Assalamualaikum.....
Huk Hukkk Hukkk... Batuk melanda, selsema melanda, Demam Melanda... Huhuhuhu.. Sangat2 x suka. Bulan yang sangat2 Super Duper bezi.... Tak tau la apa la yang Yanti buzykan, Tapi memang lately sangat2 buzy. Sampai boleh demam. Rase macam2 nak kene setel...
First thing yang nak kene setel adalah Lesen Kereta.. Mesti ramai yang terkejutkan ngan umur Yanti sekarang ni baru terpk nak amik lesen kete. Bia la apa korang nak kata pun. Yang penting Yanti x susahkan korang semua. Betul x? Actually, Yanti dah habis belajar kereta 7 jam. Last belajar mggu lepas. Rasa macam nak tambah jam lagi sebab lum pro sangat. Tapi sikit2 boleh la nak bawak kete tu. Masih ada kekurangan lagi. Rasa 8 jam yang Sekolah Memandu peruntukkan tu memang x cukup la. Bagi Yanti sekadar tau bawak boleh la, tapi x cukup mahir. So dah adjust ngn cikgu tu nak tambah jam. So, cikgu pun ok. Harapnya Yanti boleh lulus la.
Second pasal Persatuan Penduduk Blok Yanti. Adoi.. Ni adalah tanggungjawab yang sangat2 berat untuk Yanti pikul. Macam2 benda yang nak kene buat memandangkan Yanti dah pegang jawatan. Walaupun jawatan tak berapa tinggi, tapi beban yang diberikan sangat2 menguji minda. Sebenarnya, Yanti ditugaskan untuk membentangkan kertas kerja mengenai aktiviti penduduk mulai Bulan Jan - Jun 2014. Memang plan tahun depan, tapi apa yang nak dirangkakan pun Yanti tak tahu. Nasib la ada pembantu yang boleh Yanti harapkan... Terima kasihlah kepada yang memberi idea tu yer...
Thirdly, perancangan Birthday Party untuk anak-anak. Tinggal beberapa hari je lagi birthday anak-anak akan datang. So perancangan awal perlulah dibuat. Rase ni first time nak buat besar-besaran. Tahun-tahun sudah buat dengan adik beradik sendiri je... So harap plan tahun ni menjadi.
Fourth, perancangan Reunion kawan2 Kolej dulu. Plan bulan depan. Tapi kene la ready2 apa yang patutkan. Sebenarnya x plan apa-apa pun lagi. Kawan-kawan nak datang rumah rasa seronok sangat. Lagipun kami memang dah lama sangat x jumpe. last jumpe pun hari tu time masing2 kawen n sekarang ni masing-masing dah ada 2 orang anak. Tak pe lah. Yanti ready2kan lah diri untuk menerima tetamu. Dah ada orang nak datang, kene la plan nak masak apa kan.. So kene la mintak pendapat En Suami.
4 benda yang Yanti senaraikan ni cukup mengusutkan kepala Yanti.. Huhuhuhu.. Sampai demam n x larat nak buat apa2. Thanks banyak2 kat En Suami sebab tolong isterimu...
No comments:
Post a Comment