Followers

Wednesday, September 26, 2012

Saya Yang Kesakitan....

Assalamualaikum.....

Hai kawan2 semua. Sihat x korang hari ni.? Alhamdulillah, tuan blog hari ni sudah diberikan kesembuhan.... (skema tul ayat ko yantie) hahaha. Lantak aku la. Blog aku, Ada aku kesah... Hahahah

Sebenarnya nak cerita pasal kesakitan yang melanda diri Yanti pada Isnin lepas. Nak tau apa sakit Yanti. Yanti pun x tau apa punca Yanti leh jd mcm ni. 

Start kul 4 pg kot, Yanti  terjaga n muntah2.. Apa yang Yanti  mkn mlm tu, hbis keluar semua. So Yanti  ingtkan takat tu je la. Yanti  bangun kul 7 pg muntah lg sekali. Sambil2 bersiap nk g kje ni. Memang plan hari ni nak g lewat sikit sbb hr ni nak bwk Hasya appointment doktor. So dalam kul 730 mcm tu kot baru gerak dr umh. Sampai klinik nk menunggu giliran tu, lg sekali Yanti  nak muntah. Memang kua hbis la.. Rase perut dh kosong ni. Bile dh setel sume urusan check up Hasya aku pun anta la anak2 ke umh Pengasuh. 

Lepas anta anak2, hubby tanya "Nak g keje ke"? "Larat ke"? "Ke nak blk"? Aku jawab, "balik la, x larat". Sampai kat umah Yanti  terus baring. Kepala pusing2. My Hubby suh Yanti  makan ubat, tp biasa la. isteri dia ni mmg ssh akan makan ubat. hehehe. So aku terus tdo smpai la ke tgh hr. 

Bgn tgh hr tu ingt nk isi la perut ngn makanan. Makan roti n air soya je la. Pastu smbung baring balik. Tak smpi 2 jam, keluar balik. Adoi... Apa Yanti  makan ni... Yanti  minum air masak pun keluar balik. Yanti  rase ada la 6-8 kali aku muntah hari tu. Dah lembik2 mcm ni pun Yanti  laratkan jugak masak utk My Hubby. Bile dh terbaring mcm ni mula la nk update status kat Fb kan. (wajib). Status aku berbunyi "Perut ku x boleh diisi, Isi ke keluar balik" Ya Allah, bile status dh appear kat wall fb, kawan2 kenalan semua cakap Yanti  Peknen lg.... OMG...... NO!!!!!!!!! Yanti  lum sedia nk Peknen lg skrg ni..... Ckup la dulu apa yang ada ni. Aku dh x larat .  

Bile malam Yanti  cube makan sikit2. Tu pun makan bubur je yg Yanti  berani. Alhamdulillah, Yanti  diberi kesembuhan sedikit demi sedikit...... 

Sekian, 

Thursday, September 20, 2012

KeSeRaBuTan....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ni hati tuan blog sudah hampir sejuk walaupun masih dalam keadaan suam2 suku. Thanks kepada yang sudi mendengar luahan hati ini. Thanks jugak kepada Pegawai Kesayangan kami yang boleh memahami situasi kami sebagai org bawahan. 

Biarlah Yanti  cerita apa yang terjadi sebenarnya. Bru hari ni boleh nak cerita sebab klau bercerita dalam keaaan emosi memang Yanti  menangis. Semalam dah puas menangis sampai sakit kepala dibuatnya. 

Al-kisahnya.....

Betina 1(mmg aku kuang ajar sbb doa ko yg nk aku kuang ajar kan). 
Buat program semalam. So masuk keje hari selasa tu, Yanti  mcm biasa la. Buat kerja seperti yg diarahkan, (ko x arahkan pun aku tau keje aku). Sehari sebelum program tu, Yanti  setelkan la apa yg lum setel. Dia bg arahan kat Yanti  utk buat buku program. Pada Yanti  buku program tu x perlu sebab program setengah hari je.Membazir kertas. So x pe la,. Yanti  dh bgtau dia, tu kerja Pegawai. Tapi dia tetap nk Yanti  buat jugak. Ok, fine. Yanti  buat. aku edit sikit2 pastu Yanti  sent kat dia. So Yanti  ingt setel la kes buku program ni. Bile dh ptg ni plak jadinya.

Sorang Pegawai Yanti  yg berjawatan KPSU tnya kat Yanti  n BFF Yanti  (Fiza), "eh, buku program ada x"? Fiza dengan selamber menjawab. "Kami x buat". Tibe2 Betine 2 mencelah. "eh, Bukan "D" ada suh korang buat ke?" Kan ada dlm checklist bnda tu korang yg kene buat"?. Time tu memang Yanti  mengamuk la... Check list pun x de, sibuk hal check list tu. Buku program tu memang kami x pernah buat. Selalunya Pegawai yg buat. klu kami buat pun, just lipat je.. Pastu memang timbul la pasal hormat x hormat. Betine 1 ckp kami x hormat dia. Masalahnya skrg ko yg x nk hormat kami (PT) mcm mne kami nk hormat korang. Bagi arahan pun cam S**** mmg S***** jugak la yg kami bls. Yang ko hadapkan sgt Pangkat korang tu kenapa??? Dipendekkan cerita rupe2nya Betina 1 forword blk buku program tu utk Yanti  print. Memang sengal la.. Setakat nk print buku program pun smpi Yanti  yg kena buat. Kenapa nk berkira sgt. Bnda mudah mcm tu pun xkn korang x leh buat. memang kami boleh buat, tapi kami pun ada kje lain jugak yg nk disetelkan. Huh, memang menyakitkan hati sungguh. 

So smlm adalah hari menyejukkan hati sebenarnya. Yanti  n Fiza memang nekad nk buat surat pertukaran. Tapi nekad kami terbantut bile En H x membenarkan kami buat apa yg kami hajatkan. En H ada la bgtau kami pasal Betina 1 n 2. Sebelum En H jumpe kami, En H dh jumpe dulu kot ngn Betina 1 tu. Tanya apa yg jd antara kami. So ble dh tau cerita barulah En H ngadap kami.Bile en H dh tau cerita 2 belah pihak baru la dia faham.. 

Thanks a lot kepada yang memahami n bersimpati ngn keadaan kami kat opis ni...  Kami seperti di anaktirikan... Hina sangatkah kami sebagai penjawat awm yang berjawatan Pembantu TadBir ni... 

Tuesday, September 18, 2012

GERAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum.....


BODOH, BANGANG, BONGOK, BENGONG, (Semua awalan B memang sesuai utk ko kan)

Tahap Marah yg kritikal dah ni.. Sakit hati sangat2 time ni. nak ckp lebih2 pun dh x leh.. Nnti kalau dh reda sikit kmarahan ni, aku cerita k... Sekarang nk layan kemarahan pada org tu... 

Friday, September 14, 2012

Favourite Song

Assalamualaikum....

Hari ni mood rajin nk update blog. Bukan apa, nk cite pasal anak Yanti  yang sulung. Tak sangka, walaupun masih kecik minatnya yang Yanti  nmpk skrg ni ke arah nyanyian... Mungkin sebab time Yanti  mengandungkan dia dulu, umminya suke g Karaoke.. So inilahlah hasilnya, Anak yang keluar pun suka menyanyi walaupun x dengar bunyi patah2 yang dia kuakan, tapi dr suara n konon ikut intonasi lagu tu... Lagu kegemaran dia adalah lagu yang slow2 contoh macam lagu Ombak Rindu n Lagu dari Maher Zein...

Inilah Lagu Kegemaran Ankku



Lagu kedua kesukaannya..

Inilah Budaknya - Husna

Jamuan Raya Opis Saya

Assalamualaikum....

Sebenarnya malas nak bercerita pasal jamuan raya opis Yanti  ni. Sebabnya banyak sakit hati dari x sakit hati. Jamuan Raya tu di buat di Pulau Meranti memandangkan kami memang mempunyai opis kat sana dan kawasan kat sana pun agak luas. So Hari yang ditunggu2 tibe. Inilah yang terjadi.

Perkara yang mendatangkan kesakitan hati tu adalah : -

1 - Bab Menghias Gerai
 * Setiap bahagian perlu menghias gerai bahagian masing2. Makanya Yanti  n BFF seperti biasa la, mevolenteerkn diri untuk menghias gerai. Kami buat apa yang termampu je la. So pada awlnya memang Yanti kesah lah sangatkan. Seminggu sebelum majlis berlaku lagi Yanti  dah bertungkus lumus menyiapkan hiasan2 yang diperlukan. So Yanti  n 2 rakan yang lain menghias la apa yang ptut. Maknanya hanya kami bertiga je la yang buat sume ni. Dari sebelum majlis sehingga penghujung majlis, memang kami bertiga saja la yang bertungkus lumus. Nasib la ada sorang 2 kwn yang boleh jaga gerai sewaktu kami bertiga ada urusan hadiah.  Opis Yanti  ni sbnrnya ramai pegawai dari kakitangan. Tapi pegawai, biasa la, nama pun pegawai kan? Mana la ada class nk join n duk sama2 kat gerai tu menolong, memang jd tetamu terhormat je la kan... Geram je tgk kan. Ada la pegawai yang boleh ngam ngn kakitangan ni. Sedangkan Big Bos pun x asingkan kami, nama la pegawai "tu" nk beza2kan antara PTD n Kakitangan. Entahlah. Mesti korang2 x mcm ni kan???

Perkara Yang membuat hatiku terubat.

1- Yanti  sebenarnya adalah AJK hadiah dalam majlis ni. Kami dapat sponser dari MKN Negeri. So ada hadiah untuk Gerai Tercantik, Pakaian Tercantik Lelaki n Perempuan. Hadiah Cabutan Bertuah. Nak dijadikan cerita, first session Yanti  yang memegang balang cabutan bertuah tu. 5 nama pemenang cabutan bertuah dipanggil dan diselangi dengan nyanyian lagu raya. Second Session Yanti  khusyuk dengan menunggu aiskrim.. hehehe. teruja ngn aiskrim roti.. Yanti  pun x tau lepas nyanyian tu akan di adakan semula cabutan bertuah tu.. Hehehe. So dipendekkan cerita, Nama Yanti  yang terpanggil dalam salah satu cabutan bertuah tu.. Bestnya...... My Big Bos dah sorak2 kat belakang "JAWA, JAWA... YEAY JAWA DAPAT"!!!. Segan Ya Ampun time tu. (memang tu gelaran aku kat opis).. Alhamdulillah, dalam kepenatan aku terima juga habuannya. lupe nk snap gambar hamper tu.. sory la yer..

SEkian 

Monday, September 10, 2012

Hari Yang Dinanti2

Assalamualaikum...

Hai kawan2 blogger sume. Adakah hari ni anda ceria2 semua. Hari ni, tuan blog agak bizi dengan kerja2 kat opis. Tapi tetap luangkan mase untuk menaip apa yang terlintas di kepala otak skrg ni. Sebab kalau lambat curahkan dlm blog ni, takut terlupa idea2 yg ada. 

Hari ni dah 10 September. Tinggal beberapa hari saja lagi adalah My Birthday. OMG!!!. Sebenarnya tarikh2 yang ditunggu setiap orang kan?? Termasuk la Yanti   Terlebih excitet plak Yanti  ni kan. Padahal lama lg, Ah, Lantak la kan. Birthday Yanti  kan....

Apa yang korang idam2 kan time birthday korang. Korang nk tau x apa impian aku tahun ni. Ntah la, tetibe mcm teringin my hubby wat something,. Tapi, seriously, my hubby xkn wat kot. sebab dia x seromantik orang lain. Apapun Yanti  terima dia seadanya. 

Mesti sweetkan klu insiden ni berlaku : 

"My hubby belikan bunga n ada delivery flower anta bunga tu kat opis beserta dgn kata2 romantis" Pastu disusuli dengan ayat2 SMS yg romantik.... 

Tapi ini hanya angan2 si isteri. Tak apa lah. Yanti  tak kesah sangat sbnrnya walaupun Yanti  kesah sbnrnya.. My hubby memang jenis yg x pandai nk belikan hadiah melainkan isterinya mintak. Tapi Yanti  ni jenis yg mudah lembut hati ngn hubby. Bila dia beli terima n x belikan pun x pe. Tak sampai hati nk mintak, takut dia tak mampu nk tunaikan permintaan si isteri. Kite sbg isteri memang la ptut dimanjai dengan benda2 berharga ni, tapi nth la. 

Sekarang ni masih bulan September. Yanti  akan terus menunggu hingga tibe waktunya nanti... Harap2 apa yang Yanti  impikan ni menjadi kenyataan suatu hari nnt.   

Thursday, September 6, 2012

Peringatan Kepada Isteri, Perempuan, Wanita

Assalamualaikum....

Masya Allah, Subhanallah.. Astaghfirullahhala'zim..... nauzubillah, mintak simpang malaikat 44 la. Beristighfar habis Yanti  hari ni. Dah x tau nk ungkapkan apa lagi bile dapat tau satu cerita ni. Yanti  yang mendengarnya pun mengucap panjang dan memikirkan sejenak. Nak kategorikan perempuan yang macam ni, perempuan jenis apa... Sangat2 tidak percaya.... 

Mesti korunk nak tau kan apa cerita Yanti  ni. Aku bukan la nk mengaibkan seseorang, tapi inilah kejadian yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Jom ikuti situasi2 di bawah : -

1- Kahwin Muda 
Budak2 zaman sekarang ni hanya pikirkan keseronokan. Belum matang dah sibuk nk pk hal kahwin. Mungkin cara ni nak mengelakkan berlakunya penzinaan. Mungkin betullah tindakannya.Tapi apa yg nk Yanti  bangkitkan kat cni adalah pasal pasangan yang nk kawen tp lagi menyusahkan kedua belah pihak. Ingat perkara kawen2 ni perkara yang mudah seperti ABC, hanya nk guna duit sehengget 2. Bila dah ditolong dengan famly mulalah lupa diri. Bila dah kawen ada plak yang menumpang rumah mertua. Dengan alasan nak menjaga mak mertua, ekonomi x kukuh lagi, lum bersedia nk duk umah sendiri. (habis yang kau gatal nk kawen tu kenapa???). Bukan ke perkara kawen ni kene bersedia dari segi fizikal n mental baru leh kawen. Ini nak main terjah jer.  Masuk akal x kawan2???? 

2- Tak Sanggup Pikul Tanggungjawab
Bila dah kawen muda, dah sah2 la macam2 hal yang x kena. Time ni la baru tau apa kekurangan masing2 kan? Yang pengotor la, yang x pandai mengemas umah la, yang tu la ni la. Macam2 lagi la yang negatifnya dari positifnya. Masa bercinta dulu memang la x yah nk masakkan untuk famly kite kan? Mesti la mak kamu yang masakkan untuk kamu kan? Bile dh kawen ni kompom2 la kena  masakkan untuk suami. Mestilah suami tu nak merasa air tangan isterinya, selain ibunya sendiri. Betul x? Takkan la hari2 nak makan nasi bungkus je. Lama2 kamu pun jadi hantu bungkus. hahahahaha... Time ni jugak la kamu baru rasa berat jugak pikul tanggungjawab jd seorang isteri n suami kan? 

3- Syurga ISTERI di bawah Telapak Kaki SUAMI
Ketahuilah wahai isteri2 diluar sana. Bila seorang lelaki sudah melafazkan akad ke atas diri kamu, secara sahnya, segala kelakuan dan tingkahlakumu semua terbeban atas pikul bahu suamimu.  Jagalah peradabanmu, pertuturanmu dan hormatilah suami kamu itu seperti kamu menghormati ibu bapa kamu.. Jangan la kite berkasar dengannya. Jika kamu memang anak yang x menghormat ibu bapa kamu, macam mana kamu hendak menghormati suami kamu, betul x? Walaupun yang keluar dari mulut kamu tu hanyalah "ah" memang x bau syurgalah kamu. Ni belum lagi yang suka mengherdik, menengking, dan seumpama dengannyalah. Ya, Allah, Maha Kuasa Tuhan la akan balasan isteri yang macam ni kan? Amat mudah bagi isteri untuk masuk ke syurga. Begitu juga sebaliknya, senang juga bagi orang perempuan untuk masuk ke neraka jahanam. Dan aku pun x la sebaik Isteri2 Nabi. sama2 lah kite ingat mengingati.

4- Syurga SUAMI tetap di bawah telapak kaki IBU
Bagi lelaki yang dah kawen plak, jangan lah kamu terlalu mengikut apa saja yang diperkatakan oleh isterimu. Soal siasat dulu kebenarannya, Jangan membuta tuli kamu mempercayai kata2 isterimu. Kamu baru berapa hari mengenali isteri kamu dari ibu bapa kamu. Jangan sesekali kamu meminggirkan keluargamu. Ingat tu!!. nasihatilah isteri kamu sebaik mungkin. Kamu sebagai Pengemudi bahtera. Karam kapal di laut, Karam jugalah rumahtangga kamu. Jangan lah jadi suami yang Dayus.


PANDUAN BERSAMA 

 Peringatan Untuk Isteri


•Jangan biarkan suami lapar. Jaga makan minumnya. Kalau masak sendiri lagi bagus.

•Jangan sakiti hati suami. Jaga tutur kata. Jangan sekali-kali kita menceritakan aib suami.

•Jangan sakiti mata suami. Jaga penampilan diri di hadapan suami. Rumah dan bilik tidur (terutama sekali) mesti kemas.

•Jangan kacau waktu rehat suami. 

•menunaikan puasa pada bulan Ramadan,

•mengerjakan solat lima waktu dengan khusyuk (kalau tidak khusyuk, 
tak dapat pahala)

•taat kepada Allah SWT

•taat kepada suami

•jaga kehormatan diri

*Mungkin ada yang bertanya, apa pula peranan suami? Tanggungjawab suami amat berat. Suami menanggung segala dosa isteri. Bayangkan, kalau ada empat isteri. Dapat yang baik-baik, semua masuk syurga. Kalau tidak…baik kekal dengan seorang sahaja.


Renung2kanlah yer kawan2... Bukan untuk kamu saja, untuk peringatan kite bersama..... 

Pesanan Untuk Kite Bersama


Assalamualaikum...... 
Entry yang penuh ukhuwah hari ini. Tuan blog nak bercerita pasal kite sebagai seorang  PEREMPUAN/ISTERI
Mudahnya bagi perempuan untuk masuk syurga..
Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga
1 - “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, 
2 - mengerjakan puasa sebulan, 
3 - memelihara kehormatannya (aurat)
4 - mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”
Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

Namun perempuan lebih ramai di neraka..
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Wednesday, September 5, 2012

Hatiku Kembali Ceria

Assalamualaikum... 

Selamat pagi kawan2. Harap hari ini korunk ceria seperti Yanti hehehe. Carca Marba betul perasaan tuan blog ni kan. Maklum la.. Inilah lumrah kejadian seorang wanita.. 

Hari ni mood tuan blog kembali ceria sebab apa yg dilalui smlm sudah yanti lupakan wlupun pada hakiktnya memang susah untuk yanti lupakan. Bukan apa lagi yanti pkkan lg la yanti berserabut. So atas nasihat org sekeliling yanti akan cube buangkan jauh2 apa yg dh kau lakukan walaupun benda ni amat susah untuk yanti lupakan apa yang dia dh buat pada yanti. 

Apa yang yanti mampu lakukan kat sini, hanya berdoa supaya dia diberikan petunjuk satu hari nnt. Semoga doa org teraniaya seperti aku dimakbulkan... Amin... 

Tuesday, September 4, 2012

Hancur Luluh HAtiku Dibuatnya

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ni aku masih diberikan lagi waktu untuk bernafas. Syukur Alhamdulillah. Hanya Engkau yang mampu mengubah segala ketentuan ini. 

Hanya kepadaMu aku berserah atas segala dugaan ini. Tapi apa yang aku terima ni, x sepatutnya kena pada aku. Jahat sangat ke aku ni. Sampai orang sanggup wat aku macam ni. Rasa nak menangis pun ada ni, Ya Allah, kuatkanlah dan tabahkan hati aku ni.

Aku ni sebenarnya x suka nk canang2 cerita pasal org, tp bile org dh mulakan memang aku akan buat blk. Mungkin ada yg berpendapat, biakan apa yg org wat kat kite yang penting kite x buat. Tapi dalam kes ni aku memang x leh nk bersabar dah. Aku dh anggap dia mcm adik bradik aku, tp ini yang dia buat kat aku. Memang aku x leh nk trima dengan apa yg dia buat kat aku. 

Korunk mesti tertanya2 kan apa yg dia buat kat aku. Wlupun bnda ni korunk rase benda kecik, tp nth la. Pada aku sangat besar, sebab dia dah memalukan aku depan sedara mara. Dan skrg sedara mara aku dh mula memandang serong kat aku. Aku sangat2 malu. Apa yg dia canang tu x perlulah aku huraikan kat sini. Yang paling penting aku memang dah sakit hati dengan dia. Kalau jumpe rasa macam nk pelempang je. Aku boleh back up dia, tp ini blsn yang aku dapat. Memang budak x sedar diuntung mcm ni la. Langsung x berterima kasih ngn apa yg kite dh buat kat dia. Ini plak yg dia buat kat kite. 

Aku doakan semoga dia dibukakan pintu hati untuk bertaubat. Jaga mulut tu supaya x mencanang cerita orang kepada orang lain. Aku juga berharap supaya dia akan diberikan petunjuk untuk memperbaiki diri dia. Cermin diri tu sebelum nak mengata org. 

*Kepada org yang terlibat, silalah sedar2kan diri tu ye... 

Monday, September 3, 2012

Kerenah Anak2 ku di Pagi Syawal

Assalamualaikum......

Selamat pagi semua.. Korunk sume sihat x? Harapnya sihat la yer... Hari ni dh masuk bulan september bersamaan dengan 16 Syawal. Kejap betul masa berlalu. Impian dan Azam korunk sume dh tercapai lum? Harapnya dh tercapai la yer. mane yg lum tercapi tu, cepat2 la capaikan..

Hari ni tuan blog nk share aksi anak2 di pagi syawal yang sempat ummynya snap.. Jom Layan



Smile Time
Gatal Pale I
Hantu Bedak Kembali



Budak Mata SEpet