Friday, August 23, 2013

Salam Syawal

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, hari ni dah masuk syawal yang ke 16. Disini mungkin yanti masih sempat nk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Maaf Zahir Dan Batin... Yanti sekeluarga menyusun 10 jari dari hujung rambut hingga hujung kaki tanda kemaafan. Halalkan makan minum yanti selama ni.... Sob Sob Sob.. (tibe2 sedih plak) 

Banyak kisah sebenarnya sepanjang perjalanan bulan Syawal ni. Tapi x pe la. Yanti cerita di lain entry la ye.. Entry kali ni nak cerita yang best2 jer.... 

Alkisah minggu lepas, Abah n makcik2 yanti nk datang Putrajaya. Nak beraya rumah anak2 buah. Tapi sebelum sampai tu, diporg nak la jugak singgah2 umah anak buah yang lain. Makanya singgahlah kat Meru dulu... Daripada Kapar ke Meru, pastu menuju ke Shah Alam plak. Lepas Shah Alam tuju Puchong, lepas Puchong sampai la ke Destinasi terakhir adalah Putrajaya. Seharian kami beraya. Dari pukul 10 sampai ke pukul 6 baru habis. Padahal bape rumah je. Al maklumlah, destinasi jauh2. 

Makcik yanti yang sorang ni memang x pernah sampai Putrajaya. Sebab utama adalah pakcik yanti ni memang x tau jalan nk ke Putrajaya. Perjalanan jauh mereka adalah Pahang. Sebab makcik Yanti ni dapat orang Pahang. Destinasi jauh lain yang dia tau pun hanyalah Shah Alam. Selain tu memang dia cakap akan sesat kalau pergi.  Makanya bukan main happy lagi dia bile dapat sampai umah yanti. Yanti pun berterima kasih pada mereka sekeluarga kerana sudi datang ke teratak yanti yang x seberapa tu. Anak2 mereka pun bukan main suka bile yanti bawak mereka tengok Masjid putra. Selama ni tengok dalam tv je kan? Ha, hari ni dapat tengok dengan real terus.. 

Inilah gambar yanti sekeluarga yang sempat yanti snap. Jom layan 

My Hubby wif Abah Mertua - Meru

Inilah keluarga besar kami.. Abg ipar je yg x de

Inilah keluarga kecil yanti.. 

My Lover

Di Masjid Putra

Bersama Anak2 n Mertua

Inilah kami.. Sweet Couple

Inilah cerita raya yanti yang x seberapa ni kan.. Harap semua dapat menerima entry yanti kali ni.

Sekian, sambung lain entry ye

No comments:

Post a Comment