Followers

Wednesday, July 16, 2014

JPJ Part I

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, mulai hari ni dah boleh mulakan mengarang apa yang sudah tertangguh.... Macam2 hal yang berlaku. Tapi tiada kesempatan untuk mengarang. Dengan internet kat opis down. Handfhone buat hal... Makanya kena la jadi "silent moon".

So entry kali ni nak cerita pasal cerita yang dah basi...... Tapi tetap nak cerita jugak. Tarikh keramat. 8 Julai 2014, adalah tarikh Yanti ambik test JPJ. Sehari sebelum Yanti ambik test JPJ tu Yanti de la jugak google2 baca blog sorang perempuan ni.. Pengalaman dia ambik Test JPJ. Pengalaman dia memang menyeramkan Yanti.. Dari cerita dia, dia dapat JPJ Perempuan. Habis je baca blog tu terus wassap cikgu memandu 

Y: abang, betul ke JPJ perempuan kerek
I : mana ada... Mana awak dapat info?
Y : Baca dalam blog..
I : Yang mengada baca blog tu napa? Tak ada apa la....
Y : Ok. (dalam hati masih x puas dgn jwpn cikgu tu)

Malam tu memang Yanti tak boleh nak tido. Pejam je mata gambaran lakaran kawasan untuk Yanti test tu sentiasa dalam kepala otak.. 

Pagi 8 Julai tu, cikgu ambik kat rumah... Dalam perjalanan cikgu bagi taklimat sikit2. Pastu tanya lagi soalan yang sama. Huhuhuhuhu.. Masa tu tangan ni Allah je yang tau betapa sejuknya walaupun dalam kereta tu pakai aircond tapi dah x rasa aircond. Sampai di tempat test JPJ, Yanti dan kawan yang lain terus register nama. Dengar Taklimat dari Abang Polis hensem... Hehehehe... Lepas dengar taklimat tunggu giliran. Sampai la turn Yanti... Masa tu Allah je yang tau. 


Inilah tempat Yanti Ambik Lesen


Bahagian II
Test Bukit, Side Parking n 3 penjuru. Keputusannya, Bukit Lulus, Side Parking Lulus. Parking 3 Penjuru Kandas. Huhuhuhu. Rasa menyesal sangat. Yanti tersilap langkah. Sebab Kandas 1 benda kene ulang semula.  Allah je la yang tau. Hampanya Hati ini..

Bahagian III
Test Jalan Raya. Mungkin doa dan apa yang Yanti x nak jadi kenyataan. Yanti dapat JPJ Perempuan... Memang cuak la... So cube relakskan diri. Tapi x leh jugak. Buat je step by step... Dalam kereta memang senyap jer JPJ tu. Yanti pun buat je la apa yang patut kan... Akhirnya Test Jalan Raya Yanti LULUS... 

Selepas habis semua, bincang dengan cikgu, 22 Julai ulang balik test.... Huhuhuhuhu..... Nak Nangis dulu, nanti sambung Part II...





No comments:

Post a Comment