Thursday, July 11, 2013

Slot Samarinda Ramadhan

Assalamualaikum.....

Selamat petang semua.. Petang ke yer sekarang ni? kire tengah hari lagi ni. Biasa la bulan2 pose ni kan? keje pun x menentu. Inilah kerja aku. So jangan nk jeles2 yer... Jap2, nk tnya korang sikit ni, korang semua perasan x? Setiap kali bulan Ramadhan, Slot Samarinda mesti ada saja Drama2 yang menarik bukan? Sebenarnya aku ni bukanlah mengikut sangat Slot Samarinda TV3 ni, tapi sebab kadang2 jalan ceritanya kene pada selera aku, so makanya layankan je la kan? Pihak terbitan Radiusone SDN BHD sangat2 prihatin bila masuknya bulan Ramadhan. Ada saja yang ingin diterbitkan dan disajikan kepada para penonton. Ni just nk review beberapa drama di bawah terbitan Radiusone SDN. BHD.  


SYURGAMU RAMADHAN

Terbitan Slot Samarinda di bulan Ramadhan pada tahun 2010. Korang ingat lagi x dengan cerita ni. "SYURGAMU RAMADHAN". Antara barisan para pelakon yang menjayakan drama ini adalah seperti Eira Syazira, Elly Suriati, Ungku Ismail Aziz, Zarina Zainordin dan ramai lagi. SYURGAMU RAMADHAN adalah kisah pengorbanan, , kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan. Dan tida yang lebih indah dari satu kemaafan. Kemaafan dari dendam yang terpendam. Sinopsis drama ini mengisahkan seorang ibu (Elly Suriati) yang terlalu pentingkan DARJAT, PANGKAT & KETURUNAN. Dia hanya mahu buat yang terbaik untuk anak2nya. Tetapi dia silap langkah. Di malam akad nikah Marlia (Eira Syazira) anak sulung kepada Datuk Halimatun (Elly Suriati) telah melarikan diri dan mengikut pilihan hatinya sendiri iaitu Budi (Shahar Yac'cob) . 



Marlia bahagia walaupun suaminya bekerja sebagai Pengawal keselamatan ketika itu. Alhamdulillah mereka dikurniakan 5 orang anak. Selepas 16 tahun berlalu tumpuan si ibu, tumpuan sepenuhnya diberi kepada Yassin (Ungku Ismail Aziz). Yassin hanya mengikut kehendak ibunya. Tetapi malangnya dia tidak bahagia bersama isterinya, (Zarina Zainordin). Isteri Yassin seorang yang suka bersosial. Kisah bermula apabila Marlia mendapat panggilan pertama dari adiknya, Marlia sangat x menyangka yang dia akan dapat bertemu semula dengan adiknya. Tapi malangnya, belum sempat untuk mereka bertemu, Budi n Marlia terlibat dalam satu kemalangan ngeri dan meninggal si tempat kejadian. Bermulalah episod ratapan 5 orang anak yatim piatu yang terpakse tinggal bersama Paksu dan nenek yang tidak suka dengan keturunan Marlia. Adakah Datuk Halimatun terus membenci mereka sehingga di akhir penceritaan??? So review la blk cerita ni ye. 




RAMADHAN TERAKHIR

Pada Ramadhan 2011 pula, masih di bawah terbitan Radiusone Sdn. Bhd. Kali ini "RAMADHAN TERAKHIR" pula ditayangkan di kaca tv menerusi slot Samarinda juga. Drama yang dibintangi oleh Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shila, Aeril Zafril, Anzalna Nasir, Eyka Farhana dan ramai lagi. Drama ini mengisahkan Hashim (Esma Daniel) seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama islam. Dia disahkan mengiddap kanser kronik dan mampu berrrtahan beberapa bulan saja lalu bernekad untuk membetulkan  semula haaaluan yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya. Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni (Fazlina) yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa yang lebih menyedihkan, anak lelaki merekaaaa daniel (Aeril Zafril) turut melakukan pergaulan dan perlakuan  tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa (Anzalna).


Pada masa yang sama yang sama Hisham sering  bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal diisi Sakinah (Tasha Shila) seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah  baru juga adalah satu adegan tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya sakinah? Apakah maksud di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham? Ingat lagi x korang jalan ceritanya??? Harap korang ingat la kan?



7 RAMADHAN

Tahniah buat Radiusone Sdn. Bhd kerana 3 tahun berturut2 telah berjaya menayangkan Drama2 keagamaan, kekeluargaan sempena Bulan Ramadhan. Untuk tahun 2012 "7 RAMADHAN" telah bersiaran di kaca TV3. Tahun kedua juga buat Ellie Suriati berjaya membintangi watak terbitan Radiusone ini. 7 RAMADAN  ini mengisahkan seorang ibu yang bernama Sufiah (Ellie Suriaty) yang tinggal seorang diri di kampung dengan mengambil upah mengurut, membuat kuih, dan apa sahaja yang termampu demi menyara kehidupan  bersama anak angkatnya, Ramadhani (Fir Affandi) yang amat disayangi. ramadhani atau lebih mesra dengan panggilan Dhani kini sudah dewasa dan baru sahaja menamatkan pengajiaanya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu 7 Ramadhan, hari konvensyen Dhani dan juga ulangtahun arwah anak kandungnya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur 3 bulan dalam sebuah peristiwa hitam. Sufiah tidak melupakan peristiwa itu apabila anaknya dicampak oelh suaminya, Mustaza (Roy Azman)  yang kini meringkuk di dalam penjara.


Sufiah sangat2 teruja dan bersiap2 untuk menghadiri konvensyemn anaknya walaupun dilarang oleh anaknya utk datang ke majlis konvensyen Dhani. Dhani berbuat begitu kerana tidak mahu teman wanitanya, Ana (Ana Dahlia) mengetahui ibu dan latar belakang hidupnya yang sebenar. Hanya kerana ingin mengambil hati ibu Ana iaitu Datin Audrey (Tania Zainal) yang sangat mementingkan darjat, Dhani berbohong bahawa ibunya sudah meninggal dunia. Dhani yang sudah hidup bosan dalam kemiskinan nekad untuk mengubah nasib hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya. Apakah Dhani akan berterus terang kepada Ana mengenai ibunya. Sufiah dan status sebenar keluarga mereka? Sebesar mana disa Dhani terhadap ibunya? tidak pernah terbuku di hati Sufiah untuk menghukum anak lelakinya itu. persoalannya sampai bila Sufiah mampu bertahan?



RAMADHAN YANG HILANG

Seperti tahun - tahun sudah, bila tiba bulan puasa stesen TV akan sentiasa menyiarkan rancangan yang berunsur keagamaan sempena bulan Ramadan. Untuk tahun 2013, Radiusone memang takkan melepaskan peluang untuk menerbitkan drama2 yang berkisarkan Keagamaan. "RAMADHAN YANG HILANG", itulah tajuk Slot Samarinda Ramadhan. Drama ini mengisahkan  konflik antara dua beradik, Zafirah (Eira Syazira) dan Delisha (Tilla Melvin). Apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan. Semasa di peringkat sekolah Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajarannya. Jauh berbeza dengan personaliti Delisaha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir (Zamarul Hisham) dan Saadiah (Zila Bakarin). Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat mereka.

Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah. Lama kelamaan Zafirah cemburu dengan Delisha yang dilayan seperti anak emas oleh ibu bapanya dan juga neneknya, Maryam (Norhayati Taib). Dia mula memendam perasaan serta membesar menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri


Selepas 10 tahun, Zafirah dan Delisha belajar di Universiti yang sama tetapi jurusan yang berbeza. Zafirah yang mengambil jurusan perakaunan manakala Delisha mengambil jurusan pemasaran seperti kehendak Zubir yang mengharapkan anaknya boleh mengambil alih syarikatnya kelak. Mereka masih meneruskan tradisi keluarga untuk berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan. Delisha yang pandai mengambil hati menjadi lebih rapat dengan Zubir dan saadiah memandangkan Zafirah selalu sibuk dengan aktiviti dan majlis ilmu di Univesiti. Tambahan pula, kelahiran adik bongsunya Zayyad menyebabkan keluarganya mengabaikan Zafirah secara tidak langsung. selepas tamat pengajian, Zafirah dan Delisha menyuarakan hasrat mereka untuk mengejar impian masing-masing. zafirah ingin menjadi seorang penulis novel manakala Delisha mahu menjadi seorang penyanyi. Bagaimanapun, Zafirah terpaksa mengalah sekali lagi dan berkorban untuk keluarganya.  Dia kini bekerja di syarikat bapanya yang sedang mengalami masalah kewangan. Jurang antara Zafirah dan Delisha semakin jauh apabila Delisha mula rapat dengan Rafiq (Arja Lee). Zafirah pernah menolak cinta Rafiq semasa dia masih belajar di universiti dan kini dia sibuk dengan kerja-kerja di syarikat ayahnya. Zafirah cemburu apabila cinta Rafiq beralih ke Delisha tetapi dia akur.


Zafirah bertunang dengan Fitri, seorang Pengurus Pembangunan Perniagaan. Zafirah semakin mendapat kepercayaan atas sifat tanggungjawabnya sebagai anak sulung yang komited pada perniagaan keluarganya jarang meluangkan masa bersama Fitri. Fitri pula mendapat tugasan syarikat bersama Delisha. Lama kelamaan, Fitri tertarik dengan personaliti Delisha dan mereka mula bercinta. Akhirnya, Fitri putus tunang dengan Zafirah kerana mahu berkahwin dengan Delisha. Zafirah memberitahu ibunya Saadiah bahawa dia redha tiada jodoh dengan Fitri tetapi dia tidak mungkin berbaik lagi dengan Delisha. Bagi zafirah, cukuplah dia bersabar dan mengalah. Zafirah bertambah marah apabila Delisha memutuskan hubungan dengan Fitri. Buat pertama kalinya, Zafirah bergaduh bersar dengan Delisha sehingga Delisha membawa diri ke luar negara. 1 Ramadan muncul lagi. Inilah Ramadan yang suram buat keluarga Zubir dan Saadiah. Bagi mereka, ia ibarat Ramadan yang hilang. Zubir, Saadiah dan zafirah berbuka puasa bertiga tanpa berbual sepatah pun antara mereka. Zayyad pula masih belajar di Kuwait. Selepas 3 tahun, kepulangan Delisha bersama seorang anak berusia 2 tahun mengejutkan Zafirah dan Saadiah. Zafirah juga bertemu kembali dengan Rafiq. Apakah yang berlaku seterusnya???? Jangan ketinggalan menyaksikan Drama bersiri ini setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam menerusi Slot Samarinda sebanyak 18 episod. 


Tahniah sejuta2 tahniah buat Radiusone kerana sudi menayangkan drama2 yang mengusik jiwa sanubari penonton. Beribu2 penonton telah menonton drama2 ini. Di harap pihak Radiusone akan meneruskan bidang ini dengan lebih maju jaya. 

TAMAT.... 


No comments:

Post a Comment