Followers

Wednesday, August 13, 2014

JPJ Part II

Assalamualaikum......

Bertemu lagi kita di ruangan celoteh2 Yanti.. Hehehehe. Ayat x hengat. Nak sambung entry yang lepas. Ingat kan? 

22 Julai 2014 adalah tarikh keramat kedua buat diri Yanti. Sebab apa? Test JPJ ulangan.. Huhuhuhu.... 
Pagi tu Yanti relaks2 jer.. Buat macam tak de per2 yang akan berlaku. Yanti masuk opis dulu.. Dalam kul 9.30pagi macam tu cikgu Yanti amik kat opis. 

Dalam perjalanan ke Pusat Latihan Memandu Cemerlang (PLMC), borak2 dengan cikgu  Ijad n kawan2 yang nak wat pastu memang buat relaks jer... Sampai je sana Yanti dapat no giliran 12 tapi sessi no 2. So memang lagi lambat la... Sudahnya Cikgu Ijad bawak g jalan2 bagi tenangkan fikiran.

Dalam kul 10 macam tu Yanti terus tuju ke Kaunter pendaftaran. Untuk sessi Yanti kul 10.30pagi baru leh register.. Sampai masa terus register.... Gila lama tunggu sampailah dapat satu member borak. Tak la bosan sangat. Alhamdulillah Sampai giliran Yanti... 

Masuk kereta terus buat apa yang sepatutnya. Buatlah Ujian Bahagian II.

Bukit , Side Parking n 3 Penjuru....

Masa buat 3 benda tu Yanti memang  tak benti2 baca selawat.... dan Akhirnya....... Yanti LULUS semuanya.

Keluar dari kereta, masa nak amik result tu rasa nak pitam,pengsan semua ada. Lepas ambik rersult g balik kat kaunter pendaftaran terus Yanti menangis kegembiraan. Hanya Allah je yang tau betapa happynya Yanti hari tu. Terus col Hubby bagi tau dah Lulus..

Alhamdulillah... Terima kasih Cikgu Ijad sebab sanggup melayan kerenah Yanti sewaktu belajar. Setahun Yanti belajar kereta dengan Abg Ijad... Thanks a lot Abg Ijad....

Kepada sesiapa yang ingin belajar Memandu dengan Abg Ijad bolehlah hubungi dia seperti tertera di gambar. Abang ijad ni bagus, miss kol je pun dia akan col balik. Inilah kereta yang digunakan. Cume Yanti x merasa dulu.

Hubungilah Abg Ijad - 012- 6244748

Tuesday, August 5, 2014

Salam Syawal

Assalamualaikum.....


Maaf banyak2 sebab blog Yanti beberapa bulan terhenti buat seketika sebab puan tanah terlupa password.. Huhuhuhuhu... So baru hari ni baru nak ucap Selamat Hari Raya...

Dikesempatan ini Yanti sekeluarga menyusun 10 jari tanda kemaafan. Maafkan segala salah silap Yanti Zahir & Batin. Halalkan makan minum Yanti yer.. Salam Kosong Kosong....