Followers

Friday, April 10, 2015

Main Masak2

Assalamualaikum... 

Asyik terlupe je nak mengarang blog ni.. huhuhuu.. Maklumlah kekangan keje yang mengganggu utk fokus pada blog ni kan? Tengah x de keje ni bolehlah curi2 mase sikit kan.... 

Entry kali ni tetibe terdetik untuk share pasal resepi. Walaupun masakan simple tapi entahlah.. tekak rase sedap lak kan. Biarlah kalau orang nak ckap apapun, yang penting perut kami anak beranak kenyang kan?

Sebenarnya masakan Yanti memang simple sangat. Orang pejam mata pun leh masak kot. Tapi entahlah.. First time buat terus cam terpikat dan lepas ni boleh lah buat lagi... Then anggapan si isteri ni En suami x makan n x minat. Bila buat tu dia pun cam suka la. Hehehehe. Moh ler kite tengok resepi n masakan apakah yang Yanti bebelkan dari tadi kan? Asyik membebel je.. Resepinya tak kua2 jugak.. Hahahahaha

Masakan pertama is Ikan Selar Masak Singgang Campak2. (simple sangat kan?)

Bahan2nya 

Ikan Selar (boleh juga guna ikan lain) 
*Bawang Merah
*Bawang Putih
*Halia
Serai
Garam
Perasa
Serbuk Kunyit

Cara2 Memasak

1- Masukkan air dalam periuk dan biarkan air dalam periuk sehingga mendidih.
2- Bahan yang bertanda * perlu di tumbuk sedikit (x perlu lumat2, sekadar pecah)
3- Masukkan bahan yang bertanda *. biarkan sehingga ia mendidih sekali lagi
4- Masukkan Ikan, garam perasa dan serbuk kunyit.. Biarkan mendidih dan ikan masak
5- Siap dihidang. 

Siap.. Simple n mudahkan? Hehehehehe...

Masakan kedua is Ikan Bilis Tamban goreng Pedas

Bahan-Bahannya

Ikan Bilis Tamban
Bawang Besar
Cili Padi
Cili Besar
Minyak untuk menggoreng

Cara2 memasak

1- Ikan Bilis Tamban perlu dicuci dan goreng sehingga garing. Toskan
2- Bawang Besar, cili padi n cili besar perlulah dihiris
3- Masukkan bawang besar ke dalam minyak yang panas. Kacau sehingga naik bau. 
4- Masukkan cili padi dan cili besar goreng sekejap then masukkan ikan bilis tamban da siap digoreng tadi. Kacau sehingga sama rata dan boleh angkat dan dihidangkan....


Selesai sesi masak2... Hehehehe.. Mudah kan? Semua orang leh buat masakan yang sangat2 simple ni. Cume kadang2 masakan yang simple ni la yang kita tak leh terfikir nak buat. Selamat mencube. Next time Yanti share resepi lagi yer. 

Bye. 

Thursday, April 2, 2015

Jom Kenali Hati Wanita

Assalamualaikum.....

Entry kali ni nak cite pasal perempuan. Perempuan ni buat sesetengah laki rimas nak layankan.. Bile laki dah mula rimas, mula la perempuan tu nak menyentap plak kan? 

Kat bawah ni, Yanti copy paste dari Web ni. Leh Klik Link Ni

10 perkara asas yang agak penting ini adalah untuk ‘MEMAHAMI HATI WANITA’
1. - Apabila wanita berkata, “TAK APA, TAK ADA APA-APA MASALAH” – Jangan terus buat tak tahu, seolah- olah memang betul tak ada masalah. Inilah waktunya wanita tidak mahu bercerita masalahnya sebaliknya  mereka mahu anda memahaminya sendiri. Cubalah fikir sejenak dan lihat sekeliling, apa yang telah  berlaku atau ada apa-apa yang telah anda lukakan hatinya.
2. - Apabila wanita TERSENYUM SINIS setelah anda lakukan kesalahan - Anda ingat dia tak tahu? Anda ingat anda sudah terlepas? Hehe… Yes, dia tahu anda menipu! Cuma dia tak mahu bergaduh, tak mahu  menyalahkan anda, tidak mahu cari pasal. Namun sebenarnya, dia amat kecewa dengan sikap anda yang  tidak setia, dan tidak jujur.
3. - Apabila wanita menatap wajah anda bagai SERIBU PERSOALAN - Dia sedang berfikir samada anda akan  terus setia sampai bila-bila atau anda akan berubah hati suatu hari nanti. Persoalannya, adakah anda  benar-benar cinta atau ‘sekadar melepas lelah dan batuk ditangga?’
4. - Apabila wanita BERDIAM DIRI - bermacam-macam perkara yang difikirkannya dan kesemuanya adalah  untuk kebaikan masa depan. Jangan marah, jangan usik mereka di ketika ini sebaliknya berikan masa  itu untuk mereka cool down.
5. - Jika wanita TIDAK MELAWAN - Tidak bermaksud mereka tidak tahu, tidak pandai atau hanya setuju  dengan tindakan anda sebaliknya itulah tandanya dia sayangkan anda dan memberi peluang dengan  mengikut segala keputusan yang dibuat.
6. - Apabila wanita HUBUNGI ANDA SETIAP HARI - Tak faham-faham? Dia tengah giler kat you all la tu. Wanita tidak akan calls any guy just for nothing. Dia call sebab dia berminat, dia suka, dia nak kat you la kan. JADI, kalau anda juga berminat, okay layanlah. Tapi kalau tak berminat, jangan pula layan dan beri harapan palsu!
7. - Soalan lazim, “You ni single lagi ke? You bila nak kahwin? Girlfriend you mana?” - Hehehe…samada dia saja-saja nak tahu status you atau pun, dia sebenarnya ada sikit-sikit berminat untuk mengenali you dengan lebih lanjut. Sembunyikan status you is not a good idea here, ia akan buat girl tu menyimpan harapan. Soalan-soalan sebegini,is obviously the girl nak tahu, samada it’s green or red light to pursue! Faham ke buat-buat tak faham ni? :D
8. - Apabila wanita mulai berkata, “I MISS YOU” - WO! It’s too late to back off, itu bermakna dia amat menyayangi anda. Kalau betul-betul anda sayangkan dia, maknanya anda bertuahlah kerana girls takkan  simply miss any guy. Tapi jika anda hanya anggap dia sebagai kawan biasa. IT’s a good time for you to explain to her…keadaan, perasaan dan hati anda yang sebenar.
9. - Apabila wanita kata, “TAK TAHU SEBAB APA, I RASA MACAM I TAK BOLEHLAH KALAU TAK JUMPA YOU SATU  HARI PUN, RASA MACAM TAK KENA HIDUP INI” - Itu bermakna, dia sedang dilamun cinta yang amat dalam  kepada anda. At this time, this girl hanya fikirkan you. Siang malam very sure, hanya you sahaja  yang diingatinya. So…it’s not a good time untuk hancurkan hatinya di saat ini though…
10. - Apabila wanita MARAHKAN SESUATU YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN ANDA - Hehehe…sebenarnya  dia tengah cemburu tu. Mungkin anda ada bercakap dengan wanita lain, atau ada girl lain yang call  you ke, text you, PM kut, or dia baru selongkar your handphone la tu hehe… or ada kena mengena dengan other girls la kan. TAPI dia tak mahu la cakap, sendiri mau ingat  la kan. BUT be cool, relax, janganlah marah. Dan biarkan saja dia lepaskan geramnya.  Later pujuklaa… kalau betul-betul sayangkan dia, promise to her, takkan buat lagi.
Being with a woman ni, kita kena ingat satu perkara… BAGI MEREKA, segala-galanya REAL! Jadi apa sahaja jawapan yang anda pilih untuk berikan, untuk anda jawab, kesemuanya akan dianggap sebagai  sesuatu yang REAL atau SERIOUS bagi wanita itu. Where as for guys, sometimes it’s just a joke, atau saja-saja main-main or test power…
  • For example, apabila wanita tanya, “You suka I? You miss I tak?”
So, apa you jawab? -
  • “Ya I do, I suka you!” – “Ya, I misses you a lot” -
Tapi sebenarnya, you all dah ada bini, or dah ada girlfriend pun. Tapi saja-saja suka-suka beri jawapan sebegitu for fun. It’s thrilling isnt it… BUT for girls, it’s a real thing man! At the end, lelaki dah terjebak, or lelaki dah terlanjur manis mulut… akhirnya tersangkut bercinta…sedangkan anda sudah pun miliki yang lain. Jadi, my advise…JANGAN sesekali memberi jawapan dengan mudah-mudah hanya  sekadar untuk menjaga hati wanita atau, suka-suka nak test power. It’ll bite you in the ass later!
BUT IF, you dah cakap you sudah berpunya… tapi the girl nak jugak kat you huhuhu… Bro Razzi tak masuk campur, itu sendiri mahu jawab! :D

Wednesday, March 18, 2015

Anniversary ke 5

Assalamualaikum.....

Anniversary yang ke 5. 19.02.2010 - 19.02.2015. Alhamdulillah genap usia perkahwinan kami yang ke 5. Syukur kepadamu Ya Allah kerana mempertemukan saya dengan insan yang bergelar suami, Mohamad Asmuri b. Abdul Ghafoor. Inilah nama yang akan dan terus tersemat di hati hingga hujung nyawa Yanti. Hasil 5 tahun perkahwinan kami, kami dikurniakan 2 orang puteri penyeri rumah tangga kami.

Nurul Husna Al Amani

Nurul Hasya Al-Amanina


Saya dah 5 tahun
Saya 4 tahun 
Inilah kami selepas 5 tahun perkahwinan

Terima kasih Sayang atas segalanya. Semoga ikatan perkahwinan kite till Jannah. Semoga Allah berkati perjalanan ikatan perkahwinan kita. Pahit Suka dan Duka, susah senang biarlah kita harungi bersama.
Ummi terima B seadanya. Walaupun banyak dugaan dan rintangan selama 5 tahun perkahwinan kita, Ummi menganggap itu sebagai cabaran dalam rumahtangga. Harap lepas ni kita sama2 kita perbaiki apa yang terkurang. SeI Love You So Much Sayang.. 

Sekian.