Followers

Friday, December 19, 2014

Selamat Berhujung Tahun

Assalamualaikum.... 

Mungkin ini entry terakhir or kedua terakhir or ketiga terakhir. Ikut mood pada puan tanah blog untuk mengupdate blog. Tahap kemalasan nak mengupdate blog sangat2 dalam di dalam hati ni. Macam ada tawar hati pun ada. Tapi x pe la.. Teruskan jugak perjuangan ni... (ayat x boleh blah)

Hari ni dah masuk hari ke 19 dalam bulan Disember. Bermakna tinggal 12 hari lg kita nak meninggalkan tahun 2014. Apa kenangan manis n kenangan pahit korang dalam tahun 2014 ni... Yanti? Korang nak tau apa kenangan manis n  kenangan pahit Yanti untuk tahun 2014... Erm... Rasa2nya x perlu kot. Biarlah menjadi rahsia Yanti. Tapi Yanti leh share sikit la kenangan manis kot.... Hehehehehe

Perkara yang paling2 manis bagi Yanti untuk tahun ni adalah 80% dari azam Yanti untuk tahun ni dah tercapai. Hooooooreyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.
Ada 20% dari kena capai target. Tapi cam x sempat kot. Leh la bawak ke tahun depan... Hehehehe.. Tak kesah la kan, Azam tu untuk diri kite sendiri jugak... Penguat semangat.. Ha? Nak tau Azam Yanti? Heheheheheh.. Apa erk... Yanti pun dah lupe turutan sebenar.. Dah hujung tahun baru nak listkan Azam tahun ni kan? Huhuhuhu,,, x salah kot

1-  Lesen. 
- Ni adalah perkara pertama yang Yanti setelkan dalam tahun ni. Sebenarnya lesen ni dari tahun lepas lagi Yanti dah buat. Tapi sebab kekangan masa yang x ada, so makanya terpaksa tangguh2 dan akhirnya selesai jugak urusan Lesen Yanti walaupun ada gagal sekali. 30.07.2014 Sah dapat Lesen P. 

2- Kereta.
- Memang niat hati nak beli kereta sendiri bagi memudahkan pergerakan Yanti. Memandangkan hujung tahun selalu hujan kan, makanya cube pujuk Hubby untuk beli kereta second. Hubby kata kereta yang ada ni pun dulu beli second. Takkan nak beli second lagi. Kalau kereta second nanti banyak lak masalahnya. So pk punya pk last2 decide amik kereta baru. Plan asal nak amik Viva je. Bila pegi showroom Viva dah hbis stok sebab nak kua kereta baru. So decide amik la kereta model baru tu. Tunggu punya tunggu, mungkin tahap kesabaran nak bawa kereta tu membuak2, kereta baru tu plak lambat keluar n kena tunggu que makanya last minit plan amik kereta lain plak.... Nak tau kereta apa? Rasa sebelum ni dah penah tunjuk kot. Sempena besday Yanti juga, Hubby belikan Puan Myvi Pink untuk Yanti. 

Sekadar gambar hiasan



3- Hari2 Bahagia
- Tarikh2 istimewa alhamdulillah dapat di sambut dengan sederhana je. Memandangkan kewangan tak berapa nak menggalakkan kan.. Hehehe. Tapi apa pun Yanti happy dengan kehidupan sekarang. 

So ini je la yang dapat Yanti sharekan. Yang lain biarlah Yanti simpan dalam hati. 

Sekian, 

No comments:

Post a Comment