Wednesday, May 30, 2012

Tersentap Lagi!!!!!

Assalamualaikum......

Entry yang sangat2 TERSENTAP..........

Sejak 2 menjak ni rajin pulak update blog sebab kekurangan kerja kat opis.. Apa orang nk cakap, cakap la. sebab Yanti bukan ngadap blog 24 jam. Sambil berblog sambil buat kerja.. Tak de la update blog sehari smpi 5 6 blog... heheheh.. ish Yanti ni, membebel plak... mcm dh hilang plak tersentap Yanti td...

Masih dalam keadaan tersentap walaupun perkara yang berlaku ni terjadi semalam (29/5/2012) di kampung. Yanti balik kampung dalam keadaan yang tak dirancang sebab mendapat perkabaran MIL tidak sihat. Sempat melawat MIL di Hospital Sabak Bernam. Hari ni MIL kat Hospital Klang.

Perkara ni sebenarnya berlaku kat umh (P.Panjang). Ada la jiran umh Yanti ni datang umh, tujuan asalnya mungkin nk bg terung kat mak dan menjemput mak untuk baca Yasin kat umah somebody hari ni. (30/05/2012). Antara perbualan Mak n jiran Yanti tu. Time diporg sembang ni Yanti sibuk nk bersiap2 nk balik ke Putrajaya, n apa yang sempat Yanti dengar, ini je la

Jiran : Nyusu apa si kecik ni ( ank aku la tu, walaupun kecik dia sihat ok)

Mak : Nyusu badan

Jiran : Hbis kerja mcm mna?

Mak : Dia (aku)  pam

Jiran : Ha?? Pam?? Nada mcm terkejut... X elok bg anak minum susu yang dipam.. Kalau pam tu kan kite memaksa susu kite tu kua. pastu yang kua tu bukan susu, tapi darah. kalau x caya cube hang (kau) pam pastu susu tu hang jemur, darah tu sebenarnya. tu sebab hang kurus.. darah dh banyak hilang.... Kalau kita bg direct kan bile anak tu dh kenyang dia berhenti nyusu... tapi kalau pam kan mcm memaksa susu tu kua... ( Ye ke kawan2) leh bantu saya x Fakta ke Auta ni sume?

Mak & aku : Diam je la... malas nk layan org yg cetek akal ni...

Yanti pun cepat2 siapkan anak n terus salam mak n ayah n terus balik... Sakit hati plak bila orang bercerita mcm tu...Tu la pandangan orang kampung pasal susu badan. Tak tahu ke susu badan adalah susu yang paling mahal kat dunia ni.

Sekian.

Monday, May 28, 2012

Berita Kematian..

Assalamualaikum....

Urmmmmm... tajuk entry agak sedih sikit. Walaupun x der kene mengena ngan Yanti, tapi Yanti tetap merasai kehilangannya. Kenapa Yanti cakap macam ni? Sebab Yanti agak rapat dengan famly ini kerana isteri arwah adalah tailor famly kami. Tidak kira baju untuk raya or apa2 majlis, memang Yanti akan tempah kat isteri arwah. Hasil kerja tangannya memang best.  Selain dari itu arwah juga seorang kawan sekerja ayah Yanti. Arwah adalah orang sekampung dengan Yanti. Rumah dia tidak jauh dari umh Yanti kat kampung...

Berita kematian ni, Yanti terima dari BFF melalui status fb dia. Pada mulanya  agak terkejut dengan berita kematian orang kampung Yanti ni. Sebab apa Yanti cakap mcm tu? Sebab x dengar plak mak cakap yang Arwah sakit or apa2. Itulah kan. Kite ni sebenarnya x leh pkkan mcm tu. Kadang2 sihat walafiat pun kalau Allah kata nak tarik nyawa dia, memang samapi tu jugaklah. Dah x tunggu walau sesaat pun. 

Salam takziah buat keluarga Arwah... Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat dan tergolong dalam orang2 yang Beriman... Amin..... Al-fatihah.......


Friday, May 25, 2012

Perkabaran Yang Kurang Best Di Dengar

Assalamualaikum.....

Tengok tajuk entry je dah buat Yanti sedih sekejap.. huhuhuhu.... Ingat pagi2 jumaat ni dapat lah perkabaran yg baik2 je, tapi Yanti silap. Yanti mendapat perkabaran yang kurang baik plak dari seorang teman sekolah yang merangkap adik angkat kepada famly Yanti... Meh Yanti cerita serba sedikit la pasal diri teman Yanti ni. 

Dia ni seorang anak yatim. Kehilangan ayah sewaktu dia sekolah rendah lagi kot kalau x silap. Oleh kerana dulu, ( form 5) satu kelas dengan dia n selalu wat study group ngn dia, makanya dia selalulah bertandang ke rumah Famly Yanti. Famly Yanti plak memang suka melayan kawan2 sekolah Yanti ni. So nak dipendekkan cerita dari situlah ayh Yanti mengambilnya sebagai anak angkat keluarga kami..... 

Al- kisah mengikut tajuk entry  hari ni. Yanti mendapat sms mengenai status fb kawan Yanti ni malam td. Status SMS tu berbunyi mcm ni, " Anak baru kua wad, kini ibunya plak masuk wad". Status SMS tu Yanti abaikan saja. Dan pg ni Yanti mendapat SMS dr teman ku itu. Dia menyuruh Yanti menghubunginya. Yanti pun terus la mendial nombor telefonnya.... 

Borak punya borak dia bgtau Yanti yang dia masih kat wad, Yanti pun bertanya kenapa? Yanti cume berfikir mungkin kerana penyakit azali dia iaitu lelah, rupa-rupanya jangkaan Yanti tidak tepat. dia bagitahu Yanti yg dia pregnant luar rahim... MasyaAllah..... SubhanaAllah.... Yanti x sanggup nk dengar ni semua. Tapi apakan daya. Kemungkinan juga dia akan di bedah. Yanti akan mendoakan semoga perjalanan pembedahan dia akan berjalan dengan lancar... Amin.......

Inilah teman aku tu.... Aku selalu bercakap ngn adik beradik aku yang lain. Macam nilah keadaan badan Yanti yang dulu... tapi sekarang... terimalah kenyataan yang aku sudah kurus...... huhuhuhu ( suke2 )

aku bersamanya... (abaikan permandangan blkg yg kurang cantik tu) 

Wassalam.....

Thursday, May 24, 2012

Celebrate Hari Ummy & Mama & Ibu

Assalam.....

Tgk pada tajuk entry kat atas, of course la harus panggilan nama Yanti dulu  kan... Hehehe. Benda yang dirancang menjadi kenyataan apabila kakak YAnti membuat perancangan utk lepak2 malam minggu di Dataran Putrajaya.

Sebelum majlis bermula, Yanti n hubby sampai lebih awl di tempat kejadian. Dan perkara yang x disangka2, my hubby mengucapkan Happy Mothers Day dan memberikan coklat berbentuk Love n diatasnya tertulis I Love You dan coklat Ferrero Rocher... hehehe.. harus la x yah nk menjeles yer.. 

Inilah coklat yang Umi dapat dari Abi
Malam seperti yang dijanjikan kami berkumpul. Pada mulanya Yanti ingtkan hanya Yanti dan kakak je, rupenya lebih ramai dari tu yang datang. Sume adik beradik angkat Yanti pun ada jugak. Thank to Siti Hajar & Zanariah yang sudi memeriahkan majlis. tidak lupa juga kepada adik2 ipar kakak Yanti. memang meriah la suasana malam tu. mana x nya. Anak kakak Yanti sorang je dh menggamatkan suasana. heehe

Yanti n Zana (Anak Angkat Abah)

Hajar a.k.a Kak Long (Anak Angkat Abah)

Anak2 Kak Long n Suami

Kami bukan hanya lepak kosong.. masing2 ada menu tersendiri. Memang penuh la kat atas tikar dengan makanan. Yanti cume bawak pisang goreng je. Kakak Yanti bawak Mee Goreng, Kek n makanan2 sampingan lain. Yang lain sume bwk makanan kudap-kudapan. Lupa plak nk snap gmbar mknn yang terhidang.. hehehe... Inilah suasana keadaan dalam majlis celebrate hari Ibu, Mama, Ummy.

Meh lihat gambar yg sempat Yanti snap

Yanti bersama kakak2

Kakak Yanti bersama adik2 iparnya

Inilah dulu yang dapat dipersembahkan yer... Internet ngh slow down hari ni...




Suria FM l Program Suria FM 2012

Suria FM l Program Suria FM 2012

Sekarang Yanti dh beralih arah sekejap.. Hehehe...  Bukan beralih arah utk sayang orang lain ok, tp bertukar arah  ke Stesen Radio... Huhuhu.... Setiap orang ada pemilihannya tersendiri... Suatu ketika dulu YAnti memang pendengar Radio Era yang setia. Makan sambil dengar Radio, Nak tdo kene ada alunan muzik dari Radio... Serba serbi kena ada muzik.

Radio Kedua - THR Gegar. Radio ni Yanti dgr waktu malam, sebab lagu jiwang2 karat.. time ni time bercinta kan? Harus la dgr lagu2 jiwang.

Radio Ketiga - Hot Fm. Program yang Yanti dgr pada waktu pg jer. Dengar Celoteh Fara, AG, Faizal n Uncle Usop. Macam2 Segmen dan perkara realiti yang dibincangkan. So banyak la info yang kite boleh pelajari dari situ.

Radio Keempat - Sekarang ni lepas je kul 11 YAnti akan dgr Radio Suria... Agak menarik jugak. lagu2 yang ke udara, banyak mengimbau kembali zaman2 remaja.. ceewaahhh.....

SEkian,.

Celebrate Birthday Gadis Cute

Assalamualaikum...... 

Entry kali ni nak cerita pasal adik Yanti yang di gelar oleh anak2 buahnya 'Ateh'. Ni semua perancangan kakak Yanti la untuk celebrate besday adiknya... Perancangan ni tanpa pengetahuan Ateh, nnt x suprise plak kalau dia tau.

So seperti yang dirancang, lepas maghrib mlm td Yanti bergegas ke rumah kakak di Puchong. Sebelum sampai ke Puchong, Yanti singgah ke Pasar Malam untuk membeli sedikit makanan sampingan.

Sampai je kat rumah kakak, Ateh belum sampai rumah lagi. So kire bernasib baik la. Kul 930 macam tu Ateh sampai kat rumah dia seakan terkejut sebab tengok kakak dia (Yanti la tu) ada kat situ. So, rancangan kami berjaya. Plan menjadi. Marilah ikuti gambar2 yang sempat aku snap sblm memory kamera aku full... hahahaha

Kek Dari Kak Yani 
gadis yang dirai bersama anak buahnya
P/S : Semoga Ateh berbahgia disamping insan tersayang.

Wednesday, May 23, 2012

Tersentap Sekejap

Assalamualaikum..

Mesti kawan2 tertanya-tanya apa yang membuatkan aku tersentap sekejap tu kan? Sebenarnya tak de la tersentap mana sebab apa yang diutarakan tu aku rase macam x masuk dek di akal... Meh ikut cerita aku ni.

Ni anta perbualan aku ngn BFF aku dari kampung : -

Aku : Hai sayang (pggilan manja kami).. Ngah wat per. Bz ke?

Ema : Hai sayang... biasa2 jer...

Aku : Ko sihat ke?

Ema : Sihat. Ada story ker? (tau2 je ema ni)


Aku : Pandai ko yer.... biasa la, mmg ada story nk cite.. hehehe

Ema : Aku dh agak dh, apa dia.? cepat la cerita

Aku : Td aku chat ngn kwn baik ko, dia sambung study ke? belaja menjhit erk?

Ema : Hahahah. Ha'ah... aku lupe nk cerita ngn ko, hari tu aku ada la jumpe dia. dia belajar kat KKSB. Tp      Ex dia mcm belajar kat U je... nth la. x fhm aku ngn dia tu....

Aku : Erm... x pe la. bia la kat dia...

Ema : Ha Yan! aku nk tnya ko ni. Sebenarnya dh lama nk tanya tp asyik lupe jer...

Aku : Apa dia???

Ema : Ko ada mslh ngn husband ko ke?

Aku : Nape ko tanya mcm tu?

Ema : x de la. aku pun x tau nk cerita macam mana sebenarnya, sebab aku dapat soalan ni pun dari kakak ipar ko (biras aku yg merangkap kakak ipar en suami). Dia ada tanya aku time aku berubat ngn dia hari tu. dia tanya ko ada problem ngn husband ke sebab dia tgk ko semakin kurus skrg ni... Aku pun jwb la yg ko jd kurus sebab faktor famly bile lepas kawen jadi kurus.... Pastu kalau masalah lain tu ada yg yg ko cite, tp bab suami ni mmg ko x bercerita.

Aku : Masalah apa ngn husband aku. Aku ok je ngn dia. Alhamdulillah rasanya bahagia je selama ni

Ema : Maksud aku husband ko ada Awek lain ke? (time ni mmg aku tersentap sekejap)

Aku : Ha??????? Nape dia bleh tanya macam tu. Macam mana aku nk jelaskan yer... Setahu aku memang x der la. Sebab balik kerja biasanya sama je. X de la ngadap handfone je. ngadap pun sbb layan Fb. Tapi aku nmpk la apa yg dia tgk. Aduh ko ni.. Wat aku jd ragu2 plak kat dia.

Ema : Dr segi kewangan mcm mana? Ada perbezaan x?

Aku : Yang tu, biasa la kan? Dia rajin update sgl perbelanjaan dia. dari situ aku dpt tgk la apa g dia beli n makan. n klu berbelanja lebih sikit aku akan tnya utk apa n buat apa...

Ema : x pe la klu ko dh ckp mcm tu. Harap2 x de la kan?

Aku : tu la.. Aku harap memang x la. Setiap gerak geri dia akan aku pantau. Lagi2 skrg dia semakin hensem (bukan nk puji suami sendiri, tp mmg itu realitinya)


Ema : ha, yg tu btul. kak v pun ada ckp, As skrg semakin hensem, x mcm dulu mase mula2 kawen tu.

Aku : Ye la.. Adik aku sendiri nk ngorat dia time first2 dia keje kat hospital tu, sebab hampir2 x kenal
.
Ema : Melampau ayat adik ko tu yan..... hahahahah

Aku : Doakan la kami bahagia yer.... ok la.. Aku nk g mkn ni.. sory yer.. nnt ada mase aku call ko blk.

Ema : Ok yan... bye...


Lepas je letak gagang telefon, aku terus mencapai henfon aku n anta sms kat En Hubby.......


Aku : Aby, ummy nk tnya sikit boleh?

Aby : nk tanya apa?

Aku : Aby ada org lain ke selain umy??

Aby : Mane ada

Aku : Betul ke? umy ada dgr2 ni aby ada org lain, tu yg umy tanya utk pengesahan

Aby : Dgr kat mne? yg ada ni pun x ckup mkn

Aku; Dgr dr kpg. klu btul x de bgus la.. mmg ni pun yang umyharapkan spy ht aby sentiasa ada umy je

Aby : x de la. Fitnah semata2

Aku : Alhamdulillah......

Sory aby umy ragukan kejujuran dan kesetiaan aby. Ummy bukan apa Umy sayang sangat kat Aby. Umy belum bersedia nk tanggung semua ni sorang2. Umy masih perlukan aby. 

Aku terus menarik nafaz lega sedikit atas pengakuan ni. Tapi aku pun x de la percaya 100%. Masih boleh dipertimbangkan.  So tersentap aku lega sedikit....

Wassalam.....

Join Nuffnang

assalamualaikum.....

Tengok pada tajuk mesti orang akan cakap Yanti ni dah ketinggalan zaman. Tapi biarlah apa orang nak cakap. Yang penting Yanti bahagia. Yanti ni ibarat budak baru belajar.. Hehehe.. Tak pe la kan.. Slow2 belajar. 

Oleh kerana minggu ni Yanti tidak ada keje kat opis, dengan pegawai semua lenyap nth ke mana, so ngadap PC ni, macam2 la yang Yanti godek, sampai la tergerak hati nak join Nuffnang... Hehehe... Harap pihak Nuffnang boleh menerima kehadiran Yanti.  

Masa yang free gunakan dengan sebaiknya. Nanti kalau dah sibuk, nak bukak email sendiri pun x sempat. Dah masuk 3 hari Yanti x de keje yang sebenar. Asyik buat kerja sendiri je. Tapi tak apalah, bukan Yanti x duk kat tempat. ada je kat tempat. sapa2 cari kompom Yanti ada kat sini...

Cukup la takat ni dulu Yanti membebel... jumpe di next entry.... 

Wassalam...

Tuesday, May 15, 2012

Kerenah Anak2 Umy

Hye kawan2 sume...

Apa la yang ingin aku celotehkan hari ni yer.... tengok pada tajuk mengenai anak2... bia la aku cerita serba sedikit perkembangan 2 puteri aku tu...

Puteri Pertama

  • Nurul Husna Al-Amani bt Mohamad Asmuri
  • Cahaya - Cantik - Cita-Cita, Ketenanganku
  • 1 Tahun 6 Bulan
  • Suka membuli adik dia
  • mempunyai 10 batang gigi  
  • Boleh mengikut apa yang kite ajar dan kite suruh
  • Boleh menyebut beberapa perkataan, contoh  "bird", "tak de", "hilang", "adik", "nak susu" - ni je la perkataan yg umy dia fhm
  • Perlakuan dia, contoh bukak seluar, amik tuala, selak baju menandakan dia nk mandi, amik botol menandakan suruh kite buat susu.
  • seorang yang periang dan banyak mulut. Suka main sorg2 x pentingkan persekitaran. Tidak hiraukan org lain.
  • Suka kepada kartun Upin Ipin dan BoboiBoy. Iklan kat tv seperti Mc'D, KFC, Ice Cream Wall Selection, Syampu Sunsilk dia mestia kan menyebut "Nak"...... 


                                                                                                                                                                                     
Husna yang murah dengan senyuman

Puteri Kedua
  • Nurul Hasya Al-Amanina binti Mohamad Asmuri 
  • Cahaya - Kesempurnaan - Harapan Kami
  • 6 Bulan
  • Sangat aktif meniarap, kedepan (angkat badan)
  • Pandai buat aksi depan kamera dan aksi yg kite x sangka dia leh buat
  • mempunyai lesung pipit sebelah kanan


Lihatlah saya berposing... 

Harapan Ummy n Aby

  • Semoga kalian menjadi anak yang solehah, 
  • Kalianlah permata hati Ummy n Aby
  • Semoga apa yang diharapkan oleh kami, menjadi kenyataan suatu hari nanti
  • Ketahuilah olehmu wahai anak-anak, Ummy n Aby menyanyangi kalian hingga hujung nyawa kami...