Monday, July 29, 2013

Layan....

Assalamualaikum.....

SElamat pagi kawan2. Korang sihat x? Alhamdulillah.... Minggu ni adalah minggu terakhir yanti kerja sebelum bercuti panjang sempena menyambut Hari Raya Puasa. So mood dah ke Laut untuk buat kerja.. Heheeheh.. Tapi tetap nk buat kje gak supaya nanti naik keje kje sume dah beres. 

So, skrg ni sambil2 buat keje sambil2 update blog sebelum tuan blog bercuti panjang.. Bile tuan blog da cuti, maka blog pun haruslah bercuti... Hehehehe... Hari ni just nk share ngn kawan2 ngn satu lagu Indon ni. Sebelum ni jenuh cari apa tajuk lagu ni... Selalu sangat ke udara kat Radio. Tapi tiap kali keluar kat radio tiap kali tu jugak la terlepas nk tau nama tajuk lagu or penyanyinya.. Sampai lah hari ni baru dapat. tu pun jenuh ingt balik.. So korang nk tau x lagu apa yang yanti maksudkan ni... hahahahaha... 



Lirik Lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang - Tegar

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang

Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia



Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua



Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah



Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi, aku tak berputus asa
Pasti Yang Kuasa memberi jalannya



Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman



Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman



Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna



Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia


Cita-citaku menjadi orang kaya oiii
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukur pada Yang Maha Kuasa
Memberi  jalan untuk semua


Hahaha.... mesti korang dah tertipu kan?? Mesti korang ingt Yanti cari lagu raya versi Indon.. Hehehehe. Orang dekat2 raya cari n dengar lagu raya, tapi Yanti?? Hehehehe.. Maafkan saya.... 

Sekian, jom layan... 

Monday, July 22, 2013

Berpuasa Dengan Shaklee

Assalamualaikum...

Hai kawan2..Selamat berpuasa kepada kawan2 kat luar sana. Hari ni masuk hari ke 13 kite berpuasa kan? Rase mcm kejap je kan masa berlalu. Tinggal beberapa hari je lagi nk sambut hari raya kan? So mcm mne ngn persiapan korang. Persiapan Yanti sekeluarga alhamdulillah dah siap 60% kot. heheheh. Shoping x ingt dunia. Kopak My Hubby...

Sebenarnya nk cite pasal puasa yanti tahun ni. Tahun ni memang berpuasa yang agak2 lebih mencabar. Tapi kene redah jugak. Nak buat mcm mne kan?? Isteri yang berdikari. Memang sangat2 memenatkan kalau diikutkan.. Tapi dengan benda ni Yanti kelihatan segar lagi walaupun dah masuk ke petang. 

Inilah nk cerita ngn korang ni. Nak share apa yang Yanti amik time pose ni supaya badan cergas. 

Alfalfa Complekx. 
Produk inilah yang membuatkan yanti sekeluarga kelihatan segar bugar walaupun dah masuk petang. Ini terbukti minggu pertama puasa yanti memang x makan suplement ni. Balik dari kerja memang penat n letih sangat. Asal balik keje je terus lembik n tdo dulu sebelum masak. Tapi bile dah amik suplement ni, memang amat berbeza sekali. Tengah hari pun dah  x lentok nk tdo. Kalau tidak pantang tengah hari je terus cr port tido. Mungkin ada sesetengah orang khasiatnya lain plak kan? Kalau korang nk tau lebih detail mengenai Suplement ni meh baca ENTRY NI

Contoh kejadian semalam, Ahad 21.07.2013, Yanti sekeluarga hampir2 terbabas bersahur. So makan memang ala kadar je, makan nasi beberapa suap je, minum air masak ada la kot 3 cawan, pagi sampai ke tengah hari kami berjalan, Alhamdulillah, kami x rase letih pun. Penat memang ada, tp x la sampai tahap dah x larat nk buat apa2. Kami leh gagah masak menu istimewa lagi..  

So layanlah kebaikan Alfalfa ni ye. Alhamdulillah, 10 hari memang yanti akan amik suplement ni selepas bersahur. Lepas berbuka yanti memang x amik, sebab yanti kan amik Pil Perancang. So x berani nk gab dekat2 ngn Pil tu kn? kang x pasal2 melekat, da sudah... So, korang bile lagi nk cube.. ??



Thursday, July 18, 2013

SMS

Assalamualaikum.....

Selamat tengah hari yang sejuk kawan2... Hehehehe.. Orang lain tengah2 hari kepanasan, yanti ni kesejukan plak. Pelik kan???? Memang la pelik. Sebab duk dalam opis yang sejuk beku da mcm suke freezer. Lebih kalah dari eskimo.. Pakai stokin da 2 lapis, pakai sweater lagi, selimut lg.. X panas2 jugak badan. Jari jemari siap krem x leh nk menaip. Apa la yang yanti merepek tengah2 hari buta ni kan?

Tengok tajuk entry, Agak2 korang la kan? Apa yang yanti maksudkan dengan tajuk entri tu??? 

Apakah itu SMS?????
a) Short Message Service
b) Sistem Mesej Saja
c) Korang decorrect sendiri la apa pun kan????

Tapi pada yanti SMS ada Simpan Mesej Selamanya. Dulu masa yanti bercinta dengan Hubby yanti adalah seorang penyimpan tegar mesej2 yang pernah Hubby anta yanti. Tak kire mesej tu berkaitan apa pun, tetap akan yanti simpan. Kalau korang2 x caya, meh la jumpe yanti, leh yanti tunjukkan bukti2 penyimpanan mesej2 dari tahun 2006, dari waktu Hubby melamar yanti jadi awek sampailah jd Isteri dia skrg.. Dari panggilan kami Saya - Awak, Abg - Ayang, Papa - Mama n Abi - Umi. Sehinggalah sekarang, habit untuk simpan n salin sms yang dia anta sudah menjadi tradisi. Bukan apa, nak tunjuk bukti2 yang pernah dia lafazkan dulu senang.. Boleh bg dia baca balik. 

Sebenarnya hari ni dapat SMS yang agak kurang sedap di dengar dari Hubby. Mungkin org lain klu dapat SMS ni mungkin ada yang kesah kot sebab dah biasa, tapi pada yanti, di bulan Ramadhan ni, tanpa dia mcm ada sesuatu yang kurang. SMS berbunyi " Abi kje ptg hari ni". So maknenya??? Erm... terpakse lah si isteri redha untuk berbuka pose sorang2 lagi hari ni.. Inilah perkara yang paling tidak menggembirakan si isteri. 

Sebenarnya yanti lagi happy kalau bulan Ramadhan ni waktu berbuka Suami ada disisi. Sebab time2 mcm ni je nk mintak tolong kat Hubby senang n mudah. Kadang2 x yah suruh pun dia dh tau apa nk buat. Maklumlah yanti ni kalau da balik umah da mcm2 dibuatnya takut x sempat nk siap plak juadah berbuka puasa kami nanti. Tapi bila dia x de, mood nk masak untuk diri sendiri pun adalah ke LAUTTTTTTT.. Apa nak masak untuk diri sendiri pun da x tau. sudahnya nanti kompom Nasi Goreng Campak2 je yang terhasil kan? Ha!!!!! Nasi Goreng Campak2... Ok gak tu kan? So petang ni dah dapat menu berbuka pose... Menu Sahur akan difikirkan kejap lagi.... Jom jumpe en Google untuk cari resepi bersahur sebab sahur ni Hubby ada kat umah... 

Sekian,..... 

Thursday, July 11, 2013

Slot Samarinda Ramadhan

Assalamualaikum.....

Selamat petang semua.. Petang ke yer sekarang ni? kire tengah hari lagi ni. Biasa la bulan2 pose ni kan? keje pun x menentu. Inilah kerja aku. So jangan nk jeles2 yer... Jap2, nk tnya korang sikit ni, korang semua perasan x? Setiap kali bulan Ramadhan, Slot Samarinda mesti ada saja Drama2 yang menarik bukan? Sebenarnya aku ni bukanlah mengikut sangat Slot Samarinda TV3 ni, tapi sebab kadang2 jalan ceritanya kene pada selera aku, so makanya layankan je la kan? Pihak terbitan Radiusone SDN BHD sangat2 prihatin bila masuknya bulan Ramadhan. Ada saja yang ingin diterbitkan dan disajikan kepada para penonton. Ni just nk review beberapa drama di bawah terbitan Radiusone SDN. BHD.  


SYURGAMU RAMADHAN

Terbitan Slot Samarinda di bulan Ramadhan pada tahun 2010. Korang ingat lagi x dengan cerita ni. "SYURGAMU RAMADHAN". Antara barisan para pelakon yang menjayakan drama ini adalah seperti Eira Syazira, Elly Suriati, Ungku Ismail Aziz, Zarina Zainordin dan ramai lagi. SYURGAMU RAMADHAN adalah kisah pengorbanan, , kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan. Dan tida yang lebih indah dari satu kemaafan. Kemaafan dari dendam yang terpendam. Sinopsis drama ini mengisahkan seorang ibu (Elly Suriati) yang terlalu pentingkan DARJAT, PANGKAT & KETURUNAN. Dia hanya mahu buat yang terbaik untuk anak2nya. Tetapi dia silap langkah. Di malam akad nikah Marlia (Eira Syazira) anak sulung kepada Datuk Halimatun (Elly Suriati) telah melarikan diri dan mengikut pilihan hatinya sendiri iaitu Budi (Shahar Yac'cob) . 



Marlia bahagia walaupun suaminya bekerja sebagai Pengawal keselamatan ketika itu. Alhamdulillah mereka dikurniakan 5 orang anak. Selepas 16 tahun berlalu tumpuan si ibu, tumpuan sepenuhnya diberi kepada Yassin (Ungku Ismail Aziz). Yassin hanya mengikut kehendak ibunya. Tetapi malangnya dia tidak bahagia bersama isterinya, (Zarina Zainordin). Isteri Yassin seorang yang suka bersosial. Kisah bermula apabila Marlia mendapat panggilan pertama dari adiknya, Marlia sangat x menyangka yang dia akan dapat bertemu semula dengan adiknya. Tapi malangnya, belum sempat untuk mereka bertemu, Budi n Marlia terlibat dalam satu kemalangan ngeri dan meninggal si tempat kejadian. Bermulalah episod ratapan 5 orang anak yatim piatu yang terpakse tinggal bersama Paksu dan nenek yang tidak suka dengan keturunan Marlia. Adakah Datuk Halimatun terus membenci mereka sehingga di akhir penceritaan??? So review la blk cerita ni ye. 




RAMADHAN TERAKHIR

Pada Ramadhan 2011 pula, masih di bawah terbitan Radiusone Sdn. Bhd. Kali ini "RAMADHAN TERAKHIR" pula ditayangkan di kaca tv menerusi slot Samarinda juga. Drama yang dibintangi oleh Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shila, Aeril Zafril, Anzalna Nasir, Eyka Farhana dan ramai lagi. Drama ini mengisahkan Hashim (Esma Daniel) seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama islam. Dia disahkan mengiddap kanser kronik dan mampu berrrtahan beberapa bulan saja lalu bernekad untuk membetulkan  semula haaaluan yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya. Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni (Fazlina) yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa yang lebih menyedihkan, anak lelaki merekaaaa daniel (Aeril Zafril) turut melakukan pergaulan dan perlakuan  tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa (Anzalna).


Pada masa yang sama yang sama Hisham sering  bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal diisi Sakinah (Tasha Shila) seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah  baru juga adalah satu adegan tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya sakinah? Apakah maksud di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham? Ingat lagi x korang jalan ceritanya??? Harap korang ingat la kan?



7 RAMADHAN

Tahniah buat Radiusone Sdn. Bhd kerana 3 tahun berturut2 telah berjaya menayangkan Drama2 keagamaan, kekeluargaan sempena Bulan Ramadhan. Untuk tahun 2012 "7 RAMADHAN" telah bersiaran di kaca TV3. Tahun kedua juga buat Ellie Suriati berjaya membintangi watak terbitan Radiusone ini. 7 RAMADAN  ini mengisahkan seorang ibu yang bernama Sufiah (Ellie Suriaty) yang tinggal seorang diri di kampung dengan mengambil upah mengurut, membuat kuih, dan apa sahaja yang termampu demi menyara kehidupan  bersama anak angkatnya, Ramadhani (Fir Affandi) yang amat disayangi. ramadhani atau lebih mesra dengan panggilan Dhani kini sudah dewasa dan baru sahaja menamatkan pengajiaanya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu 7 Ramadhan, hari konvensyen Dhani dan juga ulangtahun arwah anak kandungnya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur 3 bulan dalam sebuah peristiwa hitam. Sufiah tidak melupakan peristiwa itu apabila anaknya dicampak oelh suaminya, Mustaza (Roy Azman)  yang kini meringkuk di dalam penjara.


Sufiah sangat2 teruja dan bersiap2 untuk menghadiri konvensyemn anaknya walaupun dilarang oleh anaknya utk datang ke majlis konvensyen Dhani. Dhani berbuat begitu kerana tidak mahu teman wanitanya, Ana (Ana Dahlia) mengetahui ibu dan latar belakang hidupnya yang sebenar. Hanya kerana ingin mengambil hati ibu Ana iaitu Datin Audrey (Tania Zainal) yang sangat mementingkan darjat, Dhani berbohong bahawa ibunya sudah meninggal dunia. Dhani yang sudah hidup bosan dalam kemiskinan nekad untuk mengubah nasib hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya. Apakah Dhani akan berterus terang kepada Ana mengenai ibunya. Sufiah dan status sebenar keluarga mereka? Sebesar mana disa Dhani terhadap ibunya? tidak pernah terbuku di hati Sufiah untuk menghukum anak lelakinya itu. persoalannya sampai bila Sufiah mampu bertahan?



RAMADHAN YANG HILANG

Seperti tahun - tahun sudah, bila tiba bulan puasa stesen TV akan sentiasa menyiarkan rancangan yang berunsur keagamaan sempena bulan Ramadan. Untuk tahun 2013, Radiusone memang takkan melepaskan peluang untuk menerbitkan drama2 yang berkisarkan Keagamaan. "RAMADHAN YANG HILANG", itulah tajuk Slot Samarinda Ramadhan. Drama ini mengisahkan  konflik antara dua beradik, Zafirah (Eira Syazira) dan Delisha (Tilla Melvin). Apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan. Semasa di peringkat sekolah Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajarannya. Jauh berbeza dengan personaliti Delisaha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir (Zamarul Hisham) dan Saadiah (Zila Bakarin). Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat mereka.

Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah. Lama kelamaan Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapanya dan juga neneknya, Maryam (Norhayati Taib). Dia mula memendam perasaan serta membesar menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri


Selepas 10 tahun, Zafirah dan Delisha belajar di Universiti yang sama tetapi jurusan yang berbeza. Zafirah yang mengambil jurusan perakaunan manakala Delisha mengambil jurusan pemasaran seperti kehendak Zubir yang mengharapkan anaknya boleh mengambil alih syarikatnya kelak. Mereka masih meneruskan tradisi keluarga untuk berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan. Delisha yang pandai mengambil hati menjadi lebih rapat dengan Zubir dan saadiah memandangkan Zafirah selalu sibuk dengan aktiviti dan majlis ilmu di Univesiti. Tambahan pula, kelahiran adik bongsunya Zayyad menyebabkan keluarganya mengabaikan Zafirah secara tidak langsung. selepas tamat pengajian, Zafirah dan Delisha menyuarakan hasrat mereka untuk mengejar impian masing-masing. zafirah ingin menjadi seorang penulis novel manakala Delisha mahu menjadi seorang penyanyi. Bagaimanapun, Zafirah terpaksa mengalah sekali lagi dan berkorban untuk keluarganya.  Dia kini bekerja di syarikat bapanya yang sedang mengalami masalah kewangan. Jurang antara Zafirah dan Delisha semakin jauh apabila Delisha mula rapat dengan Rafiq (Arja Lee). Zafirah pernah menolak cinta Rafiq semasa dia masih belajar di universiti dan kini dia sibuk dengan kerja-kerja di syarikat ayahnya. Zafirah cemburu apabila cinta Rafiq beralih ke Delisha tetapi dia akur.


Zafirah bertunang dengan Fitri, seorang Pengurus Pembangunan Perniagaan. Zafirah semakin mendapat kepercayaan atas sifat tanggungjawabnya sebagai anak sulung yang komited pada perniagaan keluarganya jarang meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula mendapat tugasan syarikat bersama Delisha. Lama kelamaan, Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka mula bercinta. Akhirnya, Fitri putus tunang dengan Zafirah kerana mahu berkahwin dengan Delisha. Zafirah memberitahu ibunya Saadiah bahawa dia redha tiada jodoh dengan Fitri tetapi dia tidak mungkin berbaik lagi dengan Delisha. Bagi zafirah, cukuplah dia bersabar dan mengalah. Zafirah bertambah marah apabila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri. Buat pertama kalinya, Zafirah bergaduh bersar dengan Delisha sehingga Delisha membawa diri ke luar negara. 1 Ramadan muncul lagi. Inilah Ramadan yang suram buat keluarga Zubir dan Saadiah. Bagi mereka, ia ibarat Ramadan yang hilang. Zubir, Saadiah dan zafirah berbuka puasa bertiga tanpa berbual sepatah pun antara mereka. Zayyad pula masih belajar di Kuwait. Selepas 3 tahun, kepulangan Delisha bersama seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan Zafirah dan Saadiah. Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq. Apakah yang berlaku seterusnya???? Jangan ketinggalan menyaksikan Drama bersiri ini setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam menerusi Slot Samarinda sebanyak 18 episod. 


Tahniah sejuta2 tahniah buat Radiusone kerana sudi menayangkan drama2 yang mengusik jiwa sanubari penonton. Beribu2 penonton telah menonton drama2 ini. Di harap pihak Radiusone akan meneruskan bidang ini dengan lebih maju jaya. 

TAMAT.... 


Pantai Yang Mendamaikan

Assalamualaikum....

Hai kawan2 semua. Semua sihat2 ke?? Harap2 semua sihat la kan? Hari ni masuk Ramadhan yang kedua. Semoga Ramadhan ini kite akan lebih mendapat hidayah DariNya.. Insya Allah. Amin. 

Sebenarnya minggu lepas aku sekeluarga balik kampung. Macam biasa la kan, sekali balik memang akan singgah dua2 kampung. Tapi balik kali ni memang bertujuan sebab my Abah ada buat kenduri doa selamat n Tahlil. 

Kami gerak balik hari Khamis malam Jumaat memandangkan aby dah cuti n aku dah apply cuti. So perjalanan mcm biasa jer. Alhamdulillah kami sampai dalam jam 11.00 malam sebab singgah makan kat satu restoran makan kat Sungai Besar. X ingat apa nama kedai tu. Kali ni kene balik Sabak Bernam dulu. Aku x kisah sebenarnya nk balik mana2 pun kan? Yang penting singgah dua2 kampung. Sama je situasinya. 

Sebelum balik kampung hari tu ada bincang ngn My Hubby untuk ajak dia g Pantai BNO pada hari jumaat petang. Memandangkan Jumaat petang tu jugak ada Pasar Malam kat Pekan Sabak, So request awal2 sebab takut dia sibuk ada planning lain ngn kawan2 dia.  Alhamdulillah, permintaan si Isteri ditunaikan.. Inilah hasilnya...

Dalam Perjalanan. 
 Gambar kat atas ni sebenarnya Husna yang amik. Maka itulah hasilnya.. Sian umy muka x bape clear


Inilah satu2nya anak buah ppuan yang aku ada... Nur Eizaira Auni
 Bila nampak aku bersiap, sibuk tnya, "Bibik yanti nk g mana"? Aku jawab, "nak g pantai, eira nk ikut ke"? Jom la. Terus laju dia bersiap...

Kakak mengajak abi turun ke pantai. Adik dah x sabar nk terjun. Padahal air pantai ngh surut

Yeay...... Una da sampai pantai.. 

"Umi, nk yun"

Sepupu perempuan.

Apa la yang dimenungkan en Hubby ni kan? Suka sangat berangan,, 

Amik gambar sendiri... Inilah hasilnya

"Umi, Una takut ada anjing"

"Umi, jom yek"

Umi n Adik. 

Peace!!!!

Si Bolat

Kakak happy bersama kakak ira

"Kakak Ira, jom tengok anjing"
Inilah keadaan Pantai BNO. Suatu ketika dulu pernah bawak Husna g sini. Tapi time tu rasenya dia x tau apa2 lagi. Maklum la ketika tu kalau x silap dia baru berumur 6 bulan kot. Jom tengok gambar ni lagi. Korang rase2 muka Husna dulu n sekarang sama x?

Umi n Husna

Inilah Husna suatu ketika dulu

Anak Abi katenya... 
So, macam mana? Nyaman x permandangan di sini. Sebenarnya, pantailah tempat yang paling bagus nk hilangkan stres. Tengok pukulan ombak, n tenung jauh2 sejauh mana pantai ni, n terus buang segala masalah ni kat pantai.. Kalau rase kawasan pantai clear, jeritlah sekuat hati bagi tenang.. 

Sekian.

Wednesday, July 10, 2013

Dugaan Ramadhan.

Assalamualaikum

Selamat pagi kawan2. Sihat ke hari ni? Puasa x? Jangan buat2 lupe plak yang hari ni hari first kite umat islam berpuasa. Hehehe. So apa menu sahur korang pagi tadi? Menu sahur aku sangat2 simple. Ayam masak blackpepper n sayur goreng je. Sama menu ngn menu makan malam. 

Sebenarnya bukan nak cerita pasal menu berbuka n bersahur. Al maklum la, Umi bukanlah seorang yang pandai masak. Masak apa yang terlintas di kepala otak jer.. kadang2 sampai tahap goreng telur mata je pun penah.. Hahahaha... 

ok.. Sekarang back to fokus sebenar. Setiap bulan Ramadhan mesti ada dugaan yang aku terima. Baru hari first pose tapi dah kene lalui semua dugaan ni kan? X pe la... Aku terimalah kan?? Malas la nk cite ulang banyak2 kali apa dugaan yang aku terima hari ni... MEH BACA KISAH SEDIH

Sedih x la sedih sangat kan? Mungkin ada orang lagi sadis cerita mereka.. Memang x ramai yang sanggup bekorban ngn apa yanga aku buat ni... Tapi nk buat mcm mne kan? Proses nk buat lesen tu bukan la sekejap. Kene amik mase gak.. So, aku sangat berharap benda ni akan menjadikan aku lebih kuat.. Semangat tu datang dari anak2.. 

Sekian.. 

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan 2013

Assalamualaikum.....

Eh, cam pelik je kan, tengok tiap hari plak tuan blog ni mengupdate blognya.  Bukan apa, mengisi mase lapang kan? Sebab tujuan utama mencipta blog ni pun untuk mengisi masa lapang yang ada. Kalau dah lama sgt x update tu, tu bermakna tuan tanah tengah kekeringan idea. Sekarang ni otak tengah membeku. Sebab kat lua ujan, kat opis ngn aircond lagi. Fuh!! Gila Sejuk hari ni.. Minggu lepas opis panas sebab x de aircond. Minggu ni sejuk plak sebab aku jugak kan? G buat aduan sape suruh... Ha, skrg padan muka aku.. Hahahaha

Alhamdulillah, hari ni kat Putrajaya dituruni hujan yang agak lebat. Rahmat DariNya sempena menyambut Ramadhan esok.. Ha??? Esok dah pose?  Ya Allah, Rase kejap betul mase berlalu kan? Alhamdulillah kita semua diberi umur yang panjang oleh Allah SWT dan sekali lagi mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang amat dinantikan oleh umat Islam. Semoga masa lapang yang ada digunakan dengan melipatgandakan amalan kita dengan harapan ganjaran dan keredhaan Allah SWT. 

Pada Bulan ini, segala pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Dengan peluang  besar ini harap kite semua mengambilnya semaksima mungkin sebagai bekalan untuk menghadapNya suatu hari nanti. Lapar atau dahaga itu tidak bermakna jika kite masih melakukan perkara yang dilarang Allah SWT. 

SELAMAT BERAMAL...... 

Monday, July 8, 2013

Lagu Terkini.

Assalamualaikum....

Dah lama x cerita pasal anak kan? Husna - secantik namanya dan orangnya.. Bijak bukan main... Anak sape la ye?? Hehehe.. Apa2 jom layan lagu ni dulu.


Lagu Peberet Kakak.. Mulanya Umi n Abi memang x perasan yang dia sukakan lagu ni. Tapi tiap kali lagu ni keluar kat radio dengar sayup2 kakak nyanyi lagu ni. Dengar yang hujung2 je.. Tapi dari sehari ke sehari makin rancak plak dia nyanyi... heheeheh.. Pernah hari tu sekali, bile dengar dia nyanyi, kami ketawa terbahak2 dalam kereta. Terus Umi bersuara " Tu la abi, dulu mase umi ngandungkan dia, suka sgt g karaoke kan"? "tengok anak dh suke nyanyi"... Abi hanya tersenyum je.. 

Selain lagu ni, ada lagu lain jugak yang menjadi peberet dia.. Kadang2 betul jugak orang tua2 cakap kan. Apa yang org tua dia buat dulu, sikit2 tu anak akan ikut.. So makanya, didik lah anak tu sebaik yang mungkin yer.. 

Satu lagi lagu peberet kakak. 


Lagu ni plak abg kat umh pengasuh yang mengajarnya.. Suka sangat dia ngn lagu  ni. Jom la kite layan sama2 lagu ni yer...

Sekian.. 

Tawar Hati

Assalamualaikum..

Pada2 happy bile balik kampung tapi tetap ada perasaan tawar hati pada sesuatu n seseorang.. Susah nak cakap. Dan dari hari ke sehari, hati ni semakin rase x berminat nk bercakap pasal dirinya. Apa2 yang berkaitan dengan dirinya, memang pada aku dh x de yang baik n best. Apa2 yang keluar dari mulutnya semuanya menyakitkan hati. 

Mungkin sape2 yang ada bace blog aku sebelum ni, mungkin orang tu akan tau siapa yang buat aku selalu menangis n sakit hati... Seboleh2nya, bile aku balik kampung orang pertama yang aku x nk tgk ada DIA. Aku x tahu la tahap kebencian aku ngn dia ni bpe peratus. Aku rasa dah 200% kot. 

Aku ni memang susah nk benci org, tapi bile aku da mula benci jangan tnya aku sebab apa aku benci ok?. Bile tengok perangai, sikap, percakapan dia semuanya buat aku sakit hati. Bukan apa, meluat dengan perangai dia. Aku sentiasa berdoa agar dia ni insaf ngn apa yg dia dah buat kat aku n org sekeliling... Amin.. 

Wednesday, July 3, 2013

Bile Miss P Muncul

Assalamualaikum...

Hai kawan2... Makluman untuk kawan2 semua... Hari ni sy terpakse amik EL.. Sebab???? (tgk tajuk entry pun da tau kan)

Hehehehee... Bukan saje2 nk amik EL tapi memang terpakse amik gak sebab kesakitan yang melanda membuatkan saya tidak boleh bangun....

Tak tau la bulan ni kenapa leh jd mcm ni. Sebelum ni x de plak. Sakit yang teramat sangat. Guling mengguling atas katil.. Sudahnya tidur je sepanjang hari. Petang baru leh bgn n masak...

Mungkin orang pelik kan kenapa dh ada anak pun sakit S*** datang lagi.. Empunya diri pun x de jwpnnya... Sebelum2 ni memang sakit gak, tapi x seteruk bulan ni. Nasib la 2 hari je sakitnya...

So, esok dah boleh kje mcm biasa.... My BFF tggu sy ok....

Tuesday, July 2, 2013

Kursus Happening...

Assalamualaikum.......

Hai kawan2 semua. Story yang agak da basi sikit tp still nk cite gak. Entry kali ni nk story Kursus yang paling Happening yang pernah aku hadiri selama 6 tahun berkhidmat.. Hehehe. Sebenarnya berat hati gak mula2 nk terima kursus ni sebab pkkan hal anak2. So lepas bincang2 ngn en Hubby, dia luluskan n mangsa untuk menjadi pengasuh anak aku adalah kakak aku.... So bile semua dah pakat setuju aku pun bglah kata putus untuk kompomkan yang aku leh pegi... Kebetulan plak my BFF pergi, haruslah aku pun laju jugak untuk pergi kan??? Dengan tajuk pun agak menarik tu yang lagi laju nk g. Korang nk tau apa tajuk kursus aku... " Kursus Kecemerlangan Diri & Keutuhan Peribadi : Keseronokan bekerja & Kaedah Praktikal Mengendali Emosi". 

Sampai lah waktu yang di nanti, hari jumaat 14 Jun selepas solat jumaat kami semua bergerak dari Putrajaya ke Melaka. Perjalanan mengambil mase 3 jam kerana banyak sangat persinggahan. So sampai je sana dalam kul 6 mcm tu. Lapor diri kat urusetia n check in. Di sinilah kami check in..


Inilah dia tempat penginapan kami.... 

Kisah Malam Pertama.

Kami sudah ada sesi suaikenal bersama penceramah. Penceramah di bawa khas dari Putrajaya. Beliau bertugas juga di Putrajaya sebagai Kaunseling Psikologi.. Memang terbaik la dia ni. Wlupun baru kejap jumpa n kenal dia, dia style yang sempoi.. Malam ni just sembang2 kosong n ada la slide sikit2 dia tunjuk. Pengenalan dengan peserta2 lain. Walaupun peserta2 terdiri daripada satu jabatan just lain negeri, tapi x semuanya kenalkan? Penceramah buat game. Cari partner Tarikh lahir sama la, bulan sama la, saiz kasut sama la, bilangan adik beradik sama la n macam2 lagi la. Tapi memang best la.. Malam ni, kami diarah membentuk 1 kumpulan yang terdiri dari 8 orang. So Kumpulan aku terdiri dari 4 perempuan n 4 lelaki. Huhuhu.. Kali ni aku terpakse berpisah ngn my kembar.. Tapi kali ni aku kene berpisah kejap ngn dia sebab kami berlainan kumpulan. Tapi x pe la.. Aku sangat2 suke ngn kumpulan aku ni.

Sesi Malam Pengenalan... 
Inilah Ahli Kumpulan Aku - Helang Perkasa
Kisah Hari Kedua

Hari ni kelas banyak di dalam kelas. Dari pagi sampai petang hanya duk di dalam kelas, Cumenya di waktu petang ada aktiviti "1 Minute Dating"... Hahahaha.. Dengar Tajuk pun cam best kan??? Memang best sgt. Kat sini jugak la kami sesama ni kenal lebih rapat n x sangka aku dapat kenalan baru dari satu daerah kampung aku.. Hahahaha.... Memang x ckup untuk 1 Minute Dating tu kan? Lepas dating tu sambung lagi sembang.

 Kisah Malam Kedua

Kami adakan aktiviti Dinner.. Dalam Dinner tu ada karaoke? So apa lagi aku memang x lepaskan peluang. Hehehe. hilangkan stress yang ada. Lepas Dinner kami jalan2 di Bandar Hilir Melaka.

Hari Terakhir..

Huhuhuhu. Sangat2 sedih nk tinggalkan Bandar Melaka ini.. Banyak banyak n banyak sangat kenangan. Tapi nk buat macam mana kan??? Mase terlalu mencemburui kite.. Aku rase2 mcm nk pergi lagi je. n kalau boleh ulang, macam nak ulang balik je kursus ni.. Hehehe... Jom layan gambar2 aktiviti hari terakhir kami di sini


Penceramah yang sedang memberikan tugasan by tugasan 
Tugasan pertama utk hari terakhir : Perbincangan bersama ahli kumpulan  pembinaan  Menara Syarikat
Menara Syarikat Helang Perkasa Hampir Siap

Taraaaa... Inilah Menara Kami yang bernilai RM80,000.00
Ketua Kumpulan Helang Perkasa
Tugasan Kedua : Jawab soalan Teka Teki
Tugasan Ke 4 : Rekaan Barang Terpakai : Straw, Batang Mancis, SEletip n Kertas A4 - Hasilan x sempat nk snap
Wif My BFF - Tamat Tugasan. 
Terima Sijil.... Yeay.. 
Naib Juara : Helang Perkasa
Peserta Kursus