Assalamualaikum...
Hari ni baru ada berkesempatan nk cerita pasal adik beradik angkat. Actually, Adik beradik angkat ni sama usia ngn aku. Memandangkan aku berkawan rapat dengan mereka2 ini,makanya abah membuat keputusan untuk menjadikan kawan2 aku sebagai anak angkat dia.
Biar aku cite sorang demi sorang mcm mne benda ni leh jadi... Dimulakan dengan Kak Long. Korang masih ingtkan entry aku yg lepas. pasal aku berbuka pose sama2 ngn dia tu. Nama sebenar dia, Siti Hajar bt Shahwari. Aku kenal ngn dia sejak kami sama2 belajar di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Gelaran Kak Long ni kami beri kat dia kerana, antara kami 6 orang, dialah yang paling terawal lahir wlupun kami sebaya. So lekat la gelaran tu sampai ke hari ini. Time tu, kami satu rumah sewa memang buat giliran, untuk hujung minggu kami akan balik dr satu umah ke umah masing2. Time giliran kawan2 umah sewa aku balik umah aku di pasir panjang. Kebetulan time tu memang semua free. Aku pun bawak la kawan2 aku pusing kampung memandangkan semua time tu ada motor. itulah pertama kalinya aku bawak kawan2 aku balik umh aku. Bila masuk kali kedua, aku hanya mengajak Kak Long memandangkan kami satu kumpulan untuk buat projek Kolej. So dari situ la abah aku mula mengenali Kak Long sedikit demi sedikit. Dan kami mula mengenali famly antara satu sama lain. So dari situlah kami rapat sampai la ke hari ini.
Inilah wajah Kak Long - bertudung Biru, |
![]() |
Inilah adik (berbaju ungu) di majlis pertunangan aku |
Anak angkat ketiga abah bernama Zanariah bt Abd Mayas. Aku mula berkawan dengan dia sejak dari sekolah menengah juga, Sama macam adik. Tapi kami akrab sejak Form 5. Memandangkan kami satu kelas dan selalu buat aktiviti lepas kelas bersama. Oleh kerana dia selalu datang rumah dan kawan rapat aku, maka Abah dengan rela hati mengambil sorang lagi anak angkat.
Inilah Zanariah - anak angkat abah |
Kerana anak2 abah semua PEREMPUAN, tu sebab abah amik anak angkat perempuan. Kalau abah amik LELAKI nanti katenya bakal MENANTUNYA plak.. Kan x manis dipandang orang. Korang mesti x caya kan? Inilah buktinya
![]() |
Sory gambar x berapa clear, tapi inilah gambar famlyku..... dari kanan, adik aku yg bongsu, mak, abah memegang cucu, ema. Yang berdiri kat belakang tu adalah Kak Long (bju merah) n aku |
Dah percaya sekarang. Siap bukti lagi aku bagi.. heheheh.. Inilah episod kekeluargaan kami. Yang dipenuhi dengan PEREMPUAN. Nasib baik la, ada sorang cucu lelaki dan 2 menantu lelaki.. hehehe....
Wassalam... Sekian.
No comments:
Post a Comment