sampai hati nk mintak, takut dia tak mampu nk tunaikan permintaan si isteri. Kite sbg isteri memang la ptut dimanjai dengan benda2 berharga ni, tapi nth la. 

Sekarang ni masih bulan September. Yanti  akan terus menunggu hingga tibe waktunya nanti... Harap2 apa yang Yanti  impikan ni menjadi kenyataan suatu hari nnt.   

Thursday, September 6, 2012

Peringatan Kepada Isteri, Perempuan, Wanita

Assalamualaikum....

Masya Allah, Subhanallah.. Astaghfirullahhala'zim..... nauzubillah, mintak simpang malaikat 44 la. Beristighfar habis Yanti  hari ni. Dah x tau nk ungkapkan apa lagi bile dapat tau satu cerita ni. Yanti  yang mendengarnya pun mengucap panjang dan memikirkan sejenak. Nak kategorikan perempuan yang macam ni, perempuan jenis apa... Sangat2 tidak percaya.... 

Mesti korunk nak tau kan apa cerita Yanti  ni. Aku bukan la nk mengaibkan seseorang, tapi inilah kejadian yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Jom ikuti situasi2 di bawah : -

1- Kahwin Muda 
Budak2 zaman sekarang ni hanya pikirkan keseronokan. Belum matang dah sibuk nk pk hal kahwin. Mungkin cara ni nak mengelakkan berlakunya penzinaan. Mungkin betullah tindakannya.Tapi apa yg nk Yanti  bangkitkan kat cni adalah pasal pasangan yang nk kawen tp lagi menyusahkan kedua belah pihak. Ingat perkara kawen2 ni perkara yang mudah seperti ABC, hanya nk guna duit sehengget 2. Bila dah ditolong dengan famly mulalah lupa diri. Bila dah kawen ada plak yang menumpang rumah mertua. Dengan alasan nak menjaga mak mertua, ekonomi x kukuh lagi, lum bersedia nk duk umah sendiri. (habis yang kau gatal nk kawen tu kenapa???). Bukan ke perkara kawen ni kene bersedia dari segi fizikal n mental baru leh kawen. Ini nak main terjah jer.  Masuk akal x kawan2???? 

2- Tak Sanggup Pikul Tanggungjawab
Bila dah kawen muda, dah sah2 la macam2 hal yang x kena. Time ni la baru tau apa kekurangan masing2 kan? Yang pengotor la, yang x pandai mengemas umah la, yang tu la ni la. Macam2 lagi la yang negatifnya dari positifnya. Masa bercinta dulu memang la x yah nk masakkan untuk famly kite kan? Mesti la mak kamu yang masakkan untuk kamu kan? Bile dh kawen ni kompom2 la kena  masakkan untuk suami. Mestilah suami tu nak merasa air tangan isterinya, selain ibunya sendiri. Betul x? Takkan la hari2 nak makan nasi bungkus je. Lama2 kamu pun jadi hantu bungkus. hahahahaha... Time ni jugak la kamu baru rasa berat jugak pikul tanggungjawab jd seorang isteri n suami kan? 

3- Syurga ISTERI di bawah Telapak Kaki SUAMI
Ketahuilah wahai isteri2 diluar sana. Bila seorang lelaki sudah melafazkan akad ke atas diri kamu, secara sahnya, segala kelakuan dan tingkahlakumu semua terbeban atas pikul bahu suamimu.  Jagalah peradabanmu, pertuturanmu dan hormatilah suami kamu itu seperti kamu menghormati ibu bapa kamu.. Jangan la kite berkasar dengannya. Jika kamu memang anak yang x menghormat ibu bapa kamu, macam mana kamu hendak menghormati suami kamu, betul x? Walaupun yang keluar dari mulut kamu tu hanyalah "ah" memang x bau syurgalah kamu. Ni belum lagi yang suka mengherdik, menengking, dan seumpama dengannyalah. Ya, Allah, Maha Kuasa Tuhan la akan balasan isteri yang macam ni kan? Amat mudah bagi isteri untuk masuk ke syurga. Begitu juga sebaliknya, senang juga bagi orang perempuan untuk masuk ke neraka jahanam. Dan aku pun x la sebaik Isteri2 Nabi. sama2 lah kite ingat mengingati.

4- Syurga SUAMI tetap di bawah telapak kaki IBU
Bagi lelaki yang dah kawen plak, jangan lah kamu terlalu mengikut apa saja yang diperkatakan oleh isterimu. Soal siasat dulu kebenarannya, Jangan membuta tuli kamu mempercayai kata2 isterimu. Kamu baru berapa hari mengenali isteri kamu dari ibu bapa kamu. Jangan sesekali kamu meminggirkan keluargamu. Ingat tu!!. nasihatilah isteri kamu sebaik mungkin. Kamu sebagai Pengemudi bahtera. Karam kapal di laut, Karam jugalah rumahtangga kamu. Jangan lah jadi suami yang Dayus.


PANDUAN BERSAMA 

 Peringatan Untuk Isteri


•Jangan biarkan suami lapar. Jaga makan minumnya. Kalau masak sendiri lagi bagus.

•Jangan sakiti hati suami. Jaga tutur kata. Jangan sekali-kali kita menceritakan aib suami.

•Jangan sakiti mata suami. Jaga penampilan diri di hadapan suami. Rumah dan bilik tidur (terutama sekali) mesti kemas.

•Jangan kacau waktu rehat suami. 

•menunaikan puasa pada bulan Ramadan,

•mengerjakan solat lima waktu dengan khusyuk (kalau tidak khusyuk, 
tak dapat pahala)

•taat kepada Allah SWT

•taat kepada suami

•jaga kehormatan diri

*Mungkin ada yang bertanya, apa pula peranan suami? Tanggungjawab suami amat berat. Suami menanggung segala dosa isteri. Bayangkan, kalau ada empat isteri. Dapat yang baik-baik, semua masuk syurga. Kalau tidak…baik kekal dengan seorang sahaja.


Renung2kanlah yer kawan2... Bukan untuk kamu saja, untuk peringatan kite bersama..... 

Pesanan Untuk Kite Bersama


Assalamualaikum...... 
Entry yang penuh ukhuwah hari ini. Tuan blog nak bercerita pasal kite sebagai seorang  PEREMPUAN/ISTERI
Mudahnya bagi perempuan untuk masuk syurga..
Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga
1 - “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, 
2 - mengerjakan puasa sebulan, 
3 - memelihara kehormatannya (aurat)
4 - mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”
Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

Namun perempuan lebih ramai di neraka..
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Wednesday, September 5, 2012

Hatiku Kembali Ceria

Assalamualaikum... 

Selamat pagi kawan2. Harap hari ini korunk ceria seperti Yanti hehehe. Carca Marba betul perasaan tuan blog ni kan. Maklum la.. Inilah lumrah kejadian seorang wanita.. 

Hari ni mood tuan blog kembali ceria sebab apa yg dilalui smlm sudah yanti lupakan wlupun pada hakiktnya memang susah untuk yanti lupakan. Bukan apa lagi yanti pkkan lg la yanti berserabut. So atas nasihat org sekeliling yanti akan cube buangkan jauh2 apa yg dh kau lakukan walaupun benda ni amat susah untuk yanti lupakan apa yang dia dh buat pada yanti. 

Apa yang yanti mampu lakukan kat sini, hanya berdoa supaya dia diberikan petunjuk satu hari nnt. Semoga doa org teraniaya seperti aku dimakbulkan... Amin... 

Tuesday, September 4, 2012

Hancur Luluh HAtiku Dibuatnya

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ni aku masih diberikan lagi waktu untuk bernafas. Syukur Alhamdulillah. Hanya Engkau yang mampu mengubah segala ketentuan ini. 

Hanya kepadaMu aku berserah atas segala dugaan ini. Tapi apa yang aku terima ni, x sepatutnya kena pada aku. Jahat sangat ke aku ni. Sampai orang sanggup wat aku macam ni. Rasa nak menangis pun ada ni, Ya Allah, kuatkanlah dan tabahkan hati aku ni.

Aku ni sebenarnya x suka nk canang2 cerita pasal org, tp bile org dh mulakan memang aku akan buat blk. Mungkin ada yg berpendapat, biakan apa yg org wat kat kite yang penting kite x buat. Tapi dalam kes ni aku memang x leh nk bersabar dah. Aku dh anggap dia mcm adik bradik aku, tp ini yang dia buat kat aku. Memang aku x leh nk trima dengan apa yg dia buat kat aku. 

Korunk mesti tertanya2 kan apa yg dia buat kat aku. Wlupun bnda ni korunk rase benda kecik, tp nth la. Pada aku sangat besar, sebab dia dah memalukan aku depan sedara mara. Dan skrg sedara mara aku dh mula memandang serong kat aku. Aku sangat2 malu. Apa yg dia canang tu x perlulah aku huraikan kat sini. Yang paling penting aku memang dah sakit hati dengan dia. Kalau jumpe rasa macam nk pelempang je. Aku boleh back up dia, tp ini blsn yang aku dapat. Memang budak x sedar diuntung mcm ni la. Langsung x berterima kasih ngn apa yg kite dh buat kat dia. Ini plak yg dia buat kat kite. 

Aku doakan semoga dia dibukakan pintu hati untuk bertaubat. Jaga mulut tu supaya x mencanang cerita orang kepada orang lain. Aku juga berharap supaya dia akan diberikan petunjuk untuk memperbaiki diri dia. Cermin diri tu sebelum nak mengata org. 

*Kepada org yang terlibat, silalah sedar2kan diri tu ye... 

Monday, September 3, 2012

Kerenah Anak2 ku di Pagi Syawal

Assalamualaikum......

Selamat pagi semua.. Korunk sume sihat x? Harapnya sihat la yer... Hari ni dh masuk bulan september bersamaan dengan 16 Syawal. Kejap betul masa berlalu. Impian dan Azam korunk sume dh tercapai lum? Harapnya dh tercapai la yer. mane yg lum tercapi tu, cepat2 la capaikan..

Hari ni tuan blog nk share aksi anak2 di pagi syawal yang sempat ummynya snap.. Jom Layan



Smile Time
Gatal Pale I
Hantu Bedak Kembali



Budak Mata SEpet


Wednesday, August 29, 2012

1 Syawal (Part 1)

Assalamualaikum.....

Alkisahnya, tuan blog dh hampir melupakan blognya.. Hehehe. Bukan apa, x tau nk mulakan cerita yang mana. Sebenarnya banyak benda yang nak disharekan kepada kawan2... Ok la. Aku cerita pasal Hari Raya yer..

Untuk pengetahuan korang sume, Yanti apply cuti sebelum raya lagi, iaitu 16hb. YAnti cuti awl sebab my Hubby dpat cui sebelum raya sebab 22hb tu dia dh kene kerja. Makanya terpaksalah apply cuti jugak. Disebabkan tahun ni turn beraya di Kampung Pasir Panjang, so dr Putrajaya terus tuju Kampung My Hubby di Sabak Bernam. 

Sehari sebelum raya Yanti dah berada di Pasir Panjang. (x jauh mana pun Sabak ke Pasir Panjang tu). Nak dijadikan cerita seperti biasa la, sehari sebelum raya tu, bersiap sedia menyediakan lauk yang nak di makan di pagi raya. so, bile dah dapat tau esok raya, bermulalah kami adik beradik berperang di dapur. Memandangkan  Mak Yanti  tak sihat, Yanti  la sebagai kakak kepada 2 orang adik, dengan kakakYanti  yg sulung lum sampai kampung lagi, semua urusan masak memasak memang serah 80% pada Yanti   Huh, first time Yanti  masak. Adik Yanti  dah setelkan lauk pertama dia. Rendang Daging. Yanti  pun apa lagi, kerah si suami untuk sama2 menolong apa2 yang patut. Nasib baik la dia mahu menolong. Ringan sikit beban. Dari kul 8 aku masak, sampai kul 11 kot baru siap. Penat memang x leh nk kata la.. Tapi aku puas hati. 

Pagi Raya Pertama

Dimulakan dengan bermaaf-maafan sesama keluarga dan adik beradik. Lepas tu Yanti  minta maaf dengan My Hubby. (banyak dose ngn dia,(kot la)).. Lepas bermaafan, kami semua menjamu juadah yang dah tersedia terhidang. Adik Yanti  wakil kepada mak Yanti  untuk join "baraan". Korang tau x apa Baraan ni. Kira sama makna dengan menziarahi jiran tetangga la... Sapa yang join ni, nnt org yg ada tu akan naik umah kite.. So habis je baraan Yanti  sekeluarga balik kampung nenek Yanti  di sabak Bernam. Meh join pic yang sempat Yanti  snap
Ema n Kak Long bersama tuan blog

Sangat Sukakan pic ni. (teringat zaman couple dulu)

Inilah My famly

Bersama Ipar Duai
Banyak lagi nk cerita, tapi di next entry la... 

Friday, August 10, 2012

Adik Beradik Angkat.....

Assalamualaikum...

Hari ni baru ada berkesempatan nk cerita pasal adik beradik angkat. Actually, Adik beradik angkat ni sama usia ngn aku. Memandangkan aku berkawan rapat dengan mereka2 ini,makanya abah membuat keputusan untuk  menjadikan  kawan2 aku sebagai anak angkat dia.

Biar aku cite sorang demi sorang mcm mne benda ni leh jadi... Dimulakan dengan Kak Long. Korang masih ingtkan entry aku yg lepas. pasal aku berbuka pose sama2 ngn dia tu. Nama sebenar dia, Siti Hajar bt Shahwari. Aku kenal ngn dia sejak kami sama2 belajar di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Gelaran Kak Long ni kami beri kat dia kerana, antara kami 6 orang, dialah yang paling terawal lahir wlupun kami sebaya. So lekat la gelaran tu sampai ke hari ini. Time tu, kami satu rumah sewa memang buat giliran, untuk hujung minggu kami akan balik dr satu umah ke umah masing2. Time giliran kawan2 umah sewa aku balik umah aku di pasir panjang. Kebetulan time tu memang semua free. Aku pun bawak la kawan2 aku pusing kampung memandangkan semua time tu ada motor. itulah pertama kalinya aku bawak kawan2 aku balik umh aku. Bila masuk kali kedua, aku hanya mengajak Kak Long memandangkan kami satu kumpulan untuk buat projek Kolej. So dari situ la abah aku mula mengenali Kak Long sedikit demi sedikit. Dan kami mula mengenali famly antara satu sama lain. So dari situlah kami rapat sampai la ke hari ini. 

Inilah wajah Kak Long - bertudung Biru, 
Anak angkat yang kedua - Nama sebenar dia Siti Rahmah binti Jajuli. Gelaran dari famly dia adik. Gelaran ni kami dapat pun sama mcm kak long. Dia antara yang terakhir lahir. Lain pula kes adik ni. Adik ni sebenarnya anak yatim piatu. Kami mula rapat dari sekolah menengah lagi. Dan x sangka kami dapat sambung study sama2 di Kolej Komuniti. Tapi keakrapan tu makin terserlah bila kami sama2 duduk di satu rumah sewa. Aku pun selalu mengajaknya balik rumah aku sebab kat rumah dia pun x der sesape. So abah bile kesian tengok anak yang x de mak bapak ni terus la dia amik adik ni sebagai anak angkat. Ke mana saja keluarga aku pergi, abah memang akan ajak dia. Dan sekarang ni pun kalau dia balik kampung, dia memang akan singgah umah aku je.

Inilah adik (berbaju ungu) di majlis pertunangan aku

Anak angkat ketiga abah bernama Zanariah bt Abd Mayas. Aku mula berkawan dengan dia sejak dari sekolah menengah juga, Sama macam adik. Tapi kami akrab sejak Form 5. Memandangkan kami satu kelas dan selalu buat aktiviti lepas kelas bersama. Oleh kerana dia selalu datang rumah dan kawan rapat aku, maka  Abah dengan rela hati mengambil sorang lagi anak angkat. 

Inilah Zanariah - anak angkat abah
Mesti korang pelik kan, kenapa abah hanya amik anak angkat semuanya perempuan. Korang mesti nk tau sebab apa. Betul x??? Memang semua kenalan keluarga kami akan bertanya, kenapa anak angkatnya semua perempuan. Kenapa tak amik lelaki ke sorang... hehehe. kalau korang nk tau, Mudah je jawapannya. Jawapannya adalah :

Kerana anak2 abah semua  PEREMPUAN, tu sebab abah amik anak angkat perempuan. Kalau abah amik LELAKI nanti katenya bakal MENANTUNYA plak.. Kan x manis dipandang orang. Korang mesti x caya kan? Inilah buktinya

Sory gambar x berapa clear, tapi inilah gambar famlyku..... dari kanan, adik aku yg bongsu, mak, abah memegang cucu,  ema. Yang berdiri kat belakang tu adalah Kak Long (bju merah) n aku
Dah percaya sekarang. Siap bukti lagi aku bagi.. heheheh.. Inilah episod kekeluargaan kami. Yang dipenuhi dengan PEREMPUAN. Nasib baik la, ada sorang cucu lelaki dan 2 menantu lelaki.. hehehe.... 

Wassalam... Sekian.

Thursday, August 9, 2012

Campur aduk..

assalamualaikum...

Tengo tajuk entry pun mesti semua dah tau kan? sebab tuan blog tengah malas nk update by tajuk.. nk buat blog sekali seminggu cite bagi habis semua...hehehehe...

Sebenarnya nak cerita pasal last week. Last week yg bermula hari Sabtu.. Seperti yg telah dirancang antara aku n 'Kak Long'(siapa dia?? nnt aku tulis di lain entry). Kami berbuka puasa di Sg Ramal. Ala2 food court mcm tu la.. Aku order Nasi Goreng Kampung n My hubby order Nasi Goreng Dgg Merah. Memang simple sebab kak long dh order 40 batang "Satay Wily"(nama kedai yg jual satay) untuk dimakan 4 org. huh, so kire sorang 10 cucuk mcm tu. Mana boleh nk makan 10 cucuk terus sebab dh makan nasi sepinggan, balun air gelas besar lagi..  Sedap jugak satay tu... Memang terbaik la. Aku siap ckp kat hubby, nk makan lagi satay kat sini... Lepas habis berbuka mcm tu, aku n hubby ronda2 kat PKNS Bangi. saja nk survey baju anak2..  Tengok punya tengok dah berkenan kat satu baju ni, tp malangnya budget x berapa nk ada sangat makanya tundakan la dulu.. Destinasi seterusnya adalah mydin memandangkan my hubby lalu jalan belakang. G mydin survey2 baju anak jugak, akhirnya kami buat keputusan untuk capai la 2 helai baju kurung buat  princess kami. 

Hari ahadnya plak ( 16 Ramadhan), x tau nk ketegorikan cerita ni cerita lucu, kelakar or apa2. Aku n hubby boleh x sedar langsung waktu sahur. Sedar2 tgk jam dah kul 630pg.. Hahahaha... Berpuasa la tanpa bersahur.. Petang tu plak aku dapat sms dari adik aku menyatakan nk berbuka pose di rumah aku. Aku pun apalagi, melompat la masuk ke dapur memasak sebab plan awlnya mls nk masak hari ni. Menu kami adalah Nasi Ayam n Roti sosej roll. kakak aku ada bawak mee goreng & apam balik buatan sendiri. 

Inilah wajah keriangan Husna bile ada kawan datang kat umah.
Wajah ceria si adik 
Hubbyku yang sentiasa setia menjaga anak2 bile ummi sedang berperang di dapur
Si kakak Khusyuk ngan Upin Ipin - Laptop, Adik plak Khusyuk ngn Boboiboy - TV

17 Ramadhan, bersahur dengan nasi ayam dan berbuka dengan Mee Goreng smlm yang x hbis. Aku x tau la, minggu ni dah masuk minggu malas nak masak untuk berbuka. 

18 Ramadhan, bersahur dengan nasi putih, telur mata masak kicap dengan suun. Berbuka dengan Nasi putih, Ikan kerisi goreng dengan Sayur bayam masak lemak campur fuchuk. lepas berbuka, aku x tau la dari kul bape aku terlelap sampai la kul 10 baru tersedar, dan time tu la baru aku makan nasi. Masa berbuka tu dah balun cekodok bilis sepinggan. Bila dh kenyang terus tergolek tido.

19 Ramadhan :  Bersahur menu yang sama waktu berbuka, dan berbuka di Food Court Presint 8. Menunya adalah kari ayam n sayur. 

20 Ramadhan : Menu bersahur adalah Nasi putih, ayam goreng n tumis telur, dan sedang merancang nak berbuka pose di Presint 8 lagi.. hehehe. saat kemalasan si isteri, macam ni la..

Sekian, untuk hari ini

Friday, August 3, 2012

Luahan Hati di Pagi Jumaat

Assalamualaikum...

Situasi di pg jumaat....

1- Kes lewat sampai opis - Hari ni terlewat sampai opis sebab slah diri sendiri yang terlelap lepas sahur tanpa memasang alarm. Adoi, 6.30 baru tersedar, macam2 yang nk dibuatnya.. Bila dah kua lewat dari umah kompom jem la kat kawasan umh pengasuh tu. Huh, tensen, kereta dh berderet2 nk kua, dengan kete yang blok jln lg. Lagi la tensen. Tgk jam waktu tu dh 715, memang dh sah2 aku lewat sampai opis hr ni. Bia la... Apa org nk ckp, ckp la.. Bila aku lewat ada je yg nmpk, tp bile org lain lewat x de plak yg nmpk... Asyik nmpk slh kite je...

2- Kes kwn kat FB - memang aku x freind ngn dia, tapi kawan aku la yang cerita pasal kwn fb dia. Mana xnya, mengutuk kita bagai2, tapi hakikat diri sendiri x mampu sebenarnya. X payah la nk riak, ingt ko hebat sangat. Jangan la cakap org yg makn vit yg doktor bg tu bg yg x mampu. Jangan nk riak nnt Tuhan tarik balik rezeki yang kau ada tu tau la.... Insaflah wahai saudari.....

3- Sakit Badan - Aku sendiri pun x tau apa punca badan aku sebelah kiri sakit.. dari semalam lg, tapi hari ni semakin sakit plak. x tau nk ckp sakit yg macam mne. Macam lenguh n sengal2 badan... Aku slah tido ke mlm td buat lg sakit. Adoi, nk bergerak sgt2 pun ssh... Nasib baik la hari ni x bape nk ada keje.

Sekian, untuk hari ini