Followers

Wednesday, August 29, 2012

1 Syawal (Part 1)

Assalamualaikum.....

Alkisahnya, tuan blog dh hampir melupakan blognya.. Hehehe. Bukan apa, x tau nk mulakan cerita yang mana. Sebenarnya banyak benda yang nak disharekan kepada kawan2... Ok la. Aku cerita pasal Hari Raya yer..

Untuk pengetahuan korang sume, Yanti apply cuti sebelum raya lagi, iaitu 16hb. YAnti cuti awl sebab my Hubby dpat cui sebelum raya sebab 22hb tu dia dh kene kerja. Makanya terpaksalah apply cuti jugak. Disebabkan tahun ni turn beraya di Kampung Pasir Panjang, so dr Putrajaya terus tuju Kampung My Hubby di Sabak Bernam. 

Sehari sebelum raya Yanti dah berada di Pasir Panjang. (x jauh mana pun Sabak ke Pasir Panjang tu). Nak dijadikan cerita seperti biasa la, sehari sebelum raya tu, bersiap sedia menyediakan lauk yang nak di makan di pagi raya. so, bile dah dapat tau esok raya, bermulalah kami adik beradik berperang di dapur. Memandangkan  Mak Yanti  tak sihat, Yanti  la sebagai kakak kepada 2 orang adik, dengan kakakYanti  yg sulung lum sampai kampung lagi, semua urusan masak memasak memang serah 80% pada Yanti   Huh, first time Yanti  masak. Adik Yanti  dah setelkan lauk pertama dia. Rendang Daging. Yanti  pun apa lagi, kerah si suami untuk sama2 menolong apa2 yang patut. Nasib baik la dia mahu menolong. Ringan sikit beban. Dari kul 8 aku masak, sampai kul 11 kot baru siap. Penat memang x leh nk kata la.. Tapi aku puas hati. 

Pagi Raya Pertama

Dimulakan dengan bermaaf-maafan sesama keluarga dan adik beradik. Lepas tu Yanti  minta maaf dengan My Hubby. (banyak dose ngn dia,(kot la)).. Lepas bermaafan, kami semua menjamu juadah yang dah tersedia terhidang. Adik Yanti  wakil kepada mak Yanti  untuk join "baraan". Korang tau x apa Baraan ni. Kira sama makna dengan menziarahi jiran tetangga la... Sapa yang join ni, nnt org yg ada tu akan naik umah kite.. So habis je baraan Yanti  sekeluarga balik kampung nenek Yanti  di sabak Bernam. Meh join pic yang sempat Yanti  snap
Ema n Kak Long bersama tuan blog

Sangat Sukakan pic ni. (teringat zaman couple dulu)

Inilah My famly

Bersama Ipar Duai
Banyak lagi nk cerita, tapi di next entry la... 

Friday, August 10, 2012

Adik Beradik Angkat.....

Assalamualaikum...

Hari ni baru ada berkesempatan nk cerita pasal adik beradik angkat. Actually, Adik beradik angkat ni sama usia ngn aku. Memandangkan aku berkawan rapat dengan mereka2 ini,makanya abah membuat keputusan untuk  menjadikan  kawan2 aku sebagai anak angkat dia.

Biar aku cite sorang demi sorang mcm mne benda ni leh jadi... Dimulakan dengan Kak Long. Korang masih ingtkan entry aku yg lepas. pasal aku berbuka pose sama2 ngn dia tu. Nama sebenar dia, Siti Hajar bt Shahwari. Aku kenal ngn dia sejak kami sama2 belajar di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Gelaran Kak Long ni kami beri kat dia kerana, antara kami 6 orang, dialah yang paling terawal lahir wlupun kami sebaya. So lekat la gelaran tu sampai ke hari ini. Time tu, kami satu rumah sewa memang buat giliran, untuk hujung minggu kami akan balik dr satu umah ke umah masing2. Time giliran kawan2 umah sewa aku balik umah aku di pasir panjang. Kebetulan time tu memang semua free. Aku pun bawak la kawan2 aku pusing kampung memandangkan semua time tu ada motor. itulah pertama kalinya aku bawak kawan2 aku balik umh aku. Bila masuk kali kedua, aku hanya mengajak Kak Long memandangkan kami satu kumpulan untuk buat projek Kolej. So dari situ la abah aku mula mengenali Kak Long sedikit demi sedikit. Dan kami mula mengenali famly antara satu sama lain. So dari situlah kami rapat sampai la ke hari ini. 

Inilah wajah Kak Long - bertudung Biru, 
Anak angkat yang kedua - Nama sebenar dia Siti Rahmah binti Jajuli. Gelaran dari famly dia adik. Gelaran ni kami dapat pun sama mcm kak long. Dia antara yang terakhir lahir. Lain pula kes adik ni. Adik ni sebenarnya anak yatim piatu. Kami mula rapat dari sekolah menengah lagi. Dan x sangka kami dapat sambung study sama2 di Kolej Komuniti. Tapi keakrapan tu makin terserlah bila kami sama2 duduk di satu rumah sewa. Aku pun selalu mengajaknya balik rumah aku sebab kat rumah dia pun x der sesape. So abah bile kesian tengok anak yang x de mak bapak ni terus la dia amik adik ni sebagai anak angkat. Ke mana saja keluarga aku pergi, abah memang akan ajak dia. Dan sekarang ni pun kalau dia balik kampung, dia memang akan singgah umah aku je.

Inilah adik (berbaju ungu) di majlis pertunangan aku

Anak angkat ketiga abah bernama Zanariah bt Abd Mayas. Aku mula berkawan dengan dia sejak dari sekolah menengah juga, Sama macam adik. Tapi kami akrab sejak Form 5. Memandangkan kami satu kelas dan selalu buat aktiviti lepas kelas bersama. Oleh kerana dia selalu datang rumah dan kawan rapat aku, maka  Abah dengan rela hati mengambil sorang lagi anak angkat. 

Inilah Zanariah - anak angkat abah
Mesti korang pelik kan, kenapa abah hanya amik anak angkat semuanya perempuan. Korang mesti nk tau sebab apa. Betul x??? Memang semua kenalan keluarga kami akan bertanya, kenapa anak angkatnya semua perempuan. Kenapa tak amik lelaki ke sorang... hehehe. kalau korang nk tau, Mudah je jawapannya. Jawapannya adalah :

Kerana anak2 abah semua  PEREMPUAN, tu sebab abah amik anak angkat perempuan. Kalau abah amik LELAKI nanti katenya bakal MENANTUNYA plak.. Kan x manis dipandang orang. Korang mesti x caya kan? Inilah buktinya

Sory gambar x berapa clear, tapi inilah gambar famlyku..... dari kanan, adik aku yg bongsu, mak, abah memegang cucu,  ema. Yang berdiri kat belakang tu adalah Kak Long (bju merah) n aku
Dah percaya sekarang. Siap bukti lagi aku bagi.. heheheh.. Inilah episod kekeluargaan kami. Yang dipenuhi dengan PEREMPUAN. Nasib baik la, ada sorang cucu lelaki dan 2 menantu lelaki.. hehehe.... 

Wassalam... Sekian.

Thursday, August 9, 2012

Campur aduk..

assalamualaikum...

Tengo tajuk entry pun mesti semua dah tau kan? sebab tuan blog tengah malas nk update by tajuk.. nk buat blog sekali seminggu cite bagi habis semua...hehehehe...

Sebenarnya nak cerita pasal last week. Last week yg bermula hari Sabtu.. Seperti yg telah dirancang antara aku n 'Kak Long'(siapa dia?? nnt aku tulis di lain entry). Kami berbuka puasa di Sg Ramal. Ala2 food court mcm tu la.. Aku order Nasi Goreng Kampung n My hubby order Nasi Goreng Dgg Merah. Memang simple sebab kak long dh order 40 batang "Satay Wily"(nama kedai yg jual satay) untuk dimakan 4 org. huh, so kire sorang 10 cucuk mcm tu. Mana boleh nk makan 10 cucuk terus sebab dh makan nasi sepinggan, balun air gelas besar lagi..  Sedap jugak satay tu... Memang terbaik la. Aku siap ckp kat hubby, nk makan lagi satay kat sini... Lepas habis berbuka mcm tu, aku n hubby ronda2 kat PKNS Bangi. saja nk survey baju anak2..  Tengok punya tengok dah berkenan kat satu baju ni, tp malangnya budget x berapa nk ada sangat makanya tundakan la dulu.. Destinasi seterusnya adalah mydin memandangkan my hubby lalu jalan belakang. G mydin survey2 baju anak jugak, akhirnya kami buat keputusan untuk capai la 2 helai baju kurung buat  princess kami. 

Hari ahadnya plak ( 16 Ramadhan), x tau nk ketegorikan cerita ni cerita lucu, kelakar or apa2. Aku n hubby boleh x sedar langsung waktu sahur. Sedar2 tgk jam dah kul 630pg.. Hahahaha... Berpuasa la tanpa bersahur.. Petang tu plak aku dapat sms dari adik aku menyatakan nk berbuka pose di rumah aku. Aku pun apalagi, melompat la masuk ke dapur memasak sebab plan awlnya mls nk masak hari ni. Menu kami adalah Nasi Ayam n Roti sosej roll. kakak aku ada bawak mee goreng & apam balik buatan sendiri. 

Inilah wajah keriangan Husna bile ada kawan datang kat umah.
Wajah ceria si adik 
Hubbyku yang sentiasa setia menjaga anak2 bile ummi sedang berperang di dapur
Si kakak Khusyuk ngan Upin Ipin - Laptop, Adik plak Khusyuk ngn Boboiboy - TV

17 Ramadhan, bersahur dengan nasi ayam dan berbuka dengan Mee Goreng smlm yang x hbis. Aku x tau la, minggu ni dah masuk minggu malas nak masak untuk berbuka. 

18 Ramadhan, bersahur dengan nasi putih, telur mata masak kicap dengan suun. Berbuka dengan Nasi putih, Ikan kerisi goreng dengan Sayur bayam masak lemak campur fuchuk. lepas berbuka, aku x tau la dari kul bape aku terlelap sampai la kul 10 baru tersedar, dan time tu la baru aku makan nasi. Masa berbuka tu dah balun cekodok bilis sepinggan. Bila dh kenyang terus tergolek tido.

19 Ramadhan :  Bersahur menu yang sama waktu berbuka, dan berbuka di Food Court Presint 8. Menunya adalah kari ayam n sayur. 

20 Ramadhan : Menu bersahur adalah Nasi putih, ayam goreng n tumis telur, dan sedang merancang nak berbuka pose di Presint 8 lagi.. hehehe. saat kemalasan si isteri, macam ni la..

Sekian, untuk hari ini

Friday, August 3, 2012

Luahan Hati di Pagi Jumaat

Assalamualaikum...

Situasi di pg jumaat....

1- Kes lewat sampai opis - Hari ni terlewat sampai opis sebab slah diri sendiri yang terlelap lepas sahur tanpa memasang alarm. Adoi, 6.30 baru tersedar, macam2 yang nk dibuatnya.. Bila dah kua lewat dari umah kompom jem la kat kawasan umh pengasuh tu. Huh, tensen, kereta dh berderet2 nk kua, dengan kete yang blok jln lg. Lagi la tensen. Tgk jam waktu tu dh 715, memang dh sah2 aku lewat sampai opis hr ni. Bia la... Apa org nk ckp, ckp la.. Bila aku lewat ada je yg nmpk, tp bile org lain lewat x de plak yg nmpk... Asyik nmpk slh kite je...

2- Kes kwn kat FB - memang aku x freind ngn dia, tapi kawan aku la yang cerita pasal kwn fb dia. Mana xnya, mengutuk kita bagai2, tapi hakikat diri sendiri x mampu sebenarnya. X payah la nk riak, ingt ko hebat sangat. Jangan la cakap org yg makn vit yg doktor bg tu bg yg x mampu. Jangan nk riak nnt Tuhan tarik balik rezeki yang kau ada tu tau la.... Insaflah wahai saudari.....

3- Sakit Badan - Aku sendiri pun x tau apa punca badan aku sebelah kiri sakit.. dari semalam lg, tapi hari ni semakin sakit plak. x tau nk ckp sakit yg macam mne. Macam lenguh n sengal2 badan... Aku slah tido ke mlm td buat lg sakit. Adoi, nk bergerak sgt2 pun ssh... Nasib baik la hari ni x bape nk ada keje.

Sekian, untuk hari ini

Wednesday, August 1, 2012

Alahai Anakku......

Assalamualaikum......

Tengok pada tajuk entry mesti korang nk tau apa yang aku nk cite kan? hehehe.. Ni cite pasal "Kakak".
(Husna - Dapat gelaran kakak lepas dapat adik). Harus la panggil kakak kan, sebab dh ada adik. Dah lama jugak aku x cite pasal dia kan? Asyik cite pasal ummi dia jer.. hehehe.. Sory la yer kakak...

Ni kes kakak yang suka melayan upin ipin tanpa jemu. Kalau sehari tv tu terpasang upin ipin berulang2 pun dia x jemu. Bila la kakak nk jemu tgk upin ipin. Hadoi, kalau dh melayan, memang dh x ingt apa2 dah. Memang ummi leh buat kje tanpa ada gangguan dari dia. Tu yang bestnya sebenarnya, tapi yang x bestnya boleh buat gaduh ngn dia sebab Ummi n Abi nk tgk tv, dia plak sibuk nk melayan Upin Ipin. Sehari x tgk Upin Ipin memang x sah la... Memandangkan dia dh boleh cakap sikit2, so memang x leh nk wat apa la... Kalau dulu sebelum dia x tau nk ckp dia cume tunjuk tv, tu bermakna dia nk tgk upin ipin. Tapi sekarang bile dh pandai cakap, Masyaallah.... Mulut dia saja la kat umah tu.. salah satu cite upin Ipin  yang paling diminati adalah Upin Ipin Season 5 Episod 12 Tajuk Cerita Kami. Siap joget2 lg depan tv. Jom kita layan jap

Inilah dia gaya budak yang tengah khusyuk melayan upin ipin
Inilah budah yang ngh khusyuk tgk Upin Ipin
Memang Khusyuk Sangat sampaikan org snap pic dia pun dia x prasan
Inilah al-kisah kakak. Selain cerita Upin Ipin, Dia juga adalah penggemar cerita Boboiboy.... Kalau ada lagu Boboiboy tu, memang dia tunggu perkataan "Boboiboy"... Tu je la sebutan yang aku faham... hahahaha
SEkian,.

Welcome Ogos...

Assalamualaikum 

Selamat Pagi kawan2... Pagi yang penuh kegembiraan kerana hari ni dah masuk hari ke 12 kita berpuasa.. Ha?? Dah 12 hari la aku berpuasa ni yer... hehehe.. Macam x caya plak.. ye la.. ini bermakna tinggal 18 hari je la kite berpuasa. Hehehe.. Kejap btul masa berlalu..

Owh yer. Hari ni nak cite pasal apa yer... Owh.. Nak cite pasal Bulan Ramadhan tahun ni la. Walaupun Bulan Ramadhan lum habis, tapi sepanjang aku berpuasa ni rasanya menu berbuka n bersahur lum ada yang istimewa.. Hehehe... 

Mungkin hari ni aku akan masak yang istimewa sikit la kot. Bukan x nk masak istimewa2 ni, tapi memandangkan masa yang x mencukupi tu yang masak ala kadar je. Sebab mood aku untuk masak sedap2 ni selalunya hari cuti. Korang tau je la.. Hari minggu aku yg lepas dipenuhi dengan kat umh kakak aku n balik kampung. So rasenya minggu ni la kot baru leh masak sedap. Tapi nk masak apa yer... Aku ada gak bgtau my hubby nk buat kek hujung minggu ni.. So kene la beli bahan yang diperlukan hari jumaat ni.

Sekian,