Assalamualaikum.....
Memang ketiadaan mase nk mengupdate blog ni. Dengan kat opis baru2 ni blog x leh nk tgk, dgn bb aku ada problem, tu sbb berbulan2 baru leh update blog memandangkan aku baru dpt pc baru. Pasal PC baru nnt aku cite lain entry yer...
Al Kisah 20.11.2011
Aku memang x sangka tarikh lahir anak aku yg sulung n yg second leh sama, iaitu 20.11.2010 n 20.11.2011. cantik kan tarikh ni. Kalau ikutkan due si adik 26.11.2011. Tapi aku mmg nkkn tarikh 20.11.2011.
Begini la al-kisah sewaktu aku ingin melahirkan. 2 hari sebelum aku bersalin tu, saudara sebelah husband kawen kat Felda Tersang. Aku dengan yakinnye nak pegi sbb dari mula kawen smpi nk dpt anak ke 2 lum penah smpi sana. husband mcm x yakin.. aku ckp, klu rase dh nk bersalin, singgah je la hospital mane2... hehehe. yakin je aku ni kan? Sampai sana sume org terkejut sbb tgk aku dengan perut memboyot boleh lg smpi sana. aku pun jenis selamber je la.. kami bermalam di sana dan hbis jer majlis terus balik ke putrajaya
Kami bertolak dari Felda Tersang pukul 3 lebih mcm tu la. Sampai putrajaya dalam kul 6 mcmm tu. Sampai umh, rehat2 n mkn mknn kenduri je la n mmg x masak sbb dh keletihan. Malam tu aku mmg masuk tidor awl, kwn ada sms ajak lepak pun aku x layan.
Dalam lingkungan pukul 4 mcm tu, aku bgn sbb terasa mcm nk berak. aku pun terus tuju toilet n lepaskan hajat. keluar dari toilet aku pun konon2nya nk sambung tido, tp perut masih terasa sakit. aku pun kejut husband, dia tnya nape? aku ckp sakit perut.. dalam pada tu aku ckp ngn dia ok lg. sambil menahan sakit n sambil aku tgk jam, sakit semakin kerap. dari kul 5 smpi kul 6 aku menahan. Pada masa yang sama aku sudah mengsms kakak aku utk amik Husna. Pukul 630 mcm tu kakak aku smpi n aku pun terus menuju ke Hospital Putrajaya.
Jam tu jugak aku n husband menuju ke Hospital. Sampai kat Hospital, aku tgk notis kat situ " Harap Maklum, Katil Penuh". Adus, tensen btul klu g Hospital Putrajaya ni. Tapi aku nekad jugak, apa nk jd, jadi la.. Aku nk kat Putrajaya jugak. Aku terus dimasukkan ke dalam bilik pemeriksaan utk check apa2 yg ptut. Sakit aku makin lama makin sakit. Check punya check, dh buka 6cm. Akhirnya aku dimasukkan ke LR.
Di Dalam LR, aku x tau samaada sakit tu nk melahirkan atau membuang. Akhirnya aku dengan ditemani husband n 2 org nurse, selamatlah aku melahirkan baby girl seberat 2.63 pada jam 7.43am yang aku namakan Nurul Hasya Al-Amanina.
Bila dah selamat melahirkan sesi mendaftarkan kelahiran, semua staff2 nurse kat situ bertanya ngn aku, "Pn, anak yang sulung dulu lahir sama tarikh ngn adik dia ke?" aku hanya mengangguk sbb time tu kepenatan. hehehe.. Bangga kejap. Pandainya puan punya budget.. Saya pun x sangka leh sama...
Beginilah ceritanya...