Wednesday, June 13, 2012

Dulu Versus Sekarang......

Assalamualaikum......

Hai kawan2 semua. Sihat ke hari ni. Macam mana dengan life korang hari ni? Semakin baik atau semakin down.? Hari ni tuan blog nk share serba sedikit tentang life tuan blog dulu hingga yang terkini..

Yanti dapat idea nak cerita pasal Yanti yang dulu hingga yang terkini selepas Yanti melihat gambar  Yanti n kawan2 Yanti sewaktu kami dalam perjalanan pulang dari menghadiri kursus di Cameron Highland. Memang sangat2 sweet time tu kami berempat. Tapi dalam 4 orang tu Yanti la yang paling muda, paling comot, paling gemuk... huhuhuhu...

Sape yang nk gemukkan. Yanti tahu semua orang x nk gemuk, begitu juga dengan Yanti  Pernah suatu ketika duluYanti ingin mencuba produk London Weight Management (LWM). Tapi atas sokongan kawan2 Yanti lupakan hasrat tu sebab Yanti mendengar yang negatif pasal LWM ni. Selepas itu, bile balik kampung kawan baikYanti yang merangkap Sahabat Yanti telah mensuggestkan Yanti untuk ambik Pil Diet atas nasihat Doktor. Sahabat Yanti juga ada mengambilnya. Alhamdulillah, Pil ni ngan dia memang serasi. Tentu korang sume nk tau apa nama ubat ni kan.. 


Inilah Pil yang aku amik - Duramine 30 mg

Ubat ni berfungsi menyekat pemakanan kita. Tablet ni bukan semua orang sesuai. Doktor akan suggestkan mengikut berat dan tinggi kite. Tablet duromine  ini juga terdiri daripada 3 kekuatan : -

1- Duramine 15mg
2- Duramine 30mg
3- Duramine 40mg

Selepas Yanti mengambil Tablet ini, berat badan Yanti semakin lama semakin susut. Berat Yanti waktu sebelum  tu adalah 65-70kg dan selepas mengambil hilang sebanyak 10kg. Kawan-kawan sekeliling ramai yang perasan Yanti semakin kurus. Yanti ambik tablet ni kerana untuk menguruskan badan sebab Yanti dalam perancangan nak bertunang, So Yanti punya target nk turun tu berjaya sehinggalah Yanti bertunang. dan selepas bertunang aku masih mengambilnya, tapi x amalkan pemakanan sihat. So berat badan just maintain je la. 

Tiba saat hari perkahwinan Yanti  berat Yanti semakin naik semula, sebab Yanti sudah tidak mengamalkan lagi tablet ini. Tapi x pe la. Bia la Yanti gemuk pun time ni, sebab dah ada yang sayang.. hehehe... Selepas kahwin, alhamdulillah aku disahkan hamil. Sewaktu Yanti hamil, berat badan semakin naik. Berat yang paling tinggi la ni, 68kg. Berat sebelum kawin 62kg. 

Selepas bersalin, alhamdulillah, Yanti berjaya turunkan berat badan semula. Habis pantang, berat Yanti dah cecah 50kg. Semua yang tengok Yanti terkejut dengan penurunan Yanti yang begitu drastik.. Yanti sendiri tidak menyangka boleh mencecah berat sebegini. Dulu agak takut jugak bila mendengar orang bercerita lepas kahwin akan gemuk, tapi Yanti nmpknya tidak la kot. Tiap2 bulan timbang berat badan masih maintain 50-52kg saja.. hehehe.. saya suka, saya suka (ayat mei mei)

Harapan Yanti ingin kurus telah tercapai. Mungkin salah satu faktor aku kurus tanpa ambik apa2 tablet diet adalah seperti berikut ;-


1- Breastfeeding - 2 orang anak (1 tahun 7 bulan & 7 bulan)
2- Berjalan dengan membawa beban di belakang ( beg pam )
3- Melakukan kerja2 rumah seperti, mengemas, mencuci pakaian, dsb
4- Menguruskan hal anak2.

Mungkin ada kalangan kawan2 yang lepas bersalin dan yang menyusukan anak masih ada yg gemuk. Itu memang tidak dinafikan ada juga yang sedemikian. Tapi rasanya tak ramai kot. Ada la segelintirnya. Ini mengikut hormon masing2 n ikut baka juga. So kepada yang dah kurus tu, Selamat memaintainkan diri, dan kepada yang masih Gemuk or Chubby, kawal la cara pemakanan sihat  anda ok.. 

Cukuplah setakat ini saja celoteh tuan blog untuk hari ni... Tuan blog nk tdo

No comments:

Post a Comment