Assalamualaikum...
Suasana pagi yang sejuk membuatkan kepala tuan blog pun sejuk dengan kata2. Hehehe. Oleh kerana kerja semua dah setel, pagi2 lagi tuan blog n update blog ni.
Macam2 nk cerita sebelum berakhirnya bulan Julai. Esok dah masuk bulan Ogos. Makanya kene la kerah idea ni. Nak habiskn cerita untuk bulan Julai. Esok bermula episod baru.
Ok, nk cerita yang mana dulu yer. Ok la. Aku cume nk share satu benda ni. Mungkin korang ada pendapat sendiri. Ini terpulang la pada individu nk ckp apa. Aku sendiri pun x tau nk bg pendapat mcm mana. Apa pandangan korang tentang situasi macam ni :-
- Orang bercinta, dia nk ada pakwe. Bila dh ada pakwe, bila tgk org semua dh ada ikatan, dia pun sibuk nk bertunang. Bila dh bertunang tgk org kawen, dia nk kwen jugak. Bila dh kawen, tgk orang ada anak dia nk ada jugak. Tapi bila dh ada anak sendiri makan pakai anak pun x leh nk sediakan dengan lengkapnya apa kes????? Pkkn la yer kawan2 sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Jangan ingt perkara kawen ni perkara yang semudah ABC.
- Bape % seorang bayi dalam prut akan terkenan. Bape % plak seorang baby yang akan mengikut raut wajah ibubapanya sendiri???
- Nak kelaskan seseorang ni macam mana ye, bile salah dia x nampak. Asyik nak cr salah org je. Sekali kite buat salah, 10x dia nmpk kesalahan kita, tapi kesalahan diri sendiri x plak nk nmpk.
- Ni kes bagi yang dh penah berpantang (melahirkan anak). Mesti semua org nk cepat sihat kan? Mesti ikut pantang larang berpantang. Betul x? Tapi bagi yang kes x mengamalkan perubatan orang2 dulu mcm mne yer. Mungkin skrg x rasa tapi esok lusa atau di hari kemudian. Btul x???
Fikir2kan lah masalah yang tak seberapa besar ni yer... hehehehe
Nak cerita pasal last week aku balik kampung. Jumaat petang dalam kul 3 mcm tu kami gerak balik kampung, Dalam kul 5 mcm tu sampai di kampung. Memandangkan adik aku follow, So kenelah berbuka di Pasir Panjang. Lepas berbuka balik Sabak Bernam. Huhuhu... Sedih sikit sebenarnya. tapi x pe la...
Al-kisah di Sabak, mengumpulnya kami biras2 n ipar2 kat rumah kakak ipar aku (merangkap biras). Berbuka bersama adik beradik. Memang ramai jugak la... Menu berbuka adalah, Segala macam ikan bakar (kembung,cencaru,keli,pari). Ikan keli masak sambal, Ikan keli masak lemak cekur, sayur kailan gorang ikan masin, budu n air asam... Picture lupe nk snap. Memang meriah.Bila dh kenyang, jadual perjalanan ku di teruskan ke Pasir Panjang
Di Pasir panjang, menu berbuka adalah Roti John, Kuih Ketayap, Cucur Udang, Pisang Goreng, Mee Bandung hasilan air tgn aku, air tembikai susu n cendol.. Memang byk tapi yg makan bape kerat org jer. Akhirnya bawak ke Surau....
Hari Isnin lepas sahur bergerak pulang ke Putrajaya terus g keje. Memang lewat la masuk opis. Pastu ada la org bising2 kat aku pasal aku masuk lewat.. Ewah!!!!! Ewah!!!! Kalau ko masuk lewat tu x pe plak. Klau aku ko nmpk je kan??? Tu la manusia kan? Tak pham aku... Lantak ko la.... Pg2 Isnin dhbuat aku spoil nk buat keje...
Sekian untuk hari ni....