Thursday, October 31, 2013

Hanya Aku & Dia Yang Merasainya

Assalamualaikum......


 Gambar Hiasan


Awal2 entry dah tepek picture menangis.. So ngn kata erti yang sama puan blog memang sedang menangis ketika ini.. Sebak n susah nak digambarkan bagaimana kesedihan tu. Rasa macam orang yang kita sayang nak tinggalkan kita. Tak semestinya orang yang kita sayang tu hanya ibu bapa, adik beradik or suami. Tapi kawan2 yang rapat ngn kite, yang faham isi hati kita, orang tu pun leh kita sayang. Tak salah kot kalau kita sayang BFF (Best Freind Forever) kita kan????

Huhuhuhuhu... Menahan sebak bila menaip blog ni. Ada berita sedih yang buat Yanti dengan tibe2 boleh mengalirkan airmata. Murah betul airmata perempuan ni kan? Mudah sangat untuk keluar kan??? Bukan murah, tapi entah la. Yanti ni memang mudah sangat untuk menangis. Tengok cite sedih n menangis, Yanti pun ikut nangis jugak. Bukan untuk meraih simpati tapi rasa bila dah menangis tu rasa segala yang ditanggung lepas.

Mesti korang nak tau kan apa punca yanti menangis sungguh ni kan? Rsa mcm dah bagi "clue" kat atas tadi... Disebabkan BFF Yanti menangis... Yanti menangis bukan kerana kami bergaduh, tapi  ada sebab2 lain yang menyebabkan Yanti x leh nak tahan dan kawal perasaan sedih.... Yanti cume leh bagitahu ada orang cube nak pisahkan kami.... Itulah perkara yang buat Yanti betul2 sedih. 

So sekarang ni, rasanya dah boleh terima hakikat kot kalau betul2 kami berpisah. Yanti bukan apa bila dia dah x de nanti, Yanti plak stay kat cni x ke menambah beban pada Yanti nanti. Entah la.. Susah nak cakap. Memang susah nak cari orang macam dia ni.. Walaupun ada masalah, tetap happy go lucky. Pada kecik2 tapi kalau dia mengamuk, satu opis boleh dengar suara dia. Tapi Yanti sangat2 suka berkawan ngan dia. So, kawan2 korang yang lain macam mana? Mesti korang pun ada BFF kan?? So macam mana plak hubungan korang ngn BF korang???


Sekian,

Wednesday, October 23, 2013

Buah Hati Pengarang Jantung

Assalamualaikum....

Mood nak update blog semakin membara2 plak sekarang ni. Ada je benda nak story. Sebenarnya x de la apa pun kan. Saja nak bagi orang jeles tengok tiap2 hari ada je entry baru dari kita kan?...

Rase cam dah lama sangat kot x cerita pasal anak2. Tapi hari ni ntah tibe2 rase cam nak cite pasal anak2 je kat orang. Just nak share perkembangan mereka. Tapi sebelum tu nak share VIDEO ni. Dengar lama2 rase syahdu plak. Terasa cam anak sendiri yang nyanyi untuk Yanti... Huhuhuhu.. Sedih, Syahdu....

Sebenarnya lebih kurang 28 hari je lagi anak2 Yanti akan mencapai umur 3 dan 2 tahun.. Ya Allah, rase macam kejap je masa berlalu... Husna a.k.a Kakak n Hasya a.k.a adik nak masuk umur 3 & 2 tahun. masing2 dengan kerenah masing2lah.. Meh nak share sikit perkembangan kakak n adik

Nurul Husna Al Amani
- 20.11.2010 ( Sabtu ) 
- Seorang yang cerdik , cantik, manja
- Suka buli adik.. Kalau tengah baik ngan adik, elok je main sama2... Tapi kalau tengah gaduh, memang mendapat la adik dia satu gigitan ketam. Kakak suka cubit adik
- Boleh di suruh, tapi bila dia malas, dia akan minta orang lain yang amikkan
- Sangat2 petah bercakap, mengalahkan orang tua.
- Bab menanya dah kurang sikit. 
- Pantang lalu kedai buku, kompom akan mintak selagi x dapat. Pujuk apa pun x jadi. Agak berminat ke arah lukisan n mewarna.. 
- Kalau dah melayan TV, memang umi n abi jangan harap la nk dapat tengok tv



Nurul Hasya Al-Amanina

- 20.11.2011 ( Ahad )
- Seorang yang cergas, bijak, berdikari
- Suka buli kakak, rambut kakak akan jadi mangsa kalau dia betul2 marah. Kadang2 kakak elok main        diam2 dia datang bawak hanger, acah2 nak pukul kakak.  
- Boleh diharap, tapi kuat jugak menyuruh.
- Si Demuk ni kuat makan. Apa saja kite makan dia akan makan. Walaupun makanan tu pedas, dia belasah    je
- Sangat2 banyak mulut. Apa saja benda baru yang dia nampak, dia akan tnya. Benda2 yang mengkagumkan pun dia akan tanya. Memang apa2 saja la yang dia nampak depan mata akan tnya sampai dia puas hati
- Sangat2 rajin membantu (mengacau) umi kat dapur. So umi akan cube lekakan dia untuk dia x kacau umi kat dapur
- Kalau dapat buku n pen, memang habis dia conteng n suka koyak buku. 

Inilah telatah2 mereka. Kadang2 gelagat mereka buat kami tersenyum n ketawa. Bila pk2 balik, dulu Ummi n Abi mcm ni ke ye? Hehehehe.. Doa Ummi n Abi buat kalian berdua, semoga menjadi anak yang solehah. Menjadi anak yang berjaya dalam apa jua bidang yang kalian lakukan. 

Sekian,

Tuesday, October 22, 2013

Sentiasa Dalam Kenangan....

Assalamualaikum.....

Selamat pagi.. Pagi2 dah layan lagu dangdut.. hahahaha.. Tibe2 teringan kenangan 3 tahun 8 bulan yang lepas,sewaktu di hari Yanti bertandang ke rumah Hubby. Sangat2 x leh dilupakan.... So jom layan VIDEO ni.

Sebelum kawen pun kami ni memang kaki karaoke. So layankan je la bile ada yang buat permintaan time tu. Tak la rase kekok saqngat kan? Sesekali pegang mikrofon ni gementar jugak, nasib la dah biasa kan? Hehehe... 

Inilah kami - 21.02.2010

Pengantin lelaki mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir.. 


Sekian,

Monday, October 21, 2013

SIAPA YANG SALAH????

Assalamualaikum.....

Selamat petang kawan2... Ya Allah..... Sejuk betul pagi ni. Naik beku dah otak ni. Nak update 1 blog pun berjam2. Dah la kat lua sana hujan, kat dalam opis plak semakin sejuk... Huhuhuhu.. Terketar2 menaip ni. 

Pagi ni sebenarnya mood masih dibelenggu kisah hari jumaat lepas. Nak update x sempat sebab hari jumaat tu Yanti half day. Tapi x pe lah. Yanti pendamkan dulu. Sehinggalah ke hari ni baru dapat nak update. Yanti pun x tau la nak cakap macam mana kan? Ada je yang iri hati ngan Yanti. Yanti x pernah pun nak kacau nasik periuk orang.. Tapi orang tu x habis2 nak ganggu kehidupan Yanti sekeluarga. Sebelum ni, Yanti pernah ignore ngan org ni. Tapi semakin Yanti ignore semakin tu la dia menyakitkan hati Yanti. 

Yanti ni memang susah untuk tak suka kat orang. Tapi bila orang dah mula buat dirinya untuk Yanti benci memang akan terus la Yanti benci.. Yang peliknya Yanti dah block dia dalam fb, tapi dia boleh lagi tengok wall Yanti. Ntah stalker mana yang diupahnya pun Yanti x tau.. Orang tu ada cakap kat seseorang, yang dia x de buat salah kat Yanti, tapi kenapa dia yang ngelak2 untuk jumpe Yanti.. So sekarang ni SAPE YANG SALAH... Bukan Yanti yg ngelak2 untuk x jumpe dia.. Betul jugak pepatah mengatakan "TAKUT KERANA SALAH"

Kalaulah kan orang yang Yanti maksudkan ni ada bace jugak blog Yanti ni, terima kasih la sebab sudi follow blog Yanti. Terima kasih banyak2... Yanti nak tanya beberapa je soalan... X banyak pun, sikit je. 

1- Kenapa ko wat Yanti mcm ni? Yanti ada salah ke ngn ko or kuage ko?
2- Apa yang Yanti dah buat kat ko or kuage ko sampai ko sanggup wat Yanti mcm ni?
3- Ko nak tau sebab apa aku block ko kat fb??? Meh face to face
4- Kate maaf ko tu rasenya Yanti dah x leh terima... Ko nak insaf or kua air mata darah sekalipun ada Yanti kesah???
5- Apa masalah ko sekarang ni yang x habis2 nak memporakperandakan kuage sendiri????

Sangat2 terkilan... Tak sangka sangat2... Dia sanggup gunakan orang yang rapat ngan Yanti untuk dapatkan segala aktiviti Yanti.. Huh.. Apa yang Yanti leh cakap sekarang ni "KU TERIMA WALAU SAKIT HATI". Hati sangat2 sakit mcm ditoreh2 sekarang ni. 

Sekian, 




Saturday, October 12, 2013

Hadiah Istimewa ( Part 2 )

Assalamualaikum......

Alhamdulillah,entry kali ni sambungan dari ENTRY ni. Ingatkan x de sambungan.  Kan Yanti pernah cakap sebelum ni, kalau ada sambungan, Yanti akan update lagi. Hehehehe.. Mood masih lagi happy...Hari2 senyum je kalau g opis...

Masih di mood bulan Oktober ni kan. Tak habis2 me"reward" diri... Bulan ni je pun nak me"reward diri kan... Rasa memang dah byk berabis bulan ni. Dibuat plak gaji bulan ni awal.. Adoi....Lepas ni kene puasa la.

Syukur, Alhamdulillah walaupun x dapat Suami yang agak romantik, tapi at least suke buat suprise kat Isteri. Kadang2 bile Isteri mengharapkan sesuatu memang x dapat la kan? Tapi bile kite x pkkan, mcm2 benda yang jadi,,,,

Mesti korang nak tau jugak kan apa hadiah istimewa yang Yanti dapat dari Hubby kan?

Taaadaaaa.......
Cermin Mata & Rantai Tangan

Mungkin x la special bagi korang, tapi bagi Yanti ini sudah cukup2 bermakna untuk diri Yanti... Thanks Aby.... Thanks Aby... Umy Sayang2 Sangat kat Aby.. Hanya engkau yang bertakhta di hati Umy...

Sekian, 

Monday, October 7, 2013

Ahli Jawatankuasa a.k.a AJK

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ni masih diberi peluang untuk Yanti mengupdate apa yang boleh di update. Selamat berhari Isnin.. Mood hari Isnin kene la ceria2 saja kan? Ke masih ada yang dibelenggu hari Ahad. Tak pe, Yanti faham. Yanti pun kadang2 alami benda yang sama jugak. 

Just nak share ngn kawan2 apa aktiviti Yanti last week. Sebenarnya, last week Apartment (berangan je nama apartment) Blok ada wat Program Ramah Mesra bersama Penduduk Blok C. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun Yanti x berapa nak turut serta sangan waktu gotong royong. Tapi masa program mesyuarat tu, memang Yanti turun la ke tempat yang telah dijadualkan... 

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan kata2 aluan oleh MC, n waktu pemilihan segala bagai AJK. Sampai turn Biro Wanita. Yanti jugak la yang gatai mulut cadangkan sorang member ni... Ntah mcm mana automatik gugur sebab husband dia dah pegang jawatan. Nak x nak tukar la orang lain. So member tu pun cadangkan la Yanti. . Memang majoriti memilih Yanti daripada calon sorang lagi tu...  Nak x nak terpaksa la pikul satu beban. Tapi x pe la kot. Harap2 semuanya ok la lepas ni... 

So dalam perbincangan ringkas AJK2 yang telah dilantik, sebulat suara akan adakan satu lagi mesyuarat AJK pada 17/10/2013. 

Terima kasihlah kepada Penduduk Blok C Fasa 10 yang memberikan kepercayaan kepada Yanti untuk menjadi salah sorang AJK penduduk di sini... Tanpa sokongan korang2 semua ini takkan menjadi kot. Terima kasih juga kepada yang sudi menghadirkan diri untuk Program Ramah Mesra Penduduk Blok C. 

Sekian, 

Thursday, October 3, 2013

Happy Birthday To Me....

Assalamualaikum......

Selamat pagi kawan2... Semoga hari ni kawan2 lebih ceria n lebih2 ceria seceria mood puan blog... Mesti korang nak tau tau kan sebab apa hari ni puan blog boleh senyum sampai ke telinga.....

Alkisahnya semalam adalah my birthday... Seawal pagi menunggu wish dari insan tersayang. Tapi sudahnya sampai ke petang memang x wish.. Sentap u.. Mana x sentapnya, hari2 istimewa kite dilupakan dengan orang tersayang. Terus x de mood sampai ke tengah hari...

Sampailah ke tengah hari dapat SMS dari hubby

"Tengah hari ni bleh kua awal ke?"

Teruslah hati ku berbunga2.. Hehehehehe.... So waktu lunch kami pun kua la g jalan2 berdua.... Ala, g dekat2 je... Jalan2 dapat grap satu hadiah. Then memang dapat la present pertama... Korang mesti nak tau kan apa hadiah pertama yg Yanti dapat dari Hubby... Jeng..jeng... jeng... ( cite lain entry la) Buat masa ni Biarlah rahsia yer... hehehehe

Present kedua adalah........ Next week kot baru dapat.. Baru nak tempah. (Hadiah yang kedua pun akan  dicerita lain entry yer) . Tggu dah dapat baru Yanti tunjukkan. Sekarang ni x leh nk upload sebab benda lum ada kat tangan.

So lepas jalan2 petang semalam, terus g amik anak n balik rumah.. Sampai rumah Hubby cakap x yah masak... Hoooooooooreyyyyyyyyyyyyyyyyyyy... Lompat bintang. Memandangkan Yanti pun x lapar sangat, makanya kami just makan burger buatan sendiri je... Pada2 makan burger tu Hubby ada cakap nak lepak masjid Putra.. Asalnya nak ajak dia tengok bunga api, dia cakap malas. So x pe la, ikutkan je la.. 

Malam tadi seperti yang dirancang, kami pun lepak la Masjid Putra dengan bawak bekalan sikit. Anak2 memang suke la... Agak lama gak lepak, tibe2 hubby ajak tukar tempat. So, Yanti memang x terpk apa2 just follow je la... Rupe2nya........ SUPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Korang nak tau apa???? Cube korang teka. Hehehe.. Tak pe la.. Yanti teruskan yer... Rupe2nya My Hubby dah plan ngn kakak Yanti wat mini celebrate birthday party... Hehehehe.. Sangat2 x sangka n rase nak nangis time tu. Atas tikar dah siap segala jenis makanan. Ya Allah..... Patutlah mase Yanti lepak ngn Hubby, Hubby lari2 bile ada SMS masuk. Ingatkan dia SMS ngn sapa la... Rupenya2 dia SMS ngn En Hubby... Memang langsung x terdetik apa2 pun. Ingat Hubby SMS ngn kawan dia ajak lepak. 

Thanks Hubby, Kakak n adik yang berjaya Suprisekan Yanti,. Tak lupe juga pada kawan Kakak yang turut serta menjayakan rancangan mereka2 tu sume.....So dalam kul 11 macam tu baru kami balik. Balik tu pun sebab cuaca malam tadi kurang mengizinkan.... 

Apapun, thanks to all of you yang berjaya buat besday party gegel malam tadi. Yanti akan sentiasa ingat sampai bile2, Then, korang tggu la masa korang nanti yer....

Sebelum Yanti menamatkan entry kali ni meh layan gambar2 yang sempat di snap.

Inilah makanan yang sudah siap terhidang

Kek Chocolate Oreo

Anak2 pun turut happy

Happy Birthday To Me

Inilah Pengarang Jantung, Buah hati Saya

Sekian