Eh, cam pelik je kan, tengok tiap hari plak tuan blog ni mengupdate blognya. Bukan apa, mengisi mase lapang kan? Sebab tujuan utama mencipta blog ni pun untuk mengisi masa lapang yang ada. Kalau dah lama sgt x update tu, tu bermakna tuan tanah tengah kekeringan idea. Sekarang ni otak tengah membeku. Sebab kat lua ujan, kat opis ngn aircond lagi. Fuh!! Gila Sejuk hari ni.. Minggu lepas opis panas sebab x de aircond. Minggu ni sejuk plak sebab aku jugak kan? G buat aduan sape suruh... Ha, skrg padan muka aku.. Hahahaha
Alhamdulillah, hari ni kat Putrajaya dituruni hujan yang agak lebat. Rahmat DariNya sempena menyambut Ramadhan esok.. Ha??? Esok dah pose? Ya Allah, Rase kejap betul mase berlalu kan? Alhamdulillah kita semua diberi umur yang panjang oleh Allah SWT dan sekali lagi mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang amat dinantikan oleh umat Islam. Semoga masa lapang yang ada digunakan dengan melipatgandakan amalan kita dengan harapan ganjaran dan keredhaan Allah SWT.
Pada Bulan ini, segala pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Dengan peluang besar ini harap kite semua mengambilnya semaksima mungkin sebagai bekalan untuk menghadapNya suatu hari nanti. Lapar atau dahaga itu tidak bermakna jika kite masih melakukan perkara yang dilarang Allah SWT.
SELAMAT BERAMAL......
No comments:
Post a Comment