Friday, December 19, 2014

Selamat Berhujung Tahun

Assalamualaikum.... 

Mungkin ini entry terakhir or kedua terakhir or ketiga terakhir. Ikut mood pada puan tanah blog untuk mengupdate blog. Tahap kemalasan nak mengupdate blog sangat2 dalam di dalam hati ni. Macam ada tawar hati pun ada. Tapi x pe la.. Teruskan jugak perjuangan ni... (ayat x boleh blah)

Hari ni dah masuk hari ke 19 dalam bulan Disember. Bermakna tinggal 12 hari lg kita nak meninggalkan tahun 2014. Apa kenangan manis n kenangan pahit korang dalam tahun 2014 ni... Yanti? Korang nak tau apa kenangan manis n  kenangan pahit Yanti untuk tahun 2014... Erm... Rasa2nya x perlu kot. Biarlah menjadi rahsia Yanti. Tapi Yanti leh share sikit la kenangan manis kot.... Hehehehehe

Perkara yang paling2 manis bagi Yanti untuk tahun ni adalah 80% dari azam Yanti untuk tahun ni dah tercapai. Hooooooreyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.
Ada 20% dari kena capai target. Tapi cam x sempat kot. Leh la bawak ke tahun depan... Hehehehe.. Tak kesah la kan, Azam tu untuk diri kite sendiri jugak... Penguat semangat.. Ha? Nak tau Azam Yanti? Heheheheheh.. Apa erk... Yanti pun dah lupe turutan sebenar.. Dah hujung tahun baru nak listkan Azam tahun ni kan? Huhuhuhu,,, x salah kot

1-  Lesen. 
- Ni adalah perkara pertama yang Yanti setelkan dalam tahun ni. Sebenarnya lesen ni dari tahun lepas lagi Yanti dah buat. Tapi sebab kekangan masa yang x ada, so makanya terpaksa tangguh2 dan akhirnya selesai jugak urusan Lesen Yanti walaupun ada gagal sekali. 30.07.2014 Sah dapat Lesen P. 

2- Kereta.
- Memang niat hati nak beli kereta sendiri bagi memudahkan pergerakan Yanti. Memandangkan hujung tahun selalu hujan kan, makanya cube pujuk Hubby untuk beli kereta second. Hubby kata kereta yang ada ni pun dulu beli second. Takkan nak beli second lagi. Kalau kereta second nanti banyak lak masalahnya. So pk punya pk last2 decide amik kereta baru. Plan asal nak amik Viva je. Bila pegi showroom Viva dah hbis stok sebab nak kua kereta baru. So decide amik la kereta model baru tu. Tunggu punya tunggu, mungkin tahap kesabaran nak bawa kereta tu membuak2, kereta baru tu plak lambat keluar n kena tunggu que makanya last minit plan amik kereta lain plak.... Nak tau kereta apa? Rasa sebelum ni dah penah tunjuk kot. Sempena besday Yanti juga, Hubby belikan Puan Myvi Pink untuk Yanti. 

Sekadar gambar hiasan



3- Hari2 Bahagia
- Tarikh2 istimewa alhamdulillah dapat di sambut dengan sederhana je. Memandangkan kewangan tak berapa nak menggalakkan kan.. Hehehe. Tapi apa pun Yanti happy dengan kehidupan sekarang. 

So ini je la yang dapat Yanti sharekan. Yang lain biarlah Yanti simpan dalam hati. 

Sekian, 

Thursday, November 27, 2014

Lagu & Lirik

Assalamualaikum....

Hai kawan2... semua sihat ke? harap2 sihat la yer... Yanti x nak banyak2 cakap la... Entah la.. Hati masih merindui seseorang... Rindu lum terubat... Apa yang leh Yanti share just lagu ni je...

Selimut Tetangga - Republik


Lirik Lagu Selimut Tetangga - Republik

Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Bersabarlah sayang aku akan pulang


Sekian.... 

Monday, October 27, 2014

Sakit Misteri

Assalamualaikum....

Alhamdulillah..... Sekarang ni Yanti dah sihat sikit... Baru perasan.. Tiap2 bulan demam. Ni pun baru baik demam... Baru lah boleh nak mengarang apa yang perlu.

Yanti nak share sikit dengan kawan2 yang lain. Lately memang Yanti perasan yang Yanti selalu demam. Tak tahu lah apa puncanyakan. So 2 minggu lepas Yanti balik kampung tanpa plam apa2pun. Badan memang sakit sangat. Pergi klinik pun Doktor cume dapat detect Gastrik. Pelik je. Sakit tu plak ada masa datang, ada masa hilang. Sakit badan sampai x leh nak bangun. So petang sabtu tu Hubby habis keje terus balik kampung. 

Sampai je kampung, malam tu jugak mintak Bidan urutkan..Bidan tu urut memang sedap la. Last2 baru tau punca selalu demam, peranakan lari.. Pelik gak... Nak kata jatuh x jatuh. Mungkin buat keje angkat2 ni kot. Tu yang peranakan jatuh n lari. So far, lepas urut badan pun dah ringan. 

Lepas 2,3 hari kat  Putrajaya badan mula sakit2 balik... Aduh... Apa la ngan badan ni... Baring pun kene alas ngan bantal. So plan balik kampung lagi, kebetulan sepupu kawen. Mintak urut lagi. Tapi kali ni, sakit yang Yanti alami tu lari2. kejap sakit kat bawah, kejap sakit kat atas, kejap kat tepi, kejap kat depan. Apa yang Bidan tu cakap mungkin ada yang ganggu Yanti. Yanti pun x de la nak percaya sangat kan?. tapi tak pe la... Pagi sabtu mintak air penawar kat orang kampung yang reti ubatkan penyakit misteri Yanti ni. 

Balik Putrajaya minumlah air penawar tu. Memang tak sedap. Tapi terpakse telan jugak. So far ok, tapi kali ni sakitnya lagi pelik. Asal petang badan mula seram sejuk, rasa cam nak demam, sakit dada, sakit pinggang.... Tapi kali ni Yanti redha je la. Mungkin Yanti akan berubat cara islam plak lepas ni. Tapi kene ambik masa jugak... Yanti x tau apa yang mengganggu diri Yanti. Sangat berharap cepat sembuh n sihat. Tapi apakan daya, Allah belum nak bagi kesembuhan tu kan... terima je la dugaan ni.. Sesapa yang pernah alami sakit macam Yanti boleh share x nak berubat mcm mana??? 


Friday, October 3, 2014

Hadiah Hari Jadi

Assalamualaikum....

Hai kawan2 semua... Lamanya rasa x berceloteh kan? Banyak benda nak share tapi tak tau nak mulakan yang mana dulu.. Apapun nak ucapkan Welcome Oktober... 


Oktober is my month



Sebenarnya bulan Oktober adalah bulan yang Yanti tunggu2. Nak tau sebab apa? Oktober is my month... My Birthdayyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. Sebab tu memang tiap2 tahun tunggu.. Happy belated birthday to me.   Sebenarnya tak mengharapkan apa2 from my Hubby. Tapi mesti ada suprise yang dia buat... Tapi taklah suprise mana pun. Sebab benda ni dah plan sama2. Tapi dia cube untuk dapatkan sebelum tarikh lahir Yanti... 
Korang nak tahu apa yang Hubby Yanti belikan untuk Yanti. Jeng... Jeng... Jeng.... 


Sekadar Gambar Hiasan
Itulah hadiah yang Yanti dapat. Hehehehehe... Benda ni last minit kami tukar plan. Cadangnya nak tunggu kereta lain. Tapi lambat sangat nak dapat. So last minit tukar kereta ni. 30 September 2014 kami ambik kereta ni dari agen Perodua. 

Thanks sayang... Umi akan gunakan dan jaga elok2 kereta ni... Hanya engkau yang aku sayang... Tiada insan lain yang boleh menandingi dirimu... 


Friday, September 26, 2014

Demam

Assalamualaikum...

Hai kawan2 semua.. Masih ingt kat Yanti lagi x? Hehehehe.. Maklumlahkan.. Dah lama x berupdate blog Yanti ni. Bukan tak nak update, x de masa dan kadang2 x de idea nak mulakan bicara tu.. 

Ok la... Entry kali ni Yanti nak cerita kesihatan Yanti. Sebenarnya Yanti ni baru baik demam... Tiap2 bulan demam. Sekali demam hampir seminggu baru nak baik. Tak tahu la apa punca Yanti demam ni. Sebab kalau setakat kena hujan pun masih gagah x demam. 

 Macam Bulan lepas Yanti terlalu banyak pikir. Tu sebab demam. Yanti ni memang susah nak demam sebenarnya. Tapi kalau dah demam memang susah nak baik. Tapi lately macam selalu plak demam.

Hari First demam tu dah rasa lain macam je tekak. Lepas tu terus seram sejuk... Pegi opis pun macam x larat tapi tetap kene laratkan jugak. Sudahnya pukul 10.00 pagi Yanti dah plan nak balik rumah. Masuk hari kedua, ingt macam dah sihat, kat opis melepek jugak.. Tahankan sampai tengah hari, pastu mintak Suami amik. Masuk hari ketiga memang terus rehat kat rumah. Makan ubat berpeluh2, sampai habis dos badan panas balik. 3 hari x dapat nak makan nasi dengan kenyang. Tekak Yanti sakit sangat. Semalam g check kat klinik, rupenya tonsil Yanti da bengkak.. 

Alhamdulillah, hari ni hari kelima, Yanti da semakin sembuh. Thanks kepada orang yang banyak beri petua. 

Tuesday, September 9, 2014

Welcome September

Assalamualaikum....

Belum terlambat nak ucap Happy September kan? Kejap je dah bulan 9 kan...Pejam celik pejam celik dah bulan 9.. Yeay.... Count Down lagi sebulan..... Hehehehehehehe




Belum ada pa yang menarik lagi sekarang ni. Cume just nak bagitau. Yanti dah mula berjinak2 bawak kereta. Inipun kereta pinjam. Pinjam kereta kakak. Kebetulan hari tu Yanti exam, pastu terus bawak seminggu. Nak biasakan diri bawak keretakan. Kalau x nanti memang lupelah skill bawak kereta.

Minggu berikutnya plak, balik kampung dengan kakak.. Bergilir-gilir bawak kereta dengan Kakak. Sampai kampung kaki sakit.. Hahahahaha.. Tak biasalah katakan kan? Sekali dah bawak kereta sampai 2 jam, mau x kaki sakit bawak kereta manual.. Manual ok, bukan auto. Semua orang takkan percaya. Tak nak percaya x pelakan.. Nak paksa2 caya pun susah jugak. hehehehe... So far dah mahir la sikit2 bawak kereta kecik tu.. hehehehe.. 

Bukan susah pun bawak kereta, start enjin masuk gear, jalan... Kawal je la stereng tu. Kan dah belajar di kelas memandu. Bagi je la signal kanan or kiri. Lepas ni pasang angan2 nak beli kereta sendiri plak. Berangan je lebih kan. Tapi x salah pasang angan2. Insyaallah Allah akan dengar doa HambaNya. 

Wednesday, August 13, 2014

JPJ Part II

Assalamualaikum......

Bertemu lagi kita di ruangan celoteh2 Yanti.. Hehehehe. Ayat x hengat. Nak sambung entry yang lepas. Ingat kan? 

22 Julai 2014 adalah tarikh keramat kedua buat diri Yanti. Sebab apa? Test JPJ ulangan.. Huhuhuhu.... 
Pagi tu Yanti relaks2 jer.. Buat macam tak de per2 yang akan berlaku. Yanti masuk opis dulu.. Dalam kul 9.30pagi macam tu cikgu Yanti amik kat opis. 

Dalam perjalanan ke Pusat Latihan Memandu Cemerlang (PLMC), borak2 dengan cikgu  Ijad n kawan2 yang nak wat pastu memang buat relaks jer... Sampai je sana Yanti dapat no giliran 12 tapi sessi no 2. So memang lagi lambat la... Sudahnya Cikgu Ijad bawak g jalan2 bagi tenangkan fikiran.

Dalam kul 10 macam tu Yanti terus tuju ke Kaunter pendaftaran. Untuk sessi Yanti kul 10.30pagi baru leh register.. Sampai masa terus register.... Gila lama tunggu sampailah dapat satu member borak. Tak la bosan sangat. Alhamdulillah Sampai giliran Yanti... 

Masuk kereta terus buat apa yang sepatutnya. Buatlah Ujian Bahagian II.

Bukit , Side Parking n 3 Penjuru....

Masa buat 3 benda tu Yanti memang  tak benti2 baca selawat.... dan Akhirnya....... Yanti LULUS semuanya.

Keluar dari kereta, masa nak amik result tu rasa nak pitam,pengsan semua ada. Lepas ambik rersult g balik kat kaunter pendaftaran terus Yanti menangis kegembiraan. Hanya Allah je yang tau betapa happynya Yanti hari tu. Terus col Hubby bagi tau dah Lulus..

Alhamdulillah... Terima kasih Cikgu Ijad sebab sanggup melayan kerenah Yanti sewaktu belajar. Setahun Yanti belajar kereta dengan Abg Ijad... Thanks a lot Abg Ijad....

Kepada sesiapa yang ingin belajar Memandu dengan Abg Ijad bolehlah hubungi dia seperti tertera di gambar. Abang ijad ni bagus, miss kol je pun dia akan col balik. Inilah kereta yang digunakan. Cume Yanti x merasa dulu.

Hubungilah Abg Ijad - 012- 6244748

Tuesday, August 5, 2014

Salam Syawal

Assalamualaikum.....


Maaf banyak2 sebab blog Yanti beberapa bulan terhenti buat seketika sebab puan tanah terlupa password.. Huhuhuhuhu... So baru hari ni baru nak ucap Selamat Hari Raya...

Dikesempatan ini Yanti sekeluarga menyusun 10 jari tanda kemaafan. Maafkan segala salah silap Yanti Zahir & Batin. Halalkan makan minum Yanti yer.. Salam Kosong Kosong....




Wednesday, July 16, 2014

JPJ Part I

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, mulai hari ni dah boleh mulakan mengarang apa yang sudah tertangguh.... Macam2 hal yang berlaku. Tapi tiada kesempatan untuk mengarang. Dengan internet kat opis down. Handfhone buat hal... Makanya kena la jadi "silent moon".

So entry kali ni nak cerita pasal cerita yang dah basi...... Tapi tetap nak cerita jugak. Tarikh keramat. 8 Julai 2014, adalah tarikh Yanti ambik test JPJ. Sehari sebelum Yanti ambik test JPJ tu Yanti de la jugak google2 baca blog sorang perempuan ni.. Pengalaman dia ambik Test JPJ. Pengalaman dia memang menyeramkan Yanti.. Dari cerita dia, dia dapat JPJ Perempuan. Habis je baca blog tu terus wassap cikgu memandu 

Y: abang, betul ke JPJ perempuan kerek
I : mana ada... Mana awak dapat info?
Y : Baca dalam blog..
I : Yang mengada baca blog tu napa? Tak ada apa la....
Y : Ok. (dalam hati masih x puas dgn jwpn cikgu tu)

Malam tu memang Yanti tak boleh nak tido. Pejam je mata gambaran lakaran kawasan untuk Yanti test tu sentiasa dalam kepala otak.. 

Pagi 8 Julai tu, cikgu ambik kat rumah... Dalam perjalanan cikgu bagi taklimat sikit2. Pastu tanya lagi soalan yang sama. Huhuhuhuhu.. Masa tu tangan ni Allah je yang tau betapa sejuknya walaupun dalam kereta tu pakai aircond tapi dah x rasa aircond. Sampai di tempat test JPJ, Yanti dan kawan yang lain terus register nama. Dengar Taklimat dari Abang Polis hensem... Hehehehe... Lepas dengar taklimat tunggu giliran. Sampai la turn Yanti... Masa tu Allah je yang tau. 


Inilah tempat Yanti Ambik Lesen


Bahagian II
Test Bukit, Side Parking n 3 penjuru. Keputusannya, Bukit Lulus, Side Parking Lulus. Parking 3 Penjuru Kandas. Huhuhuhu. Rasa menyesal sangat. Yanti tersilap langkah. Sebab Kandas 1 benda kene ulang semula.  Allah je la yang tau. Hampanya Hati ini..

Bahagian III
Test Jalan Raya. Mungkin doa dan apa yang Yanti x nak jadi kenyataan. Yanti dapat JPJ Perempuan... Memang cuak la... So cube relakskan diri. Tapi x leh jugak. Buat je step by step... Dalam kereta memang senyap jer JPJ tu. Yanti pun buat je la apa yang patut kan... Akhirnya Test Jalan Raya Yanti LULUS... 

Selepas habis semua, bincang dengan cikgu, 22 Julai ulang balik test.... Huhuhuhuhu..... Nak Nangis dulu, nanti sambung Part II...





Wednesday, June 11, 2014

- Tiada tajuk -

Assalamualaikum....


Dah masuk hari ke 11 dalam bulan jun baru nak wish kan? hehehe.. Tertinggal keretapi. Tak tau apa nak update kan? Memang x buzy tapi tak tau apa yang nak dicelotehkan.. 

Takut orang bosan plak ngn blog kite yang merepek2 ni. Abaikan je la kalau orang x suka. Yang penting kita bahagia. 

Lately hidup ni rasa macam ada yang kurang. Tak tahu la kat mana kurangnya. Hidup perlu diteruskan juga. Semoga kehidupan ini akan terus diberikan sinar bahagia.. Amin.. 

Monday, May 26, 2014

LuAhAn HaTi

Assalamualaikum....

Entah tak tau nape sekarang ni hati sangat2 merunsingkan.. Kepala ni macam2 pk... So layan la lagu ni



Luahan Hati - Kristal 

Terima kasih kepada yang sudi memberikan lagu ni pada saya....

Layan.......

LUAHAN HATI - KRISTAL

Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

Monday, May 12, 2014

Happy Mother's Day

Assalamualaikum....

Hai semua..... Happy Mother's Day.... Bersempena hari Ibu semalam,  11 Mei ni, Yanti nak share 1 video ni... First time dengar lagu ni dari kanak2 tadika, Yanti yang terover nangis.. Padahal anak orang kot yang nyanyi... Mungkin naluri seorang Ummi kot.. Sentap lebih.. Jom layan


Ibu - Adiw Feat Farhan Wif Lirik

Share lagu yang sebenar je la.. x leh plak nak dload video tu.... kalau nk tengok jugak, Yanti ada share kat Fb. Ni FB yanti... 

Sekian 

Thursday, May 8, 2014

JJCM

Asslamualaikum....

Asal update blog je mesti nak kena pagi2 kan.. Wajiblah pagi2. Idea masih fresh n mencurah2... Sekali dah ada idea terus nk dikeluarkan apa yang terbuku di otak ni... So laju2 la taip kan sebelum de gangguan.

Cerita last week, Yanti balik kampung. Balik kampung tanpa suami.. Sedihkan dengar.. Terpaksa balik dengan kakak. Plan last minit. Disebabkan suami x percaya anak2 balik dengan Kak Long, so terpaksa la ikut balik jugak. Terbatallah segala apa yang di plankan yang sebenar.

Bila dah balik sendiri mula la rancang untuk panjang kaki... Hehehe.. Bile lagi kan? Time suami x de ni la nak berjimba2 ngn My BFF kat kpg.. Hehehe...

Inilah aktiviti kami...

Wif Anak2

Happynya
Senyum

Relaxing

Mami n Husna
Selepas makan terus jalan2 tengok pantai... Kakak seronok, Umi n Mami pun seronok... Mami?? Sape Mami? Yang dengan Husna tu la Mami.. Gelaran utk anak2... Balik kampung yang very2 happy.. Dapat luah segala masalah yang terbuku di hati... Alhamdulillah....


Sekian...

Tuesday, May 6, 2014

Journey's to Zoo Negara

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 5 kan. Entry pertama yang ingin dikarang untuk bulan ni. Walaupun bendanya dal berlaku berkurut abad (x la berabad sgt pun)  tetap nk story mory jugak.

Pagi Ahad tu pagi2 dah bangun n bersiap2.. Plan nak g zoo ni sebenarnya dah lama. Dengan kekangan keje yang banyak tu yang terpakse postpone je. Kami gerak dalam kul 9.30 mcm tu dari Putrajaya. Kul 10.00 pagi mcm tu sampai la sana.

Sampai sana terus g kaunter Tiket.. Beli tiket n jalan2. Inilah hasil perjalanan kami... 

Kakak n Adik Bersama Zirafah

Kakak nak tengok Gajah

Selfie

Bersama Adik 

Wif Love

Apa yang Korang Nampak??? 

Habis pusing satu Zoo, tibe2 aby teringat yang x jumpe buaya.. So plan nak naik Train plak. So ikutlah abi bawak anak2 naik train..

Naik Train

Tunggu Train

Abang Encem 

Lambatnya la train ni

Dah habis pusing kali kedua.. Penat n lenguh sakit kaki semua, kami pun balik... Tak de g mana dah pastu. Terus balik n tdo.... Anak2 kepenatan sebab diporang happy sangat nampak binatang2 yang x pernah diporang tengok.. Nampak anak2 happy, kami pun happy. 




Tuesday, April 29, 2014

No One - Alicia Keys

Assalamualaikum.....

Selamat pagi semua... Pagi2 ni otak masih fresh.. So nak update blog cepat2, sebelum ada gangguan... Nak story mory ni kalau ada gangguan memang da payah la kan.. Apa nak story pun x tau sbenarnya... Tapi lately asyik teringtkan anak2 je bila duk kat opis...

Paling x leh lupa, sejak kami beli gadget baru, Kakak x habis2 melayan lagu ni...



Memang dia nyanyi siap dengan pelat dia.. Ntah apa2 yang dia sebut.. Tapi memang best. Duk diam2 kat opis mesti terngiang2 sebutan english dia yang very2 broken macam umy dia jugak.. Tak pa la kak, belaja sikit2 kan... Mana tau sok kakak lagi terer dari umi speaking...

So, moh le  kita layan sama2 kan..

Monday, April 28, 2014

Tuhan Jagakan Dia


Assalamualaikum.........

Selamat Pagi Isnin... Pagi2 dah macam2 mood ada.. Tapi x pe la.. Bila dah dapat ngadap komputer ni harap2 semua nya akan ok lepas ni. 

Bila kebosanan melanda  inilah tempat yanti luahkan perasaan. Kadang2 bile dah terluah ngn kawan ada masa ok, ada masa ia still serabut kan. So luah kat sini rasa lebih ok kot... 

Untuk mengadakan mood pagi2 Isnin ni, jom la layan lagu ni.. Yanti suka sangat.... 



with lirik


Semoga terhibur..

Friday, April 25, 2014

Satu Hari Penuh Pengisian

Assalamualaikum... Selamat Pagi

Tengah rajin nak update blog hari2 de blog kan? Tapi ntah apa2 yang dia merepekkan.. Hehehehe.. Bia la kan.. Orang nak baca, baca... x nk dah... Hahahaha Gile kose... 

Cerita dah agak basi tapi tetap nak cerita gak... Memang lately x sempat nak mengarang.. Ada je gangguan anasir2 lua.. Idea tengah banyak mula la sorang2 panggil.. Pastu datang kat tempat bagi kerja macam2. Normal la kan. So stranght the point...


14.04.2014 

Tarikh lahir suamiku yang ke 29. Hehehehe. Abi dah tua (walaupun kami sebaya). Ada orang cakap my hubby dah masuh 3 series. OMG!!!!! Serius ku gelak terbahak2... Hubby dah tua.  Buat pengetahuan, muka je cam 3 series, tapi perangai macam 3 tahun.. Manja Ya Rabbi. Tak apa lah.. Manja ngn isteri halal kan? Tak de sapa nak marah.... (Apa yang Yanti melalut ni) Fokus2...

Sebenarnya benda ni memang dah dirancang.. Tiap2 tahun tarikh 14.04 ni memang dia akan cuti. So time ni la nak spend time dengan dia kan..Ikut je la mana dia nak pegi... So oleh kerana dia dah cuti, makanya isterinya pun terpaksa la amik cuti gak... Berkorban. 

Lupa plak nak bagitau, anak-anak haruslah tinggal rumah pengasuh. Dating time. Destinasi pertama.  

1- BANGI : 

So pagi tu hala tuju pertama ke Bangi... Kebetulan plak Lesen Kereta dia mati.. Ye la kan, sekarang ni kan JPJ dah diperluaskan tarikh Lesen mati ikut tarikh lahir... So terus tuju JPJ Bangi... Oleh kerana sampai sana awal lagi, g isi perut dulu... Masuk je kedai tu rasa pelik jer... Semuanya Self Service. Lepas tu kami ni ibarat macam Kambing masuk kandang Rimau... Hahahahaha... Peribasa bagai la Yanti ni kan.. Ye la, mana  nya.. Pelik kot masuk bandar orang. Nama Kedai tu Restoran Sri Perak. Kedai sebaris dengan JPJ Bangi. Atas Meja sume ada tanging nama2 daerah di kawasan Perak... Agak menarik. Pastu ingatkan kedai tu mengamalkan sistem pakai buang/ malas basuh pingga, rupenya Bangi kan salah satu tempat catuan air, so makanya kenalah guna  pinggan mangkuk n cawan pakai buang... Dapat tau info pun dari kawan-kawan yang selalu ke Bangi... Maaflah ye silap andaian.. 

Siap makan, terus tuju Klinik. Pelik x? Lepas makan g Klinik. Hehehehe... Itulah syarat utama untuk hidupkan Lesen GDL. Untuk makluman suamiku ada lesen GDL ni dah lama.. Kalau x silap lepas SPM kot dia buat. Maklumlah dulu kan dia Bekerja sendiri bawak lori. Sejak masuk Gov ni, Lesen tu just hidupkan je.. So sapa2 yang nak gunakan khidmat dia, boleh lah roger Yanti. Tapi kami x de lori persendirian... Just tolong bawak je la... Promote plak... Kat klinik kena amik ujian air kencing n check darah... Mana la tau kan, kalau-kalau ada sakit kronik ke mana boleh bawak kenderaan berat. So selesai kat Klinik terus tuju Kaunter JPJ...

Rasa cam nak pelempang je orang yang jaga Kaunter. Muka cam apa ntah... Duk kat Kaunter tapi muka cam apa ntah... Sambut customer cam apa ntah.. Tak mesra alam... Lepas dapat no tunggu punya tunggu, siaplah Lesen B2,D n GDL suamiku. Teruja sebab Lesen tu cantik. Setel urusan di Bangi, Destinasi ke 2... 

Jom Layannnnnnn lagi. Harus tepek gambar puan tanah dulu. 

Selfie time kat Klinik

2- MINES

Destinasi kedua adalah Mines. Hubby memang x suka jalan KL. Jem memanjang... So sini je la tempat kami date... Sampai je terus jalan2 n tuju tujuan sebenar... Karaoke time.... Layankan je la sebab da lama kot tak g test suara.. Layan 2 jam, RM20... Memang puas nyanyi.... Keluar dari karaoke terus makan. Jalan2 kejap pastu plan nak naik Bot. Bot kat Mines agak mahal, so buat keputusan  naik Cruise kat Putrajaya je... So balik la Putrajaya... 


Orang yang dirai... 

3- CRUISE TASIK PUTRAJAYA

Destinasi ke 3, balik Putrajaya... hahahaha.. Bosan. Rupenya salah tanggapan... Best rupenya... Naik Bot Elektrik... Kita stay je just kawal stereng.. Sapa yang lum pernah cube, baik cube... Santai je... Pihak Cruise bagi masa 40 minit... So g la mana2 sekitar tasik. Tapi de la kawasan2 yang x boleh masuk. Time tu gerimis, kami belash je yang penting puas.... Harga pun berbaloi.. 

Inilah Bot yang dimaksudkan

Suwettt Couple

Selfi

Selesai sessi dating datingan kami.. Sekarang masa untuk balik n amik anak... Sambung malam plak... 

Balik rumah santai2 je... sambil2 mesej ngn seller kek yang memang dari awal dah order.. Alhamdulillah dapat kek sebelum kami keluar malam... Ini je la yang mampu ku bagi. Selepas maghrib kami semua bersiap2 untuk keluar makan malam yang di taja oleh Puan Isteri... Destinasi adalah Taman Enquine, Seri Kembangan.... "Mr. Steak House" 

3 lilin ???? 

Happy Family

Potong kek bersama Anak2


4- MR. STEAK HOUSE, SERI KEMBANGAN

Dinner disinilah kami 4 beranak... Anak-anak memang happy dan makan pun dengan berselera... Yang x tahan tu adik makan salad buah je... Bagi makan benda lain dia x nak... Tak pe la dik, makan la apa yang awak nak makan.... 

Berakhirlah kisah 14 April 2014 untuk hari itu... Happy Birthday Abi. Umi doakan semoga Abi dipanjangkan umur.. Dilimpahkan rezeki. Semoga menjadi suami yang bertanggungjawab kepada keluarga.. Jangan nak noty2 sgt... Umi n Anak-anak sayang Abi Ketat2.


My Lovely Hubby

Beef Steak - Order By Abi
Kakak 

Salad Fruit Order By Adik

Sekian, ini sajalah celoteh dari Puan tanah... hehehehe... Semput nak menyelesaikan satu blog...